Orang nak kahwin, kita pun nak kahwin. Orang sibuk tanya bila nak kahwin, kita pula nak tutup mulut orang, terus je cari jodoh untuk dibuat pasangan hidup. Tapi, tahukah kita apa maksud perkahwinan tu? Adakah semata-mata cinta? Dah lama couple dan nak halalkan hubungan? Itu ke makna sebuah perkahwinan pada kita?
Besar maksud perkahwinan ni. Sebab tu sebelum bergelar suami atau isteri, ambillah masa untuk ‘belajar’ ilmu dalam perkahwinan. Bukan sekadar ilmu atas katil je tapi soal tanggungjawab, dosa pahala, siapa bimbing siapa dan banyak lagi. Ilmu tu takkan penah cukup kalau kita sibuk fikir honeymoon kat mana, anak nak berapa orang atau dok ‘panaskan’ hati member-member yang masih bujang.
========================================================
APA ITU PERKAHWINAN?
Perkahwinan itu antara hak dan tanggungjawab. Setiap anggota keluarga ada hak dan tanggungjawab masing-masing.
Jangan hanya sibuk meminta hak, tetapi tanggungjawab tidak pernah dilunaskan. Apabila tanggungjawab dilaksanakan, secara automatik hak akan diperolehi dengan sepatutnya.
Suami ada hak dan tanggungjawab. Isteri ada hak dan tanggungjawab. Anak-anak ada hak dan tanggungjawab.
Bila ia hak suatu pihak, maka ia jadi tanggungjawab bagi suatu pihak yang lain. Begitu juga sebaliknya. Bila ia tanggungjawab suatu pihak, maka ia jadi hak bagi suatu pihak yang lain.
Setiap hak yang tidak diberikan, maka ia akan dituntut pada hari kiamat. Setiap tanggungjawab yang tidak diselesaikan, maka ia akan ditanya di hadapan Allah SWT.
Suami berhak untuk ditaati oleh isteri. Suami berhak untuk dihormati oleh isteri. Suami berhak untuk diminta izinnya oleh isteri dalam apa jua urusan.
Isteri berhak untuk disayangi oleh suami. Isteri berhak untuk dilindungi oleh suami. Isteri berhak untuk disediakan pakaian, tempat tinggal, makanan, minuman dan pertolongan yang secukupnya oleh suami.
Isteri juga berhak untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari suami agar dapat menjadi isteri yang solehah. Isteri berhak untuk mendapat didikan dari suami tentang yang mana halal dan yang mana haram.
Anak-anak berhak untuk dikasihi oleh ibu bapa. Anak-anak berhak untuk disediakan pendidikan terutamanya pendidikan agama.
Anak-anak berhak diajar kenal Allah. Anak-anak berhak diajar kasihkan Rasulullah. Anak-anak berhak diajar untuk membaca Al-Quran.
Suami punya tanggungjawab yang sangat besar. Suami ada tanggungjawab terhadap isterinya. Suami ada tanggungjawab sebagai ayah terhadap anak-anaknya.
Yang terbesar di antara tanggungjawab itu ialah untuk menjaga dirinya sendiri dan seluruh ahli keluarga daripada masuk ke dalam neraka!
Isteri juga punya tanggungjawab yang tidak kurang besarnya. Isteri ada tanggungjawab terhadap suaminya. Isteri ada tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak-anaknya.
Yang terbesar di antara tanggungjawab itu ialah untuk menjaga maruah dan harga dirinya. Jangan sampai dia berbuat perkara yang haram dan suaminya terheret sama disebabkan gagal untuk mendidik isterinya menjadi isteri yang baik.
Anak-anak punya tanggungjawab untuk taat kepada ibu bapa. Anak-anak juga mesti kasih kepada ibu bapa.
Anak-anak mesti merendahkan diri di hadapan ibu bapa. Anak-anak tidak boleh meninggi suara dengan ibu bapa.
Anak-anak wajib menjadi anak yang baik, yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya walaupun mereka telah meninggal dunia.
Kunci syurga seorang suami ialah pada keredhaan ibunya. Kunci syurga seorang isteri ialah pada keredhaan suaminya. Kunci syurga anak-anak ialah pada keredhaan ibu bapanya.
Selamat pagi kawan-kawan.
Perkahwinan itu fitrah. Perkahwinan itu keseronokan.
Maknakan fitrah itu dengan sebaik-baiknya agar kita bahagia di dunia dan akhirat.
Kredit: Rahsia Kahwin Muda
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI