Seorang pengantin lelaki di India meninggal sehari selepas perkahwinannya pada 17 Jun, sementara 30 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu disahkan positif koronavirus. Berita itu telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung kerana semua penduduk di kampung tersebut menghadiri majlis itu.
Pengantin lelaki, yang melangsungkan perkahwinan di wilayah Patna, bekerja di Gurgaon. Pada 15 Jun, dia datang dari Gurgaon dengan kenderaan peribadi dan terus menuju ke tempat perkahwinan di Naubatpur Patna. Berdasarkan kenyataan penduduk kampung, pengantin lelaki tidak sihat tetapi masih meneruskan majlis perkahwinannya. Perarakan perkahwinan tetap diteruskan. pengantin lelaki dan isterinya dihantar pulang ke rumah mereka.
Keesokan harinya, keadaan pengantin lelaki bertambah buruk dan dia dibawa ke pusat kesihatan kerajaan tempatan yang terletak di Paliganj. Kerana keadaannya tidak menunjukkan peningkatan, dia dipindahkan ke Institut Sains Perubatan All India di Patna. Bahkan dia pengsan ketika kenderaan yang membawanya baru tiba di pintu masuk tempat jagaan.
Ads
Tiada ujian dilakukan
Setelah diberitahu lelaki itu meninggal dunia, keluarganya membawa jenazah lelaki itu ke rumah dan membakarnya tanpa memberitahu pihak kesihatan dan tanpa melakukan beberapa ujian kesihatan sama ada dia terkena virus korona atau tidak.
Sementara itu, beberapa penduduk kampung telah memberi amaran kepada pegawai tempatan dan memberitahu mereka tentang bagaimana pengantin lelaki meninggal dunia selepas hari perkahwinannya. Mereka juga memberitahu pegawai tempatan bahawa pengantin lelaki telah tiba dari Gurgaon, sebuah wilayah di Haryana, salah satu negeri di India yang paling tinggi kes koronavirus.
Jabatan Kesihatan Negeri kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengumpulkan sampel dari 125 penduduk kampung yang menghadiri majlis perkahwinan itu. Setelah pengumpulan dan pemeriksaan, 15 dari 125 sampel positif Covid-19.
Ads
Pada 20 Jun, pihak berkuasa kesihatan negeri mengumpulkan sampel lebih daripada 81 orang dari kawasan yang terjejas. Dari 81 sampel, 16 positif Covid-19.
“Kebanyakan orang yang positif Covid-19 adalah mereka yang menghadiri majlis perkahwinan,” kata Dr. Ramanujam, seorang pegawai kesihatan, kepada media pada hari Rabu (23/6/2020).
Ads
Dia menambah bahawa keadaan sedang dipantau dengan teliti. Menurut laporan terbaru dari Jabatan Kesihatan Bihar, India, 55 orang dinyatakan mati dan 8,100 yang lain dijangkiti. Daripada jumlah positif, 5,174 orang adalah pekerja migran yang kembali ke kampung halaman mereka setelah penutupan kebangsaan di India. Kerajaan negeri telah menutup 13,000 pusat karantina yang sebelumnya telah diedarkan ke seluruh negeri.
Biasanya, orang yang datang dari luar negeri mesti dikuarantin secara mandiri di tempat itu kecuali dia mengalami komplikasi serius.
Sumber: Kompas.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kita lupa hak isteri juga harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Perkongsian Jimmy Kifly bercerita mengenai pengalamannya ini boleh dijadikan rujukan buat semua.
“Mcm mne nk murah rezeki selain dri bersedekah”
.
Ko penah dgr x isteri tu pembawa rezeki?? Penah feel x?? Mmg la x penah kalau ko xkawin lg..kawin dulu bru ko taw ??
.
.
Bini aku ni kaki mkn,asal nmpk je benda baru semua nk beli nk cuba..padahal benda tu kdg2 x sedap mne pown..tpi sbb dah die tekak biawak..aku ikotkn..smpai kdg2 aku rase bini aku ni x reti nk bejimat ke..aku penah rase mcm nk je marah bini aku..sudah2 la tu nk mkn itu mkn ini..tpi aku x smpai hati…aku ikotkn jugak sbb aku jenis x boleh nk ckp “xboleh” sbb mmg jenis aku dri dulu,baik untuk family and kawan2,walaupun kdg2 bini aku tnye dulu boleh x,aku tetap ckp boleh walau pun hati mcm rela x rela..haha
.
.
Aku penah dalam dompet ad Rm50 je..sales tgh down,duit pown ckup2 nk restock brg,time tu jugak la bini aku ajak nk mkn dekat kdai mamat thailand nk mkn siakap..aku dah menung dah..dalam dompet ad Rm50 je..tpi aku x smpai hati nk ckp xboleh,aku ikotkn..habis burn Rm48 hengget mkn..tpi lepas je hbis mkn tu..ko taw ape jdi??? Whatsapp aku bedesup2 msuk send detail payment,Alhamdulillah boleh senang hati dah..time tu aku xprasan lagi..
.
.
Penah 1hari..whatsapp msuk bsepah2,aku da closing habis baik da..tpi mcm biasa,lepas je bg harga..semua krik krik…menung kejap aku,sehari xde sale padahal whatsapp msuk besepah2,then mlm tu bini aku ckp ngidam nk mkn dekat TAPAK la..tmpt foodtruck bnyk2 tu,aku time tu dekat shah alam,aku dgn mood yg tgh down ni..ikotkn jugak la..asalkn bini aku sronok x tarik muka..dalam otw nk kesana magic jdi lagi, whatsapp cust yg krik2 siang td trus whatsapp mintk detail nk buat pembayaran..aku xprasan lagi time ni…aku buat mcm biasa…tpi mmg betul dalam 1mlm tu mmg semua nk buat payment..mmg minggu tu 2x aku restock..
.
.
Smpai satu hari bru aku ad terbace dekat wall,ad orang post, “ISTERI PEMBAWA REZEKI SUAMI”
Lepas aku bce bru aku hadam ape yg jadi selama ni..”Abg hati tisu…rase sebak plaq” ???
.
.
Ko x cye ko try la buat..ko try xgado dgn bini,ko try cuba ye kn je ape bini ko nak asalkn ape yg die nk tu ko rase masih waras la di fikiran ko..hahahaha
.
.
Ok dah aku nk kelua..dan dan la bini lapo nk mkn nsik goreng ayam…k bye…??
Percayalah, setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah SEDEKAH. Semakin banyak suami bersedekah dengan isteri, semakin murah rezeki suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sampai jodohnya, pelakon Sean Lee kahwin dan membuat kejutan apabila memilih wanita yang juga model, Bay Doucet sebagai isterinya.
Sean Lee Kahwin Mengejut
Perkara tersebut dikongsikan Sean atau Sean Lee Jia Ern, 30, menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa keping foto menunjukkan dia dan pasangan memakai sut dan gaun pengantin berwarna putih.
Tanpa perincian lanjut, pelantun lagu Tak Sanggup Terima itu hanya meninggalkan kapsyen pendek: “Too cute to gatekeep (terlalu comel untuk disimpan).”
Lebih menguatkan dakwaan perkahwinan mereka apabila Sean turut meninggalkan gambar rawak yang memperlihat tarikh 7 Julai 2024 bersama tulisan just married (baru berkahwin).
Sean juga memuat naik hantaran seolah-olah gambar praperkahwinan sejam sebelum berkongsi tentang majlis tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas 10 tahun menyulam cinta akhirnya pelakon Raysha Rizrose selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, pada jam 8.52 malam.
Majlis akad nikah tersebut dijalankan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.
Nabil atau nama sebenarnya Muhammad Nabil Jan Al Jeffri menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Nampak berseri mengenakan persalinan rona putih rekaan Teh Firdaus dan ditatarias Syed Faizal Syed Noh, Raysha atau nama lengkapnya Farza Naquraisha Mohd Fariz bersyukur segala perancangan diatur berjalan lancar.
“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan. Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, Insya-Allah.”
Menyentuh kisah cinta yang bermula pada tahun 2013, adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ini mendedahkan mereka berkenalan di laman Twitter.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami.”
Nabil melamar Raysha pada 16 Ogos 2022. Lokasi lamaran berkenaan terjadi di tempat sama dia melamar Raysha sebagai kekasih, iaitu di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor kira-kira sedekad lalu.
Pasangan ini melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu. Raysha dan Nabil hanya berkongsi dan mendedahkan pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Pasangan ini akan diraikan pada tanggal 26 Februari ini dalam satu majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.