Ads

Empat Tahun Menyulam Cinta, Givina Lukita Dewi & Mario Caesar Disatukan Dalam Majlis Penuh Intim

Selepas kira-kira empat tahun menyulam cinta, pelakon Indonesia, Givina Lukita Dewi akhirnya sah bergelar isteri kepada anggota kumpulan NPD, Mario Caesar dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 20 September 2026.

Memilih untuk meraikan hari bahagia dalam suasana lebih intim, pasangan ini dikelilingi ahli keluarga serta sahabat terdekat ketika melafazkan janji sebagai suami isteri.

Berita pernikahan tersebut turut dikongsikan Mario menerusi Instagram dengan kapsyen ringkas, “ Alhamdulillah, bahagia sekali hari ini. Sabar, besok kami cerita ya,” berserta deretan foto yang merakamkan detik istimewa mereka.

Pesona Givina Dalam Persalinan Putih

Tidak hanya kisah cinta pasangan ini mencuri perhatian, penampilan Givina sebagai ratu sehari turut menjadi tumpuan.

Untuk acara akad nikah, adik kepada pelawak dan komika terkenal Indonesia, Uus itu tampil anggun dalam persalinan serba putih rekaan pereka fesyen Indonesia, Rama Dauhan.

Busana berpotongan mengikut bentuk tubuh itu menyerlahkan gaya pengantin moden menerusi perincian kristal dan jemeki yang menghiasi keseluruhan persalinan. Penggunaan fabrik sheer pada bahagian bahu dan lengan pula memberikan sentuhan feminin tanpa menjadikan keseluruhan gaya kelihatan terlalu sarat.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Penampilan tersebut disempurnakan dengan veil panjang rona senada yang memberikan efek dramatik, sekali gus melengkapkan gaya bridal Givina yang elegan dan kontemporari.

Sementara itu, Mario memilih persalinan serba hitam lengkap dengan songkok, mencipta kontras klasik apabila berdiri di sisi isterinya yang tampil serba putih.

Ads

Dekorasi Sarat Elemen Alam

Konsep pernikahan pasangan ini juga menarik perhatian apabila mereka memilih dekorasi yang sarat dengan elemen semula jadi.

Gabungan dedaunan hijau, elemen anyaman serta rangkaian bunga dalam pelbagai rona menghasilkan suasana yang cukup romantis dan bersahaja. Pilihan dekorasi tersebut cukup serasi dengan konsep intimate yang diketengahkan pasangan ini.

Lebih istimewa, pernikahan Mario dan Givina turut menemukan dua keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan dunia hiburan Indonesia.

Ads

BACA JUGA: Siapa Sebenarnya Berhak Tentukan Tetamu Majlis Kahwin? Pengantin Atau Ibu Bapa?

Givina merupakan adik kepada pelawak terkenal, Uus, manakala Mario pula diketahui merupakan sepupu kepada penyanyi popular Indonesia, Raisa.

Raisa bukan sahaja hadir meraikan hari bahagia sepupunya itu, malah turut dilaporkan membuat persembahan bersama anggota NPD, menjadikan suasana majlis semakin istimewa.

Selepas empat tahun melalui perjalanan cinta bersama, tanggal 20 September 2026 akhirnya menjadi permulaan kepada lembaran baharu buat Mario dan Givina sebagai pasangan suami isteri.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Andre Taulany & Amanda Rigby Sah Bergelar Suami Isteri, Beza Usia...

Selepas kisah hubungan mereka menjadi perhatian, pelawak dan pengacara terkenal Indonesia, Andre Taulany akhirnya sah bergelar suami kepada aktres Amanda Rigby. Pasangan itu melangsungkan akad...