Hanya Guna 7 Bahan, Anda Boleh Hasilkan Red Velvet Oreo Cheese Cake Yang ‘Super’ Sedap!

Share

Gabungan biskut Oreo dan kek keju sememangnya enak dan menjadi kegemaran ramai. Bagaimana pula jika kita menggunakan biskut Oreo perisa Red Velvet? Pastinya lebih sedap rasanya kan?

Dengan hanya menggunakan 7 bahan, anda mampu menghasilkan Red Velvet Oreo Cheese Cake yang ‘super’ sedap. Resipi ini telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar menerusi Facebook miliknya.

Jom kita cuba. Boleh buat pencuci mulut di Hari Raya nanti.

*****

Red Velvet Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus biskut oreo (buang krimnya) – dikisar halus
  • 1/4 cawan butter – dicairkan

Base: Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan padat-padat dalam loyang bulat 8″ yang telah gris dan dialas baking paper.

Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan kek:

  • 500 gm cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan natural yogurt
  • 2 biji telur A
  • 15 keping oreo dipatah empat

Cara-cara:

1. Putar cream cheese, gula dan esen vanila hingga gula hancur dan sebati. Masukkan natural yogurt, putar hingga sebati.

2. Masukkan telur sebiji², putar sebati. Kemudian masukkan oreo yg dipatah empat, kaup balik dgn spatula hingga rata.

3. Bakar secara steam-bake selama 45-50 minit pada suhu 150c atau hingga masak.

4. Renggangkan pintu oven dan biarkan dalam 5 minit baru keluarkan kek dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.

5. Hiaskan red velvet oreo cheese cake mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba.

Sumber: Rozmaliza Omar

IKLAN