Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan majlis persandingan dengan cara tersendiri dan diadakan dalam suasana meriah serta diingati hingga akhir hayat. Elemen unik dan sedikit gimik mungkin membantu untuk menjadikan suasana persandingan mereka jadi lebih menarik.
Ada saja kelainan yang dibawa oleh pasangan pengantin untuk memeriahkan majlis perkahwinan mereka. Pemuda ini tidak menyangka ideanya dalam majlis resepsinya di Semabok, Melaka, menjadi tular sehingga terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa.
“Ada menyesal sedikit, tetapi nak buat macam mana, perkara sudah berlaku, saya terpaksa lalui,” kata Muhammad Saiful Ikhsan Muzafar, 25, yang menjadi perhatian selepas menyelitkan pistol mainan pada kain sampingnya ketika majlis persandingannya Ahad lalu.
Kelainan yang dicipta pada hari bahagianya itu bukan saja tular di laman sosial, malah dia terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa atas tindakannya itu.
“Saya sudah memberi keterangan kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak malam semalam dan memberi gambar pistol berkenaan kepada polis dari Bukit Aman.
Ads
“Itu sebenarnya pistol mainan yang saya beli pada harga RM45 dan sudah dipotong pada bahagian hadapan supaya ia tidak kelihatan seperti pistol sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum membuat gimik itu, dia turut mendapatkan maklumat mengenai undang-undang yang berkaitan dengan pemilikan pistol mainan.
Atas sebab itu, dia memotong bahagian hadapan pistol berkenaan.
Ads
Muhammad Saiful Ikhsan yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Rawang, Selangor berkata, gimik berkenaan adalah ideanya sendiri untuk mencipta kelainan, tetapi tidak menyangka ia akan menjadi tular.
“Bila dah terjebak dengan urusan undang-undang ini, tidaklah mengganggu mood perkahwinan saya cuma terpaksa berkorban masa untuk selesaikannya.
“Sepatutnya perkara ini untuk majlis saya, tetapi apabila tular, ramai yang kata saya menolak adat dan untuk itu, saya terima dengan hati terbuka kalau saya menggangu adat,” katanya.
Ads
Majlis resepsi sebelah keluarganya itu berlangsung di Semabok, Melaka selepas dia selamat bernikah dengan isteri, Nur Wahida Norbani, 23, pada 1 Disember 2017.
“Keluarga, kawan-kawan ada juga sindir saya selepas apa yang berlaku dan isteri pun reda saja selepas saya buat gimik itu.
“Apa yang pasti, ini akan menjadi kenangan saya sehingga ke anak cucu dan saya akan pesan kepada mereka nanti supaya jangan buat macam ini!,” katanya.
Sumber: hmetro
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sweet betul tengok gambar kahwin pasangan romantis Bella dengan Engku Emran yang berlangsung di Intercontinental Hotel & Resort Bandung, Jawa Barat, semalam. Tak berkelip rasanya mata tengok setiap gambar pasangan ini. Jelas tergambar kebahagiaan yang dirasai pasangan sejoli ini. Awal September lalu, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri oleh 300 tetamu. Jauh daripada kesan mewah, majlis resepsi Bella dan Engku Emran terlihat sederhana dan dihiasi dengan nuansa putih. Pada majlis resepsi itu juga menyaksikan Bella menyarungkan busana pengantin hasil sentuhan Ayu Dyah Andari. Wajah manis Bella pula nampak berseri-seri hasil solekan andychunmakeup dengan tema nude.
Memilih untuk menggayakan jump suit dengan warna blush meriah bersama perincian Swarovski dan taburan kristal nyata busana ini mampu memperindahkan lagi seri ratu sehari bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu. Engku Emran tampil hampir senada dengan penampilan Bella, tampan dengan mengenakan sut berwarna coklat bersama kemeja putih dan tali leher berwarna hitam dari Wong Hang Tailor.
Sebagai tanda kasih dan cinta kepada isteri tersayang, Engku Emran telah membuat kejutan kepada Bella pada majlis tersebut. Amy Search telah didatangkan khas dari Malaysia bagi mendendangkan lagu Isabella. Amy Search sendiri ternyata sudah tidak asing lagi bagi keluarga Bella. Malah ibu Bella juga sangat mengidolakan penyanyi itu sehingga memberikan nama puterinya Bella, yang diambil daripada judul lagu Amy yang sangat popular iaitu Isabella.
Majlis resepsi kedua pasangan mempelai ini turut dihadiri oleh Bunga Citra Lestari, Melly Goeslaw, Zaskia Sungkar, Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri. Sempurna sudah majlis di kedua-dua belah pihak. Didoakan agar mahligai pasangan sama cantik dan sepadan ini kekal bahagia hingga ke syurga.
Ayuh kita cuci mata dengan rakaman memori terindah pasangan merpati dua sejoli ini di majlis resepsi mereka.
Sumber gambar: the leonardi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya pewaris perniagaan barang kemas mewah Habib Jewel, Mirza Meer, kini sah bergelar suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Pevita Pearce, selepas melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan dengan penuh kemeriahan semalam.
Perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian ramai, bukan sahaja kerana status Mirza sebagai pewaris empayar perhiasan ternama, tetapi juga kerana Pevita yang dikenali sebagai antara bintang terkenal di Indonesia.
Dihadiri Keluarga Terdekat
Majlis yang berlangsung dengan kehadiran keluarga serta rakan terdekat itu menjadi detik bersejarah yang menggabungkan dua personaliti dari dunia perniagaan dan hiburan, sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Pewaris Habib Jewel Sah Milik Pevita Pearce
Ramai pengguna media sosial yang ‘patah hati’ kerana pelakon kesayangan mereka, Pevita yang mula mencipta nama di persada seni dengan lakonan memukau dalam pelbagai filem terkenal, termasuk wataknya yang paling dikenang sebagai Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijcksudah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati.
“Pada dasarnya takdir Allah itu selalu baik, walau terkadang perlu airmata untuk menerimanya. Tahniah, Pevita,” kata Ichtiardi.
“Pevita sudah nikah, mari para wanita, kita semua harus mencari pasangan,” komen Venya.
Jodoh yang sudah tertulis, Pesona Pengantin doakan moga hubungan pasangan sejoli ini bahagia hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi pop, Britney Spears yang popular dengan lagu ‘Baby One More Time’ dan ‘Oops! I Did It Again’ sekali lagi bergelar isteri buat kali ke-3 setelah selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasih yang juga jurulatih peribadinya, Sam Asghari. Pasangan ini bertunang pada September 2021.
Perkahwinan Britney, 40, dan Sam Asghari, 28, yang merupakan seorang pelakon serta jurulatih kecergasan berlangsung sembilan bulan selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka.
Ini merupakan perkahwinan ketiga penyanyi pop berusia 41 tahun itu.
Menerusi perkahwinan kedua dengan penari Kevin Federline yang bertahan sehingga 2007, Spears mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston, 17, dan Jayden James, 16 tahun.
Jom lihat beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan kali ke-3 Britney Spears ini:
1.Majlis tertutup itu diadakan di Los Angeles yang turut dihadiri rakan baik Britney antaranya Selena Gomez dan Madonna.
2. Britney dan Sam tampil glamor serta elegan dengan busana perkahwinan hasil rekaan Donatella Versace.
3. Pasangan itu berkenalan ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016 sebelum bercinta setahun selepas itu.
4. Britney menggayakan barang kemas dari Stephanie Gottlieb dan disolek Charlotte Tilbury pada hari bahagianya.
5.Britney juga memilih lagu Can’t Help Falling in Love nyanyian Elvis Presley bagi mengiringinya ke altar perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...