Dalam kepenatan menganjurkan majlis resepsi dan melalui momen tertekan sebelum berlangsungnya majlis, tentu pengantin baharu perlukan masa untuk berehat dan recharge. Sebab itu ramai pengantin baharu memilih untuk berbulan madu demi membangkitkan aura romantis dalam hubungan, contohnya dengan glamping!

 

Destinasi berbulan madu ni berbeza-beza. Ada pasangan yang suka tempat peranginan di tepi laut, ada yang memilih untuk menikmati suasana hutan dan mendengar deruan air sungai malah ada juga yang mencari tempt paling havoc dengan orang ramai.

 

Tidak kiralah apa sahaja kegemaran anda, pemilihan destinasi bulan madu perlulah dari kata sepakat kedua-dua belah pihak. Jangan terlalu pentingkan diri dan syok sendiri bila pilih destinasi tu.

 

Pesona Pengantin nak kongsi satu lokasi percutian dan pastinya menjadi pilihan berbulan madu terbaik untuk anda. Dikelilingi dengan keindahan flora hutan hujan yang segar, La Hilir Luxe Camp yang terletak di Kuala Pilah menjanjikan pengalaman baru buat pasangan pengantin.

IKLAN

 

GLAMPING, Baru Boleh Cipta Momen Lain Dari Lain Untuk Bulan Madu! GLAMPING, Baru Boleh Cipta Momen Lain Dari Lain Untuk Bulan Madu!

Menurut pasangan suami isteri, Allan dan Irena, mereka mula membina rumah La Hilir Tiny House adalah untuk ‘melarikan’ diri dari hiruk pikuk bandaraya serta mencari ketenangan yang lebih menarik di dalam hutan.

 

IKLAN

GLAMPING, Baru Boleh Cipta Momen Lain Dari Lain Untuk Bulan Madu! GLAMPING, Baru Boleh Cipta Momen Lain Dari Lain Untuk Bulan Madu! GLAMPING, Baru Boleh Cipta Momen Lain Dari Lain Untuk Bulan Madu!

 

Glamping, satu aktiviti baharu dan menjadi trend masa kini lebih seronok dinikmati saat bersama pasangan. Bukan seperti aktiviti perkhemahan biasa, glamping atau glamorous camping ini lebih selesa dan dapat memberi peluang kepada pasangan untuk lebih memahami di antara satu sama lain.

 

IKLAN

Bayangkan waktu yang diluangkan di dalam hutan tanpa gangguan daripada teknologi gajet, hiburan dan jauh daripada pusat membeli-belah boleh memberikan anda berdua masa yang lebih privasi.

 

GLAMPING, Baru Boleh Cipta Momen Lain Dari Lain Untuk Bulan Madu!

 

Reward la diri dengan percutian yang menarik untuk merehatkan diri anda dari kepenatan. Gunakan waktu berbulan madu ini untuk lebih mengenali pasangan dengan lebih baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI