Masuk dalam keluarga baharu, kenalah ada cara nak sesuaikan diri. Bagi pengantin baharu yang sudah biasa dengan keluarga pasangannya, senanglah nak ‘masuk kepala’. Tapi kalau anda rasa kekok dengan mereka, mungkin boleh cuba tip ini.
Ads
Tujuh cara ini mampu memikat hati mereka. Siapa tahu, dia mungkin lebih memahami diri anda daripada suami anda sendiri.
1. Berkongsi Minat
Tak tahu nak berbual topik apa? Cubalah korek rahsia tentang hobi dan minat mereka. Mana tahu mungkin anda mempunyai hobi yang sama dan siapa tahu anda boleh bertukar-tukar hobi dengan mereka. Tidak pun, apabila ada aktiviti keluarga seperti family trip, barbeku atau rewang kenduri jangan berat punggung untuk join.
2. Tambat Perut Mereka
Ini anda kena betul-betul belajar tentang selera makan mereka daripada ibu mertua atau suami. Ketahui apa makanan kegemaran adik-beradik suami anda. Senang nanti apabila mereka bertandang ke rumah, anda dah tahu nak bikin apa di dapur. Bila kena dengan perut mereka, pasti terus dekat di hati…
Ads
3. Jangan Mengampu
Hah! Sikap mengampu, memuji terlebih had dan sogokan hadiah bukan cara yang baik untuk bermesra dan menambat hati mereka. Biarlah perasaan ikhlas dan sayang itu muncul dengan sendiri, tak perlu menggunakan ‘rasuah’ segera. Takut nanti, lama-lama mereka akan perasan sikap anda yang terlebih-lebih inginkan perhatian atau ingin mendapatkan tittle ‘adik ipar terbaik’. Jadi lebih baik anda jadi diri anda sendiri dan simpan sikap pemurah untuk hari kelak.
4. Tak Usah Jadi Seperti Belangkas
Pengantin baharu… tak sahlah kalau tidak berkepit 24 jam, tapi silalah berpada-pada nanti takut meluat orang melihat. Jangan diekor sangat ‘punggung’ suami anda itu, cuba duduk bergaul bersama kaum wanita di dalam keluarganya. Kalau rasa memang tak boleh nak bercampur atau berbual sekalipun, tayang muka pun sudah memadai. Biar mereka sedar akan kehadiran anda dan nampak jugalah effort anda untuk meletakkan diri dalam keluarga itu. Cuba pandai membawa diri…
Ads
5. Busy Body? Jangan Sesekali
Jangan nak mengundang masalah sendiri! Kalau ya pun anda memang kaki gosip tapi tak perlulah melibatkan keluarga mentua anda. Bila terdengar apa-apa cerita yang kurang enak, pekakkan telinga dan keraskan hati. Cukup sekadar asam garam dalam kehidupan berkeluarga sahaja. Okaylah, kalau benar anda memang nak tahu tentang perkara sebenar, bertanya sahaja kepada suami dan noktah.
6. Jadi Teman
Jika ipar lebih muda daripada anda, bersedialah untuk menjadi tempat mereka mengadu. Ingat! Lepas mendengar, jangan menyampaikan. Simpan apa yang mereka luahkan ketat-ketat. Takut apabila tersebar, buruk padahnya.
7. Sering Berkomunikasi
Kadang-kadang penampilan ipar yang lebih senior nampak garang dan tegas. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda terus berbual-bual dan mengenali ipar dengan lebih rapat lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai suami tidak tahu sebenarnya murah rezekinya seorang suami jika baiknya peranan seorang isteri.
Seorang isteri yang sentiasa memberi keceriaan kepada suami dalam rumah tangga sebenarnya sedang menuju ke syurga. Tak percaya? ini ada 8 ciri-ciri isteri pembawa rezeki kepada suami. In shaa allah.
1. Isteri yang sentiasa bersyukur
Beruntunglah seorang suami jika mendapat isteri yang sentiasa bersyukur dengan apa adanya. Mereka ini selalu tidak merungut malah sentiasa berterima kasih kepada suami.
2. Isteri yang tawakal
Jika seseorang isteri itu sentiasa bertawakal kepada Allah, In shaa allah Allah akan mengurniakan rezeki pada keluarganya.
3. Isteri yang baik agamanya
Solat adalah tiang agama. Maka, bersyukurlah para suami jika isteri anda sentiasa menunaikan solat dan tahu batas sebagai seorang wanita.
4. Isteri yang mengeratkan silaturrahim
Isteri yang baik pada keluarganya, mentua, sedara-mara, dan kawan-kawan, maka sebenarnya dia sedang membantu pelancaran rezeki suaminya.
5. Isteri yang suka bersedekah
Seperti yang semua tahu betapa besarnya ganjaran bagi orang yang suka bersedekah. Apabila seorang isteri mendapat nafkah daripada suami lalu dia menggunakan sebahagian wang itu untuk bersedekah. Boleh jadi rezekinya dibalas melalui suaminya.
6. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Jangan bersandarkan pada usaha semata-mata, adalah lagi bagus banyakkan berdoa dan memohon kepadanya. Doakan suami supaya mendapat rezeki yang dirahmati.
7. Isteri yang mengamalkan solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa.
“Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
8. Isteri yang taat kepada suaminya
Mentaati suami adalah kewajipan bagi seorang isteri. Taat pada suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama. Bila seorang isteri taat kepada suaminya, hatinya akan berasa lebih tenang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakaian tiara membuatkan diri pengantin tampil berbeza bak seorang ratu. Siapa tidak mahu kelihatan cantik di hari bahagia, sekali semur hidup. Bermula dari mekap dan busana yang dipilih pengantin ingin dilihat menyerlah. Buat pengantin berhijab, penggunaan tiara hendaklah dipilih sebaik mungkin agar tidak mencacatkan penampilan.
Tip berikut boleh anda beri perhatian ketika memilih tiara :
1. Kalau gaun dan tudung pengantin sudah tampil mewah, maka anda hanya perlu tiara kecil dan simple.
2. Memilih warna tiara yang senada dengan gaun adalah pilihan terbaik, manis sangat!
3. Jangan takut untuk mengenakan tudung yang polos dan tanpa hiasan, jika anda sudah memiliki tiara sudah dapat menyerlah penampilan pengantin.
4. Tiara juga menjadi pelengkap dan tampil manis menghiasi tudung anda.
5. Bagi anda yang bertubuh sedikit besar, sebaiknya jangan memilih tiara dengan motif padat. Alasannya, agar penampilan anda tidak nampak sarat.
6. Tiara dengan motif padat yang lengkap dengan bling-bling menjadikan penampilan anda jadi lebih elegan.
Untuk memberikan anda inspirasi tentang idea pemakaian tiara untuk pengantin berhijab, jom lihat beberapa pilihan ini.
pic-pinterestpic-pinterest
Sumber Pic : PinterestSumber Pic : Pinterest
pic-pinterestpic-pinterest
Sumber: hipwee.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alamak usia dah naik 30-an! Selalunya inilah perkara yang ditakuti wanita apabila meningkatnya usia ke angka tiga siri. Sepatutnya angka 30-an inilah yang wanita harus banggakan kerana banyak kelebihan yang wanita alami menjelangnya usia 30-an.
Pastinya setelah membaca sebab-sebab ini anda akan tersenyum bangga dan rasa bertuah menjadi wanita di usia 30-an. Banyakkan senyuman agar anda terus awet muda!
1. LEBIH PERCAYA PADA DIRI
Kajian oleh House of Fraser terhadap 2,000 wanita menemukan bahawa wanita biasanya lebih bahagia dan percaya diri pada usia 30-an sehingga penampilan fizikal mereka kelihatan lebih menarik di mata lelaki. Kesan daripada rasa bahagia dan percaya diri inilah membuatkan wanita terlihat seksi di mata lelaki.
2. KELIHATAN LEBIH SEKSI
Pada usia 34 tahun, wanita merasakan diri mereka paling seksi. Walau bagaimanapun hasil kajian oleh House of Fraser mengatakan wanita tidak memerlukan lelaki untuk merasakan diri mereka menarik dan seksi, sebaliknya akan rasa seksi apabila mereka dikelilingi oleh sesama wanita hebat dengan gaya yang hebat.
Kajian ini dipersetujui oleh wanita bahawa rasa seksi itu tidak hanya terletak pada penampilan semata-mata. Seksi digambarkan daripada segi bagaimana seseorang wanita itu mampu mengendalikan hidupnya manakala 84% pula mengatakan bahawa perasaan bahagia dan menerima diri sendiri seadanya merupakan kunci keseksian bagi diri seorang wanita.
3. HUBUNGAN CINTA MENJADI SEMAKIN BAIK
Kebanyakan wanita dalam usia 30-an berada dalam hubungan jangka panjang ataupun sudah berkahwin. Hubungan jangka panjang ini secara tidak langsung akan meningkatkan kepercayaan diri mereka. Dalam kajian terhadap responden wanita berusia 30-an, 34% mengatakan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan percintaan yang lebih baik.
4. LEBIH PERCAYA DIRI SAAT BERSAMA PASANGAN
Wanita yang sudah berkahwin dan menjalinkan hubungan jangka panjang ketika usia 30-an ternyata memiliki pengalaman hubungan intim yang lebih baik. Kajian menemukan 26% wanita lebih percayakan diri mereka saat melakukan hubungan intim. Malah 1 daripada 10 responden wanita mengakui bahawa dorongan seksual mereka meningkat di usia 30-an.
5. LEBIH YAKIN DALAM KOMUNIKASI INTIM
Saat mencapai usia ini, wanita dikatakan lebih berani untuk mengungkapkan keinginan terhadap pasangan saat melakukan hubungan intim. Mereka juga lebih terbuka untuk membincangkan tentang hubungan intim bersama pasangannya. Eksplorasi terhadap aksi hubungan intim yang lain dari kebiasaan bersama pasangan akan menjadi lebih mudah kerana komunikasi anda berdua semakin lancar dan terbuka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!