Hargailah setiap usaha dan pemberian yang diberi oleh suamimu. Jika anda menghargainya, itu menunjukkan yang anda mensyukuri segala nikmat yang telah Tuhan berikan kepada anda. Walaupun sedikit rezeki yang diberi oleh suami, akan tetap terasa cukup kerana ia merupakan rezeki yang berkah.

Oleh itu, hargailah setiap usaha yang dilakukan oleh suami demi memberi rezeki yang halal buat anda dan anak-anak. Anda tidak pernah tahu apa yang dilaluinya ketika mencari rezeki yang halal. Anda tidak pernah tahu apa yang dirasakannya hanya untuk membahagiakan anda dan anak-anak.

Ketika mencari rezeki, mungkin suamimu menahan lapar, lelah, mengantuk dan pelbagai lagi perkara yang dilaluinya namun dia tetap berjuang demi memberimu dan anak-anak sesuatu yang baik di dunia dan akhirat.

Hargailah Usaha Suamimu Kerana Anda Tak Tahu Apa Yang Mereka Lalui Demi Membahagiakanmu

Bersyukur Dengan Pemberian Suami Walau Sedikit Jumlahnya

Walaupun jumlah wang yang diberi suami sedikit dan adakalanya tidak cukup untuk memenuhi semua kehendakmu tetapi tetaplah bersyukur.

IKLAN

Meskipun terasa tidak cukup dan terasa kurangnya, pasti anda akan terasa nikmatnya bila merasa duit suami sendiri. Rasa syukur yang timbul pasti akan mendatangkan keberkatan yang tersendiri.

Anda tidak pernah tahu penat lelahnya bekerja dan betapa besar keinginannya untuk memberikan anda sesuatu melalui hasil titik peluhnya sendiri. Keinginan itu yang menyeksa suamimu. Tetapi, kerana mahu memberimu yang terbaik, dia tidak pernah mengeluh.

Hargailah Usaha Suamimu Kerana Anda Tak Tahu Apa Yang Mereka Lalui Demi Membahagiakanmu

IKLAN

Tetap Kerja Walaupun Sedang Sakit

Kadang-kadang, walaupun suami sedang sakit, mereka tetap bersemangat untuk bekerja. Semuanya demi anda dan anak-anak. Mereka sampai tidak peduli dengan keadaan kesihatan mereka kerana takut tidak dapat memberikan yang terbaik buat anda dan anak-anak.

Dengan rasa bersyukur yang anda tunjukkan pada suami membuatkan suami rasa lebih bersemangat untuk bekerja, hanya untuk melihat anda dan anak-anak tersenyum atau setidak-tidaknya tidak kelaparan.

IKLAN

Bagi suami, melihat anda dan anak-anak tersenyum ibarat syurga dunia buatnya. Tetaplah menyokong suamimu serta bersyukur dengan setiap pemberiannya supaya dia bahagia ketika mencari rezeki.

Hargailah Usaha Suamimu Kerana Anda Tak Tahu Apa Yang Mereka Lalui Demi Membahagiakanmu

 Tetaplah Bersyukur

Memiliki suami yang selalu memberimu rezeki yang halal adalah sebuah nikmat yang tidak semua miliki. Setidak-tidaknya, dia mahu berusaha keras dan itu membuktikan dia bertanggungjawab terhadapmu. Keinginannya untuk memberi rezeki yang halal adalah bukti dia bertanggungjawab atas hidupmu di akhirat kelak.

Oleh itu, jangan suka mengeluh dan memarahi suami jika dia tidak membawa rezeki yang banyak. Tetapi marahlah dia ketika dia pulang dengan membawa rezeki yang tidak halal.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI