Kisahnya pernah menjadi viral satu ketika dulu apabila sering menarik perhatian netizen apabila sering memanjakan teman wanitanya dengan kemewahan. Setiap tarikh penting, dia akan buat suatu momen indah buat wanita dicintainya ini.
Dua hari lepas berlangsungnya majlis perkahwinan Hafiz dan Syafiqah Aina yang menyaksikan kedua-dua pasangan cantik dan tampan mengenakan persalinan dari iam_inderaloka dan Mega Bridal Creation. Manakala pakaian yang dikenakan pada pre-wedding photoshoot adalah dari Azura couture.
Pre-Wedding Photoshoot
Penggambaran di lakukan di beberapa lokasi seperti di The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh serta Kellies Castle, Batu Gajah bagi video pre-wedding di bawah terbitan D’Loven Group.
Sebelum ini, Hafiz pernah menggemparkan pengguna media sosial apabila video kejutan buat kekasih hati dengan menyewa sebuah kereta limousin putih dan dengan menaiki sebuah kapal mewah dengan keluarga masing-masing.
Bounce Back” memberikan pengalaman terbaik buat wanita, ideal, positif merupakan tawaran terkini dari STRIP’s. Mengetahui dan memahami keperluan setiap wanita, STRIP’s tampil dengan rawatan terkini khusus iaitu Thermal Shape untuk membantu membentuk bawah badan juga rawatan Rosebud Vajuvenation khas untuk penjagaan kawasan intim wanita.
Bertempat di Mid Valley, semua pengunjung berpeluang merasai sendiri pelbagai aktiviti penuh interaktif serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah iaitu baucer rawatan terbaik dari STRIP’s.
Para tetamu digalakkan untuk mengenali rawatan baru dengan meneroka pelbagai panel paparan di mana maklumat disajikan dengan cara yang kreatif dan ekskulusif.
Hadir pada majlis pelancaran itu ialah personaliti gaya hidup Amber Chia, Sazzy Falak, Atilia Haron, Anuja Ananthan, Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon, dan Dr. Jezamine Lim, antara lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini telah tular kisah pasangan muda yang mengadakan majlis pertunangan secara jarak jauh selepas beberapa gambar termasuk video dimuat naik di laman sosial.
Majlis pertunangan membabitkan aplikasi panggilan video Skype yang dipaparkan di komputer riba dan disambungkan ke ‘monitor’ bagi paparan lebih jelas buat tetamu.
Pemuda yang baru bertunang itu, Muhammad Idham Aisha, 27, berkata, persiapan majlis dibuat di kediaman keluarga perempuan, Nur Amirah Mohammad Noor, 25, di Bukit Rambai, Melaka pada Sabtu lalu.
Idham yang kini bekerja di Yokohama, Jepun, berkata kedua-dua ibu bapanya yang hadir bersama kira-kira 20 ahli keluarga dan saudaranya sebenarnya tidak mengetahui mengenai rancangan untuk membuat panggilan video selepas majlis.
“Sejak saya belajar dan bekerja di Jepun hampir lapan tahun, hanya beberapa kali saja saya pulang ke Malaysia. Sepanjang tempoh ini, saya tak pernah buat ‘video call’ dengan abah dan mak sebab di kampung di Kampung Gajah, Perak tak ada kemudahan untuk menggunakan ‘skype’.
“Jadi, ini memang pertama kali buat ‘video call’ dengan mereka. Alhamdulillah, kejutan untuk mak abah. Menitis air mata abah jugalah masa bercakap dengan saya depan ‘monitor’ (skrin komputer),” katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp Call pada Rabu.
Idham yang bekerja dalam bidang pengiklanan berkata, ia juga merupakan pertama kali ibu bapanya bersemuka dengan tunangnya sekeluarga.
“Sebelum ini mereka hanya lihat Amirah menerusi gambar, tapi pada majlis barulah mereka dapat berjumpa. Secara tidak langsung, ‘video call’ yang dibuat bagi berkongsi kegembiraan abah dan mak bersama keluarga Amirah,” katanya.
Kisah cinta mereka bermula semasa majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan di Kedutaan Malaysia di Tokyo pada tahun lalu semasa Amirah menyertai program pertukaran pelajar di negara matahari terbit itu sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengenali secara serius.
Tambahnya lagi dia sudah bertemu dengan ibu bapa Amirah sebelum memutuskan untuk bertunang. Dan akan pulang bercuti pada Ogos nanti kerana kebetulan ada urusan kerja serta ingin bertemu dengan mereka, yang paling gembira kali ini sebagai tunang Amirah.
Sementara itu, Amirah pula berkata, dia tidak menyangka sesi panggilan video yang dibuat keluarganya selepas ditunangkan tular di media sosial.
“Bukan saya atau Idham yang memuat naik video ini, jadi memang terkejut bila dikongsi ramai di Facebook. Terima kasih kepada mereka yang menyukainya. Bagi yang mengecam, itu mulut mereka nak kata macam-macam, terpulang kepada mereka.
“Tapi video ini sekadar berkongsi kegembiraan kami sekeluarga terutama memberi kejutan kepada mak dan abah Idham. Ia juga menunjukkan kami mendapatkan restu daripada kedua-dua keluarga. Kan lebih baik doakan kami yang baik-baik sampai ke jinjang pelamin,” katanya.
Amirah yang baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Bio Perubatan di intistut pengajian tinggi tempatan, berkata sikap Idham yang bertanggungjawab terutama menghormati ibu bapanya berjaya menambat hatinya.
“Walaupun kami baru berkenalan, Idham sudah berani menghubungi kedua ibu bapa saya untuk beritahu dia mahu mengenali saya.
“Begitu juga ‘video call’ yang dibuat selepas kami bertunang, dia tampil bersemuka dengan keluarga saya dan keluarganya. Bukan semua lelaki seberani dia,” katanya yang merancang untuk menyambung pengajian dalam peringkat Sarjana di Jepun.
Segala teka-teki selama ini tentang pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, akhirnya terlerai apabila mengesahkan berkahwin dengan wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini, Ira Kazar di Thailand.
Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dilaman Instagram (IG). Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi. Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.
Syamsul mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.
“Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan. Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.
“Saya bernikah secara sah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.
“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi video berkenaan.
Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu mengakui, Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah.
“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.
“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.
“Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.
“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.
Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.
“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga. Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...