Untuk menukar ruang di dalam rumah memang mencabar, terutama adalah cabaran dari segi kewangan. Orang cakap ada duit, cantiklah rumah kita, tapi pasangan ini membuktikan hanya dengan berbekalkan RM100, mereka berjaya merubah dinding ruang makan menjadi eksklusif dan mewah. Mungkin idea ini boleh digunakan oleh pengantin baru yang bakal berpindah kelak. Gunakan duit sebaiknya guys, ikuti perkongsian dari Marina Abdul Rahman di Facebooknya.
Gemoning korang. Sebagaimana yang dijanjikan. Proses pembikinan board and batten di ruang makan. Dengan modal kurang daripada RM100 (termasuk cat) dan sedikit ketabahan sebab kena berperang dengan budak² dan makhluk berbulu maka ini lah hasilnya. Board and batten gaya kitorang. Niat di hati nak buat shiplap, pergi hardware barang tak ada. Nak kena order kat woodpanel resources tapi seminggu baru sampai. So kat hardware jugak kitorang tukar plan B untuk buat board and batten. Tapi, jangan ingat kami tak buat shiplap. Kami buat jugak nanti kat bahagian lain. Hahahha. Nanti kami update lain lepas barang sampai. Fokus pada dinding. Bukan pada barang yg belum habis dikemas. Semoga menjadi inspirasi kepada semua dengan ucapan kita semua boleh!
Casing wiring tu kami guna 19 batang je. 1 batang 6 kaki. Harganya hanya RM2.80 sahaja sebatang.
Selalunya untuk masak, zup zap, cepat sahaja siap kan? Namun yang melecehkan ialah penyediaan bahan mentah.
Jadi solusi mudah hasil perkongsian Khabbab Jamalludin ini memang sesuai untuk menjimatkan masa di dapur.
“Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.
*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza
1) saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.
2) Dalam peti sejuk saya ada 3 jenis tumisan separa siap macam ni :
-IBU SAMBAL : Campuran bawang putih, bawang merah, cili kering giling yang dah ditumis. Nak masak sambal ke, masak asam ke, goreng mi/bihun/kue teow, tinggal senduk, masukkan rencah dan bahan utama, siap !. Next tutorial saya share insyaAllah.
-SAMBAL CILI API campuran cili api, bawang merah, bawang putih. Saya orang Negeri Sembilan , banyak kombinasi macam ni. Nasi goreng kampung biasanya. Tinggal cedok, tambah ikan masin atau ikan bilis goreng, nasi, Voila !
-BAWANG PUTIH sahaja, macam yang saya share kali ini. Tak campur cili sebab ini untuk masakan anak anak yang tak pedas. Tak campur bawang merah sebab kandungan air yag berbeza.
3) ada yang kata blend terus dengan minyak. Boleh juga cuma bawang putih kaya dengan vitamin B dan C, keduanya larut dalam air. (Vitamin ada yang larut dalam air, ada yang larut dalam minyak. )Supaya zat dia dapatlah larut sikit, saya campurlah sedikit air sebelum tumis dalam minyak.
Tip nak bersihkan lantai rumah dengan cara jimat tanpa perlu beli pencuci, yang penting hasilnya wangi satu rumah!
Sebenarnya tip ini hanya menggunakan cuka dan pelembut pakaian. Bancuhannya seperti berikut;
Tip Lantai Rumah Berkilat Dan Wangi
1/2 baldi air
1/2 tutup pelembut pakaian/softener
5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Awas, Pastikan Ikut Kuantiti
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
Jadi, tiada alasan nak kata tak ada bahan pencuci kalau pelembut kain dan cuka pun cukup membantu buat lantai berkilat. Selamat mencuba.
Sumber: Ezy Eizyanie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raya-raya ni mesti ramai saudara mara dan juga rakan-rakan berkunjung ke rumah. Korang mungkin bingung memikirkan apakah minuman yang akan disajikan pada para tetamu.
Bagi pasangan pengantin baru pula, tentunya korang lebih ramai menerima tetamu yang mungkin tidak berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan. Inilah masanya korang beramah mesra sambil menikmati juadah di hari raya.
Kalau teringin nak buat sendiri air cocktail, boleh cuba resipi air Cocktail Bandung Buah-buahan seperti yang dikongsikan oleh Ira Idris ini. Memang terliur betul tengok warna ‘pink’ itu. Mesti menjadi minuman kegemaran para tetamu.
RESIPI AIR COCKTAIL BANDUNG BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 tin laici
1 tin buah buahan campur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
Perasa sirap
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan (tambah sedikit air jika hendak kurangkan manis).