pic-pinterest

Setelah berkahwin tentunya anda akan menjadi orang yang lebih sempurna apabila ditemani orang yang tersayang. Malah kehidupan selepas berkahwin juga akan lebih indah dan bahagia. Setelah berkahwin tentunya anda akan menjadi orang yang lebih sempurna apabila ditemani orang yang tersayang. Malah kehidupan selepas berkahwin juga akan lebih indah dan bahagia.

Namun anda perlu sedar bahawa kehidupan setelah berkahwin bukan hanya memikirkan yang indah-indah sahaja. Pastinya setiap rumah tangga yang anda lalui bersama pasangan ada kekurangan di sana-sini, selain berdepan dengan ujian yang sedia menanti apabila sudah berkahwin.

Oleh itu, sedarkah anda dengan realiti-realiti kehidupan ini? Jom tahu apakah ujian yang bakal anda lalui nanti. 

1. Bagi suami, masalah kewangan yang perlu difikirkan tentunya akan bertambah. 

Tidak boleh dielak, masalah kewangan akan menjadi suatu perkara yang rumit ketika berumah tangga. Mungkin sebelum ini anda bersendiri namun kini suami perlu menanggung isteri dan anak-anak. Dari yang biasanya sering hangout, sekarang mulai memikirkan untuk menabung membeli keperluan rumah. Jika anda sama-sama bekerja, masalah kewangan tidak rasa terlalu beban. Namun ada baiknya untuk anda mula merancang kewangan lebih jauh sebelum berhasrat ke gerbang perkahwinan.

2. Buat isteri, tiba masanya untuk tidak bersikap manja kerana kini ada suami yang perlu diperhatikan. 

Wanita yang mantap bergelar isteri haruslah mampu mengerti keperluan suami. Boleh memasak, mengurus rumah tangga, mengelola kewangan keluarga, memberi sokongan ketika suami penat dan dirundung masalah serta pelbagai lagi perkara. Jika isteri bekerja, keperluan suami dan keluarga tetap menjadi kewajipan dan keutamaan.

3. Ingat, masih ada orang tua dan mentua yang perlu kamu jaga juga. 

Berkahwin menyatukan dua buah keluarga yang berbeza. Dengan kata lain, anda perlu menyatukan dua tabiat yang berbeza. Anda perlu saling bekerjasama untuk memahami kebiasaan orang tua masing-masing. Dengan membiasakan diri untuk menjaga dua buah keluarga, tentu akan jauh lebih mudah anda memerhatikan dan menjaga mereka.

IKLAN

4. Dengan berkahwin, semakin banyak sifat pasangan yang akan terbuka.

“Awak kalau tidur suka kentut!”
“Bila mandi awak suka ambil masa yang lama ya?”

Percayalah! Setelah berkahwin nanti, ada ekspresi seperti di atas yang akan anda katakan kepada pasangan. Sabar dahulu, jangan rasa kecewa. Ingat! Anda berdua sudah mengikat janji suci. Bertengkar itu wajar dan yang perlu dilakukan ialah saling menerima kebiasaan tersebut. Atau mungkin juga, anda sama-sama mengurangkan kebiasaan yang menjengkelkan itu sehingga akhirnya anda berdua saling menerima.

5. Hamil sembilan bulan akan terasa berat jika tidak ada kerjasama yang kuat.

Jangan dikira hamil sembilan bulan itu hanya kerja isteri. Ingat! Ini juga kerja suami untuk mengikuti isterinya. Perubahan mood dan fizikal, muntah-muntah, pening bahkan mengidam tidak lagi terasa berat jika suami memahami apa yang dirasai isteri.

IKLAN

6. Ketika anak lahir, di situlah munculnya tanggungjawab yang berpanjangan.

Kini ada bayi kecil di antara anda berdua. Tapi di sebalik itu, anda perlu memikirkan perancangan kewangan yang matang untuk membiayai keperluannya. Mulai daripada keperluan susu, pakaian, ubat-ubatan sehinggalah ke pendidikannya di masa depan.

7. Setelah berkahwin, pulang ke rumah sebaik sahaja habis kerja merupakan keutamaan dalam kehidupan anda.

Ketika belum berkahwin, tentunya anda tidak perlu berfikir dua kali menerima ajakan teman. Tapi kalau sudah berkahwin, keutamaan anda akan bersama keluarga di rumah. Anda tidak ingin kehilangan momen berharga dengan anak-anak. Tambahan lagi andai terjadi sesuatu perkara, siapa juga yang menanggung susahnya selain anda berdua?

8. Seiring bertambahnya usia anak, waktu bersama pasangan pun akan semakin berkurang.

Semakin besar usia anak (dan semakin banyaknya anak yang dimiliki), tentunya keperluan keluarga tidaklah seringkas dahulu. Tidak hairan jika masa berdua untuk anda dan pasangan semakin berkurang. Namun percayalah, ini merupakan saat-saat anda berdua diuji. Yang satu diuji dengan perjuangannya, manakala yang satu lagi pula diuji dengan kesetiaannya.

IKLAN

9. Karier juga meningkat dengan jaya, namun godaan yang datang semakin banyak juga.

Semakin sukses seseorang, semakin banyak godaan yang menerpa. Sebagai isteri, anda masih dituntut untuk memahami akan kerjaya suami yang semakin sibuk. Jika nanti muncul gosip atau berita yang tidak enak didengar, jangan terus melenting. Begitu juga dengan suami. Apabila salah seorang berhadapan dengan masalah, anda perlu saling setia mendampingi dan memberi sokongan.

10. Belajar bagaimana cara untuk memantau anak tanpa mengawalnya.

Perjuangan kamu sebagai pasangan yang berkahwin tidak terhenti sehingga anak dewasa. Ketika di usia ini, pergaulan anak sudah semakin luas. Sudah waktunya anda berdua belajar cara-cara untuk memantau anak tanpa kelihatan seperti anda mengawalnya. Dan ia bukanlah satu yang mudah, ia perlu ada toleransi.

11. Ketika anak telah memilih kehidupannya sendiri, percayalah anda berdua akan selalu diperlukan olehnya, sesederhana apa pun itu!

Akhirnya, anda menjalankan tugas sebagai orang tua. Anak anda menemui jodohnya dan memilih jalan hidupnya sendiri. Dia berkahwin dan hidup sendiri serta terpisah daripada keluarga. Dia juga akan mula merasakan perjuangan yang sama, seperti yang anda pernah alami dahulu. Namun sekental mana pun dalam kehidupan berdikari anak anda, percayalah dia akan terus memerlukan peranan anda sebagai orang tua, sesederhana apa pun itu.

12. Di usia dewasa, anda menyedari bahawa perjuangan orang tua anda dulu tidak boleh dianggap remeh sebelah mata.

Seluruh anak anda telah memilih kehidupan sendiri dengan hidupnya masing-masing. Kini tiba masanya anda tinggal berdua dengan pasangan di rumah. Di titik inilah, anda banyak merenung dan merindui segala nostalgia yang penah anda berdua lalui. Anda mulai ingat masa kecil anda yang mana anda sangat manja dengan orang tua. Namun setelah berkahwin dan menjadi orang tua, anda sedar betapa beratnya perjuangan orang tua anda dahulu untuk membesarkan anaknya.

13. Hanya tuhan yang mampu memisahkan cinta anda, anda akan tetap saling memperjuangkan dan melengkapi antara satu sama lain.

Dan pada akhirnya, anda sudah tidak bekerja lagi. Meskipun anda sudah tidak mengasuh anak lagi, ini bukan bererti perjuangan perkahwinan telah berakhir. Ketika inilah kerepot di wajah anda mulai menyerlah. Rambut-rambut anda juga memudar kehitamannya. Tubuh juga tidak secergas dahulu. Tapi perjuangan anda dalam hal rumah tangga masih belum berakhir. Anda masih perlu berjuang mempertahankan cinta anda bersama pasangan hingga ke hujung nyawa. Cuma Tuhan yang mampu memisahkan cinta anda berdua.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI