Ini adalah perkongsian dari Rabiatul AdaweeyahBerkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku. Ini perkongsian beliau mengenai apakah syarat wanita untuk masuk ke syurga.

Faham Betul-Betul, Isteri Nak Masuk Syurga Ada Yang Mudah, Ada Yang Susah

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang dia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Sudah jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT telah membuka peluang emas yang besar kepada kaum wanita yang beriman untuk mendapatkan syurga. Dengan kasih sayangNya, Allah SWT telah memberikan empat syarat utama kepada wanita meraih kenikmatan syurga, iaitu;

#1 – Mendirikan Solat Lima Waktu

Solat merupakan tembok daripada melakukan hal yang kufur dan batil. Lalu dirikanlah solat bagi mendekatkan diri dengan Allah selain menjauhi segala perbuatan laranganNya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Ads

“Maka dirikankanlah solat itu (seperti biasa) sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”(An-Nissa’ :103)

#2 – Berpuasa Di Bulan Ramadan

Berpuasa di bulan Ramadan adalah kewajipan setiap umat Islam. Wanita yang taat adalah wanita yang turut menjalani ibadah ini dengan ikhlas.

Bahkan sesiapa yang sengaja meningggalkannya tanpa sebab-sebab yang dizinkan pasti mendapat balasan dosa. Manakala golongan yang mengerjakannya adalah mereka yang patuh dan berusaha menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.

Faham Betul-Betul, Isteri Nak Masuk Syurga Ada Yang Mudah, Ada Yang Susah

Ads

#3 – Menjaga Maruahnya

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah. Hal ini termasuklah, apabila dia keluar dari rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri, tidak bercantik secara berlebihan dan berwangian hingga menimbulkan fitnah.

Isteri solehah juga akan sentiasa menjaga pergaulannya, menjaga lidah dari mengumpat dan mengadu domba. Mereka adalah wanita yang mempunyai ilmu, bijak dan cergas. Bukan sahaja mengetahui ilmu duniawi tetapi mandalami keilmuan Islam serta mengamalkan ilmu tersebut.

#4 – Mentaati Perintah Suami

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Ads

“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Hadis Riwayat Thabrani)

Wanita yang baik adalah yang sentiasa melakukan apa-apa sahaja perintah dan kemahuan suaminya. Bahkan sememangnya wajib untuk melakukan setiap kehendak suami selagi tidak melampaui batasan dan melanggar hukum syariat.

Wanita yang taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT akan turut menerima pahala seperti pahala berperang fisabilillah.

Begitulah besarnya pahala yang Allah SWT sediakan kepada golongan wanita yang solehah, terutamanya wanita yang sudah berkahwin. Walaupun hanya berada di rumah dan di sisi suaminya, wanita solehah akan memperoleh pahala dan jaminan syurga jika sentiasa diredai oleh suaminya.

Foto hiasan : Azfarina Sulaiman

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI