Hanya Guna 3 Bahan Ini Tapi Rasa Macam Ayam Panggang Ayamas

Share

Dah hari kedua ramadan kita berpuasa sepanjang PKP ini. Buat isteri yang kehabisan barang dapur dan tidak sempat untuk membeli barang keperluan masakan harini, apa kata kita cuba menu ringkas ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.

 

Resepi Ayam Goreng bersalut keenakan 😋
Hanya guna 3 bahan..

Bahan-Bahan :


Ayam seekor potong 10
Sos tiram
Kicap manis
Sos cili (saya guna kimball)

Cara membuat:
1.Rebus ayam hingga masak tapi jangan sampai terlalu lama
2.Angkat dan salut ayam dengan sos cili,kicap manis dan sos tiram

3.Boleh lah di goreng sebentar setakat menggaringkan bahagian luaran sebab isi ayam sudah masak masa di rebus tadi..


4.Toskan dan siappp

Selamat Mencuba!

Rasa macam ayam panggang AYAMAS ..Tak percaya cer cuba.
Baki sos yang bersalut ayam tadi boleh di makan dengan ayam…Tapii….kalau rajin buat kuah sos black pepper..jadi macam KENNY ROGERS…

Kredit: cuti_makan

IKLAN