Mempunyai berat berat badan yang berlebihan adalah mimpi buruk bagi setiap wanita. Tambahan pula buat anda yang sedang menghitung hari untuk menempuh hari bahagia. Rela diet bermati-matian demi mendapatkan berat badan ideal agar nanti ketika menyarungkan baju pengantin terletak cantik di tubuh.
Satu hal yang perlu anda fahami, diet bukan bermakna anda harus memotong setiap hidangan makanan, namun paling penting anda bijak mengatur apa yang anda makan. Jadi, diet itu ialah memilih mana yang baik untuk tubuh dan menjauhi apa yang boleh memberikan kesan buruk apabila diambil.
Tanpa diet khusus dan ekstrem, anda masih boleh menjaga badan agar kekal ideal. Di bawah ini merupakan beberapa penjelasan yang mana anda mungkin boleh berdiet tanpa dibebani dengan terma diet itu sendiri.
1. PILIH MAKANAN ISTIMEWA HANYA DI HARI ISTIMEWA
Anda boleh cheat day ketika hari-hari istinewa, misalnya makan donut dan kek ketika majis ulang tahun. Namun diingatkan cheat day itu hanya dibuat untuk majlis itu sahaja dan bukannya di hari ulang tahun semua teman-teman anda. Di hari-hari biasa, anda boleh meneruskan pengambilan makanan sihat seperti biasa.
2. BANYAK BERBUAL KETIKA MAKAN
Ads
Kalau nak kurus tanpa diet, jangan makan seorang diri. Usahakan untuk anda mencari teman makan agar ketika di hadapan makanan, anda boleh terganggu dengan berbual bersama teman. Ini kerana semakin banyak yang anda berbual maka proses makan anda akan menjadi semakin lambat. Ini secara tidak langsung membuatkan anda makan sedikit.
3. JANGAN MEMUSUHI COKLAT
Kajian yang dilakukan di University of Toronto mengatakan gadis yang menghindari coklat selama seminggu akan membuatkan anda semakin mengidamkannya, malah akan makan lebih banyak lagi coklat. Kajian lainnya pula mengatakan, jika anda melarang diri daripada makan coklat dan berusaha untuk tidak memikirkan tentang coklat, anda akan semakin obsesi dan teruja untuk makan lebih coklat.
Ads
4. JANGAN AMBIL DIET SODA
Jika anda mengambil diet soda, ia sebenarnya mendorong otak untuk mengambil lebih banyak gula. Bahkan diet soda juga membuatkan anda percaya yang anda sudah mengurangkan kalori harian, jadi kemungkinan anda akan mensubsidikan kalori tersebut untuk mengambil makanan berkalori yang lebih banyak.
5. JANGAN SIBUK MENGIRA KALORI
Ads
Tubuh kita menggunakan 1000 kalori daripada junk food dengan 1000 kalori daripada makanan sihat untuk hal-hal yang berbeza. Jangan terlalu sibuk mengira jumlah kalori yang anda ambil. Jika anda sibuk mengiranya, ini akan membuatkan anda kehilangan kalori padat yang berkhasiat. Sebaiknya fokus sahaja piring anda dengan makanan sihat yang terdiri daripada protein, sayuran dan lemak sihat. Itu lebih baik!
6. BIJAK MENGAMBIL GULA
Gula tidak baik untuk tubuh, jika anda mengambilnya secara berlebihan ia akan tersimpan sebagai lemak. Namun ini bukan bererti anda perlu menghilangkannya sama sekali. Kenali reaksi tubuh anda setelah mengambil makanan yang mengandungi gula. Makanan yang membuatkan anda rasa keletihan setelah mengambilnya, itu yang patut anda hindari. Pada dasarnya, semua makanan seharusnya mampu membuatkan tubuh seseorang menjadi sihat.
Tanpa perlu melakukan diet khusus dan semua orang faham tentang enam perkara ini pasti anda mampu mempunyai berat badan ideal seperti yang anda idam-idamkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti impikan majlis yang indah untuk diingati sebagai kenangan terindah. Boleh dikatakan ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu mengadakan majlis gah namun akhirnya memakan diri.
Apa kata anda cuba tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Shaa Ismail ini yang berjaya mengumpul hampir RM12,000 menjelang perkahwinan mereka.
Menurut Shaa, ada lima cara yang dikongsikannya itu boleh digunapakai oleh mereka yang ingin menyimpan wang simpanan lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing.
Total 1 hari bulan RM 1, 2 haribulan RM 2, 3 hari Bulan RM 3, sampai 30 haribulan akan dapat RM 465 seorang. Kalau pasangan kita pun buat yang sama × 2 dapat RM 930.00 sebulan.
Andai kata ada 31 haribulan buat sampai 31 haribulan jadi total RM 496 seorang kalau campur pasangan kita, RM 992.00 sebulan ×12 bulan total setahun RM 11,904.00.
Cara 2
1 haribulan RM 2, 2 haribulan RM 2, 3 haribulan RM 2, buat dari 1 haribulan sampai 30 haribulan ada RM 60.00, kalau pasangan kita buat sekali total RM 120 sebulan, RM 120 x 12 bulan boleh dapat RM 1,440 setahun.
Cara 3
1 haribulan letak RM 30, 2 haribulan letak RM 29, 3 haribulan letak RM 28. Amaun yang sama dengan cara 1, cuma cara terbalik.
Cara 4
1 haribulan RM 1, 2 haribulan RM 1, 3 haribulan RM 1, buat sampai 30 haribulan dapat RM 30.00. Kalau buat dengan pasangan dapat RM 60.00 sebulan × 12 bulan dapat RM 720.00.
Cara 5
Kalau mampu letak sekepuk (penuh) bagi pada pasangan untuk simpan duit kahwin. Kalau macam Shaa ada rumah sewa kena bayar, ada motor kena bayar, Shaa simpan sikit-sikit.
Shaa buat menabung ni sejak mula bertunang. Jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama ambil dari tabung. Kalau nak topup ke isi minyak ke beli rokok ke duit tabung tak boleh usik. Cara menyimpan ni Shaa dapat sebab selalu boros.
Then memang habis je duit dalam bank. So cara macam ni simpan dalam tabung kat rumah atau dalam purse sediakan dua beg duit. Satu untuk belanja harian, satu untuk simpanan.
Duit kahwin
Macam Shaa gaji dua minggu sekali, abang gaji hujung bulan so dia memang bagi sekepuk (penuh). Cara ni duit gaji kita pun nampak kemana. So memang nak gaduh pasal duit kahwin takda kot. Harini 1 Disember, boleh la mula menabung. Goodluck gaiss.
Bukan itu sahaja, Shaa juga telah memasukkan wang simpanannya dalam Tabung Haji
Dua bulan sekali boleh masukkan dalam Tabung Haji. Bagus Tabung Haji ni sebab pakai buku je so takde la gatai tangan nak pergi cucuk duit.
Shaa kena bayar sewa rumah juga, motor pun kena bayar. Jadi cara yang kat atas Shaa guna untuk simpan dengan tunang Shaa. Jangan salah faham ye. Shaa bukan duduk rumah parents. So cara mcm ni simpan sikit-sikit inshaAllah boleh.
Ohh ya duit semua better perempuan yang pegang. Lelaki pulak kena selalu monitor. RM 992 × 12 bulan dapat RM 11,904, moga bermanfaat ya.
11/08/19 kami bertunang, 6/12/19 kami baru kahwin
Siapa cakap merancang untuk berkahwin tahun depan boleh dah mulakan tip kumpul duit kahwin yang dikongsikan ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin mengumpul duit kahwin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas haid, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.
Sebabnya semasa ha id, kita akan kehilangan dar4h. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah mati. Sebab itulah walaupun masih anak dara, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.
Ikuti perkongsian daripada Cik Puan Amyra Nabila Hasnol tentang air rebusan selepas haid ini bagus untuk diamalkan. Ia petua yang diwariskan oleh umi dan opahnya.
Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini
Bahan-bahan
Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )
Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )
Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan
Caranya
1) Serai tumbuk kasi pecah sikit
2) Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
3) Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
4) Rebus sampai mendidih.
5) Nak Rawat Keputihan – Tambah sireh – 2 helai
6) Nak Merapatkan Miss V – Tambah manjakani – 1 biji
Bila Patut Minum?
Sebaiknya selepas bersih daripada haid. Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk. “Tapi tapi kalau Myra la, Myra minum suam2 tu terasa lega je bila masuk dalam badan kita tau.. ”
Sumber/Foto: Amyra Nabila Hasnol
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mahu rezeki terus terbuka dan lancar? Berzikirlah ! Zikir itu adalah jalan pintas atau jalan termudah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kerana zikir tidak terbatas ruang dan waktu. Setiap saat kita boleh melakukannya. Bukan hanya setelah solat fardhu bahkan saat menunggu mahupun di selang seli aktiviti kerja kita boleh berzikir.
Zikir itu intinya adalah mengingat Allah setiap saat. Bukan hanya komat-kamit membaca serangkaian kata-kata dalam bahasa Arab tapi hendaknya harus mengerti erti atau maknanya. Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah seperti Asmaul Husna. Kita mengenal ada 99 nama yang dimiliki Allah yang intinya mengagungkan dan membesarkan namaNya.
Salah satu Asmaul Husna yang sering saya amalkan adalah Ya Fattah Ya Razzaq.
Al Fattah
Erti dari Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin boleh membuka rezeki, membuka jodoh, membuka jalan usaha, membuka fikiran yang tertutup, membuka langit, membuka keampunan. Apa saja yang terasa tertutup dan kita ingin membukanya dengan izin Allah maka zikir mengulang-ulang nama Allah Ya Fattah boleh dilakukan.
Bagi yang belum bertemu jodoh, zikir ini bererti memohon agar dibukakan jodohnya, dipertemukan dengan orang tepat dan boleh membimbing dan dibimbingnya menuju jalan Allah.
Bagi yang belum punya anak, zikir ini bererti memohon agar diberi kesempatan memiliki buah hati dari rahim sendiri. Bagi yang belum punya pekerjaan, zikir ini bererti memohon agar dibukakan jalan menuju pekerjaan impian atau di bukakan jalan untuk memulai usaha sendiri.
Bagi yang punya banyak dosa, zikir ini bererti memohon agar pintu keampunan Allah dibukakan untuknya. Bagi yang punya banyak masalah, zikir ini bererti memohon dibukakan jalan keluar dan solusi dari semua masalah yang menimpa. Bagi yang lagi sakit, zikir ini bererti memohon dibukakan jalan kesembuhan baginya.
Ar Razzaq
Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Kita semua tahu bahawa Allah lah yang memberi rezeki. Jika diamalkan secara rutin maka rezeki insya Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka-sangka, dibebaskan dari masalah kewangan dan sebagainya.
Bagi orang yang rezekinya sedikit, susah, tak cukup, sukar diperolehi boleh mengamalkan zikir ini agar rezekinya lancar dan berkat.
Bagi yang memiliki anak, boleh membaca zikir ini agar anak yang dikandungnya atau dididiknya menjadi anak soleh, tidak degil, bermanfaat dan boleh jadi tiket buat menghantar orang tuanya ke pintu surga.
Bagi suami isteri yang mengharungi bahtera rumah tangga yang bermasalah, zikir ini bermanfaat untuk memohon rezeki rumah tangga yang sakinah dan menyatukan dua hati yang berjarak.
Bagi yang sedang usaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir boleh diamalkan. Bagi yang ingin naik haji dan umrah segera boleh merutinkan bacaan zikir ini agar dimudahkan rezekinya menuju ke sana.
Bagi yang perlukan pembiayaan pendidikan, pengubatan, usaha dalam jumlah banyak boleh mengamalkan zikir ini agar dimudahkan memperolehi biaya tersebut.
Cara mengamalkan Ya Fattah Ya Razzaq Banyak yang menyarankan agar membacanya sebanyak 111 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Bahkan kalau mampu boleh sampai 1000 kali atau 300 kali. Semakin banyak semakin baik.
Hendaknya diamalkan dimana saja dan bila saja, tidak mesti harus selesai shalat fardhu saja. Kalau saya peribadi membaca Ya Fattah Ya Razzaq setiap selesai solat fardu 11 kali (disamping membaca tasbih, tahmid dan takbir). Saya juga membacanya setelah selesai solat sunat dhuha dan solat sunat tahajud.
Setiap selesai dua rakaat solat sunat tersebut sebelum melanjutkannya ke dua rakaat selanjutnya saya sempatkan membaca Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11 kali. Baru kemudian saya lanjutkan dua rakaat berikutnya, selesai salam kembali membaca zikir tersebut sebanyak 11 kali.
Begitu seterusnya, apabila bulan Ramadhan saya juga mengamalkannya diantara solat tarawih, agar puasa saya lebih diberkati dan dimudahkan. Uztaz Yusuf Mansyur menyarankan membacanya minima 12 kali, iaitu 5 kali setelah solat fardu, 1 kali setelah dhuha, 1 kali setelah tahajud dan 5 kali diantara azan dan iqamat.
Disamping membacanya tetap berusaha seperti biasa, yang kerja tetap kerja yang berniaga tetap berniaga, jangan berhenti. Yakin bahawa Allah akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang tersekat termasuk rezeki kita. Menyuburkan amalan-amalan pendorong doa, amal soleh dan sebolehnya hindari maksiat.
Setiap saat boleh diamalkan kemudian dilanjutkan doa sesudahnya, memohonkan hajat kita. Bahkan ketika memandu pun boleh baca zikir tersebut sambil mendengarkan lantunan lagu-lagu dari CD atau turut mendengarkan berita dari radio kenderaan.
Pengalaman saya setelah mengamalkan zikir Ya Fattah Ya Razzaq Saya akui bahawa saya orang yang tidak terlalu alim. Ilmu saya masih sedikit dan menjalankan agama sesuai dengan ilmu yang sedikit itu. Zikir ini memang saya amalkan setelah membaca tauziah Uztaz Yusuf Mansyur mengenai percepatkan rezeki dengan zikir Asmaul Husna termasuk Ya Fattah Ya Razzaq.
Seboleh mungkin saya berusaha untuk tidak meninggalkan solat sunat rezeki iaitu shalat dhuha sebanyak 6 rakaat setiap harinya. Saya usahakan untuk shalat tahajud meskipun cuma 2 rakaat (meski terus terang lebih banyak tidurnya hehehe..).
Setelah rutin mengamalkan dengan cara di atas tadi saya tidak pernah merasakan masalah kewangan yang teruk. Pekerjaan saya sebagai pegawai bergaji tetap setiap bulannya tapi Alhamdulillah saya hidup merasa tak pernah kekurangan. Setiap saya ingin membeli sesuatu wangnya pasti tersedia.
Saya tidak pernah mengatakan tidak punya wang (pada diri saya) meskipun kenyataannya wang di bank saya memang tidak ada dan tabungan saya menipis. Saya selalu berfikir bahawa saya punya cukup banyak untuk dibelanjakan dan disyukuri. Jika wang saya sedikit, sedikit juga yang saya belanjakan dan syukurnya yang diperbanyak. Jika wang saya berlebih, saya belanjakan sesuai keperluan disertai syukur kerana boleh berbelanja lebih dari biasanya.
Saya juga berusaha semampunya berbuat baik pada kedua orang tua terutama ibu saya dan mertua. Kerana kebetulan berbeza lokasi, setiap orang tua / mertua mengunjungi kami tak pernah lupa untuk memberi saguhati (perbelanjaan) sekadarnya sebelum mereka pulang, berapa kalipun mereka datang dalam sebulan. Saya sangat faham pentingnya berbakti pada orang tua.
Alhamdulillah sejak saya mulai mengamalkan hal-hal tersebut di atas mulai sekitar tahun 2011 sampai saya menulis tulisan ini di awal July 2015 belum pernah saya merasakan kesulitan yang teruk dalam rezeki saya. Padahal sebelumnya saya juga sering mengalami masalah, seperti rumah dipecah beberapa kali, emas, wang, dan harta benda melayang dicuri orang, kemalangan meskipun tidak parah dan sering merasa kekurangan wang.
Ketika ini meskipun kami tidak kaya berlimpah harta tapi yang paling penting kami selalu merasa cukup. Kami boleh makan, berpakaian, punya rumah yang selamat dan berkongsi rezeki dengan orang lain itu lebih dari cukup.
Saya menuliskan ini real dari pengalaman saya peribadi, insya Allah tidak ada perasaan riyak atau ingin dipuji tapi semata-mata saya niatkan buat pembelajaran untuk kita semua. Bahawa rezeki Allah itu fenomena yang tidak dapat dikira dengan hitungan matematik kerana sifatnya yang abstrak. Bukan kuasa kita untuk menentukan berapa banyak rezeki yang kita terima, tapi itu adalah wilayahnya Allah. Kita hanya meminta dan mempercepatkan diri untuk menerima.
Saya tutup tulisan ini dengan penekanan bahawa ibadah yang baik itu bukan yang jumlahnya banyak tapi yang rutin dilakukan biar jumlahnya sedikit. Demikian pula dengan zikir ini, bukan berapa kali hitungannya dalam sehari tapi kekerapannya. Biar cuma 1 kali sehari tapi jika rutin itu lebih baik dibanding 1000 kali tapi cuma sekali selama setahun. Semoga Allah merahmati kita semua. Wallahu alam..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...