Dalam rumah tangga perempuan yang lebih banyak menjadi pengurus rumah tangga. Walaupun mereka lebih dianggap “Menteri Kewangan” tetapi sebenarnya mereka lebih banyak bertindak sebagai “hakim” kepada pasangan, kawan, suami dan anak-anak. Jadi faham-fahamlah jika mereka membebel, pasti ada sesuatu yang melanggar peraturan mereka.

Wanita bernama Siti Aishah (Kak Bidan Mengurut) atau mesra dipanggil Kak Ice ini berkongsi luahan hati kenapa wanita suka membebel. Walaupun perempuan ini renyah tapi percayalah, dia nak suami yang tidur sebantal dengan dia dengar benda-benda remeh dalam hidup dia.

Orang perempuan kalau tak meluahkan, jadi makan dalam.

Tak susah mana. Tebarkan telinga masa isteri nak berkongsi.

Kadang-kadang benda tu remeh.
Sebab perempuan memang renyah.
Dia takkan merungut pasal ekonomi dunia, enjin kereta atau harga rumah naik.

Dia merungut pasal
Anak dok berak-berak…
Sinki tersumbat…
Jiran bising…
Kuih beli pagi tadi dah basi…
Kawan baik masam muka…

Benda remeh.

Tetapi…

Benda remeh ni perlu diluahkan.
Orang perempuan kalau tak meluahkan, jadi makan dalam.
Tau-tau je anak terhumban dalam baldi.
Suami kena baling selipar.
Mak mentua kena halau.
Paling sadis…
Dia bawak kereta suami… sagat tepi tiang Econsave!

So sebelum malapetaka menimpa….
Lapang-lapangkanlah telinga.

Bukan boleh cair pun taik telinga.
Tadah je.
Dengar apa mereka nak cerita.

Sebab perempuan memang renyah.

Kalau kamu rasa rimas kahwin dengan isteri yang renyah….
Lain kali jangan kahwin dengan pompuan.
Kahwin dengan jantina sendiri.

Dia hanya mahu didengari.

Lagi satu.

Haaa… ni penting.

Dah reti tadah telinga…
Mulut tu kunci.
Jangan sibuk-sibuk nak bagi ulasan ke, teguran ke, nasihat ke, solusi ke.

Kadang-kadang orang pompuan ni tak nak solusi.
Sebab dia tahu penyelesainnya.
Malah dia tahu dialah punca kepada masalah dalam hidup dia.
Dia nak didengari.
Dia nak suami yang tidur sebantal dengan dia dengar benda-benda remeh dalam hidup dia.

Melainkan dia minta pendapat.
Dia sendiri minta solusi.
Haa… barulah buat pembentangan cara-cara mengatasi masalah si isteri

Kenapa?
Jangan tanya Kak Ice.
Kak Ice yang pompuan ni pun tak faham peel kawan sejantina Kak ice sendiri.

So bawak-bawaklah mendengar.
Kadang-kadang dengan amalan mendengar ni.
Mampu memanjangkan tempoh perkahwinan.

Dia hanya mahu didengari.
Dan bila kamu mampu jadi pendengar setia.

Percayalah…
Seluruh jiwa raga dia mampu menjadi milik kamu seorang..

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI