Ramai yang membuat spekulasi tentang rumah tangga pelakon, Fattah Amin selepas tular isu penceraian yang difailkan isterinya, Nur Fazura.
Menurut satu portal hiburan, Fattah hanya mengetahui tentang berita isterinya telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam menerusi media sosial.
“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui laman media sosial semata-mata, terutamanya setelah ia ditularkan.
“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita tersebut. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi isteri saya Nur Fazura.
Ads
“Saya ingin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidup saya seperti yang telah diperkatakan dan dihebohkan dalam laman-laman media sosial sehingga kini,” katanya.
Doakan Yang Terbaik
Tambah pelakon berusia 34 tahun ini lagi, dia memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Fazura.
“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali kami mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi agar segala urusan kami berdua dipermudahkan serta diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.
Ads
“Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,” ujarnya.
Dikaitkan Dengan Orang Ketiga
Terdahulu, awal pagi tadi pengawal peribadi kepada Fazura yang dikenali sebagai Shahaszrin mendedahkan terdapat orang ketiga dalam rumah tangga majikannya yang dipercayai penata gaya hijab kepada aktres itu.
“Misi menyondol berjaya. Orang belanja kau makan cendol bukan suruh menyondol.
Ads
“Apa pun terjadi, aku harap semoga segala urusan dua insan yang aku sayang ini dipermudahkan. Mereka berdua baik dengan aku dan keluarga aku. Aku dan harapkan yang terbaik untuk dua insan ini.
“Ingat segala video pengakuan kau, pengakuan di WhatsApp, gambar ‘hidden’ apa yang berlaku luar dan dalam hari kejadian dan segala aktiviti tidak bermoral sudah dihantar ke tempat sepatutnya.
“Tak perlu ‘create’ kau hanya tempat mengadu sahaja. Pandai putar belit. Kau hebat dalam bab bab ‘play victim’,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Sebelum ini spekulasi mengenai Fattah yang dikatakan curang bersama seorang penata gaya tudung hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.
Pasangan itu telah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang bekerja, balik kerja, sambung hal-hal rumah. Mandikan anak, sediakan makan malam dan buat mereka yang tidak bekerja apatah lagi. Dari pagi sampai malam, tiada rehatnya. Baca perkongsian Abu Hurairah Asifa ini tentang seorang perempuan yang bergelar isteri.
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.
Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.
Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Akhirnya penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim selamat bernikah dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam sebuah majlis tertutup.
Che Puan Jeslina Hashim Sah Milik Tunku Eddy
Berita gembira terbabit dikongsi pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim yang kini menjadi biras kepada penyanyi berusia 46 tahun itu.
“Hari yang indah dan majlis yang indah bagi meraikan akad nikah adik ipar saya Eddy Mudzaffar bersama Jeslina Hashim.
“Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah,” katanya dalam hantaran Instagram.
Dihadiri Sarimah Ibrahim
Sarimah hadir ke majlis tersebut bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.
Difahamkan, pernikahan pasangan yang sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Menerusi video, mempelai menggayakan persalinan sedondon serba putih, bahkan pengantin perempuan turut menitiskan air mata gembira sebelum upacara menyarung cincin.
Sebelum ini, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
Tunku Eddy yang juga adik kepada suami Sarimah adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan dan Yang di-Pertuan Agong ke-10, Tuanku Ja’afar.
Penyanyi, pelakon dan juga aktivis kemanusiaan terkenal, Heliza Helmi memulakan chapter pertama tahun 2022 dengan bertukar status sebagai seorang isteri.
Di usia 36 tahun, Heliza memilih tarikh 1 Januari 2022 untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan ternama iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Dengan hanya sekali lafaz, Heliza sah menjadi milik kepada pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium ini.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Khabar gembira itu telah dikongsi oleh seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mhd Izhar Ariff Mohd Kashim di akaun Instagramnya.
Rata-rata netizan dan rakan selebriti mendoakan pasangan sepadan ini agar kekal bahagia sampai ke syurga. Mereka turut mengharapkan agar pasangan ini terus bersama-sama meneruskan perjuangan terhadap ummah.
Pendakwah bebas, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria turut menitipkan ucapan berharga buat Heliza di laman Facebook.
Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria.
“MashaAllah Tabarakallah Semoga Allah memberi kebaikan kepadamu dan mengumpulkan kamu berdua dlm kebaikan.
Tahniah Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza Helmi.
Last kami forum bersama beberapa bulan lalu. Sempat Heliza tanya tips rumahtangga. Memang dari dulu lagi sepentas, tetap sama orgnya penuh rendah diri dan baik hati dan suka tnya macam2 tips. Dan manis muka serta kelakarnya memang tak habis.
Hati saya rasa sebak sebenarnya. Begitulah jodoh, satu rahsia Allah yg tak terjangkau dek akal.
Semoga Datuk Seri menjaga amanah ini sepenuh hati dan membuatkan dirinya bahagia dan selalu tersenyum dlm kebaikan.
Sabarlah bg yg belum berjodoh. Jagalah diri baik2 wahai anak2 gadis dan pemuda2. Sesungguhnya ia sesuatu yg manis bila Allah mentakdirkan kebaikan buatmu.”
Salam sayang. Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria.
Semoga Heliza Helmi kekal bahagia bersama cinta hatinya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Kredit Foto: Instagram Aqo Imran
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!