
Asam garam rumah tangga mesti ada pahit dan manisnya. Perbalahan antara suami dan isteri bukan lah sesuatu perkara yang baru. Dalam perkahwinan pasti ada saja perkara yang boleh mendatangkan kemarahan.
Sebab itulah suami dan isteri terutama sekali kepada yang baru sahaja berkahwin perlu lebih saling memahami antara satu sama lain kerana selangkah anda berada dalam fasa perkahwinan semuanya akan berubah. Kita juga kena ambil tahu apa yang pasangan suka dan tidak suka.
1. Isteri berbelanja lebih daripada kemampuan suami
Suami isteri sepatutnya tahu menjaga kedudukan kewangan rumah tangga. Suami perlu bertanggungjawab menyediakan semua keperluan isteri dan anak. Namun, jangan lah pula si isteri berbelanja sehingga melebihi kemampuan suami. Hal ini akan membuatkan suami merasa tertekan dan tidak dihargai.
2. Asyik berpandangan negatif
Sememangnya pandangan yang negatif boleh merosakkan rumah tangga. Ia seperti ada yang tidak kena dengan pandangan anda. Walaupun benda itu boleh dijadikan positif tetapi anda masih memandangnya dengan negatif.
3. Dahulukan orang lain
Jika anda asyik meletakkan orang lain dalam kedudukan teratas maka ini akan menimbulkan pergaduhan. Pasangan akan merasakan mereka tidak penting dimata anda.
4. Mengelak melakukan hubungan intim
Jika sesekali mungkin pasangan boleh faham. Tetapi kalau sudah diajak berkali-kali tetap tidak mahu ia boleh keruh kan hubungan anda berdua. Tidak mustahil pasangan anda akan mencari cinta lain. Jadi, berhati-hati.
5. Harap pasangan faham-faham sendiri
Jangan pendam dan jangan simpan dalam hati terlalu lama. Jika anda tidak suka luahkan. Berharap pasangan anda fikir dan faham sendiri akhirnya boleh merosakkan rumah tangga. Berkomunikasi lah dengan baik untuk menyelesaikan masalah anda berdua.
Sumber : theasiaparent
Kalau Tak Pandai Berlaku Adil, Jangan Mimpi Nak Beristeri Lebih Dari Satu

Ramai suami khususnya di Malaysia teruja sangat nak beristeri dua, tiga atau empat. Tapi mereka ini kadang-kadang culas bila masuk bab hukum suami tidak adil dalam poligami.
Dipetik dari AFP, Imam Besar Masjid dan Universiti Al-Azhar Mesir, Sheikh Ahmed Al-Tayeb berkata poligami sering menyebabkan ketidakadilan pada kaum wanita dan kanak-kanak.
Menurut Sheikh Ahmed, ia berpunca kerana kurangnya kefahaman terhadap Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Seterusnya mereka tidak tahu hukum suami tidak adil dalam poligami ini. Beliau juga turut menekan tentang isu yang sama dalam sebuah program televisyen di Mesir.
Sheikh Ahmed menegaskan, mereka yang mengatakan perkahwinan perlu berpoligami adalah sesuatu yang SALAH.
Bahkan dalam Al-Quran menjelaskan, lelaki Muslim perlu patuhi kewajipan berlaku adil jika ingin berkahwin lebih dari seorang. Tapi jika tidak mampu untuk berlaku adil, maka mereka dilarang untuk mempunyai ramai isteri.
Wanita adalah separuh dari masyarakat yang perlu dikasihani
Sheikh Ahmed menambah, alasannya bahawa wanita mewakili separuh daripada masyarakat yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang.
Jika kita tidak prihatin terhadapp mereka, ia sama seperti kita berjalan dengan satu kaki sahaja.
Walaupun beliau memberi ulasan sebegitu, namun ia tidak bermakna beliau melarang poligami dalam sesebuah perkahwinan. Cumanya suami perlu berlaku adil antara semua isterinya.
Sesungguhnya penjelasan Syeikh al-Azhar ini adalah selari dengan nas al-Qur’an sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa ayat 3 :

Syarat suami ingin berpoligami
#1. Jumlah isteri tidak melebihi 4 orang
Berdasarkan syariat Agama Islam, seseorang lelaki Muslim hanya boleh berkahwin dan memiliki 4 orang isteri dalam satu-satu masa sahaja.
Selain tidak beristeri hanya bersandarkan nafsu semata-mata kerana ia sama sekali dilarang oleh Islam.
#2. Kemampuan berlaku adil
Syarat poligami yang seterusnya adalah suami perlu bijak berlaku adil antara para isterinya dari segi nafkah zahir dan batin.
Jika membeli rumah pada isteri pertama maka mereka juga perlu membelikan rumah pada isteri kedua. Begitu juga kasih sayang, perhatian, prihatin, seksual dan lain-lain.
#3. Tidak melupakan ibadah kepada Allah SWT
Apabila sudah sibuk menguruskan isteri-isteri dan anak-anak maka ada lelaki yang sudah semakin lalai dan leka dalam beribadah kepada Allah SWT. Sedangkan rezeki yang diperolehi selama ini adalah pemberian tuhan Maha Pencipta.
Maka berhati-hatilah jangan sampai kenikmatan yang dikecapi membuatkan anda terlupa tentang saham akhirat.
#4. Dilarang berkahwin dengan dua wanita yang bersaudara
Jika ingin berpoligami, lelaki juga perlu memilih isteri yang mempunyai keturunan berbeza-beza. Wanita yang memiliki tali persaudaraan yang erat seperti saudara perempuan tidak boleh dalam Islam.
Allah SWT berfirman:
“(Diharamkan atas kamu) menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisaa’:23)
#5. Menjaga kehormatan para isteri
Suami juga berperanan penting dalam membimbing dan mendidik isteri ke jalan yang diredahai Tuhan serta menjadi pemimpin keluarga yang baik.
Semoga bermanfaat.
Kredit : The Asianparent.com
10 Sifat Suami Yang Sentiasa Menjadi Idaman Para Isteri

Jika anda seorang wanita, carilah calon suami yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang suami yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Atikah Suhaime Kongsi Persiapan Menjelang Hari Bahagia

Tatkala pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime tiba di studio untuk sesi fotografi sebagai penghias kulit depan kali ini, nyata terserlah seri pengantin buat gadis jelita ini.
Serasakan kuntuman cinta sedang mengembang di dada bak kata orang tua-tua, darah manis meniti hari bahagia. Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 27, telah bertunang pada bulan 17 Mac lalu dan bakal mengakhiri zaman gadisnya dengan cinta hati iaitu penyanyi Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael.
Keserasian yang terjalin membuatkan mereka merancang untuk melangkah ke fasa baharu dan ingin melangsungkan bernikah pada bulan Mac tahun depan. Atikah mengharapkan jodohnya berpanjangan dan majlis yang dirancang berlangsung sempurna menyaksikan persandingan saat bahagia yang dinantikan.
Percaya pada jodoh
Usia Atikah yang sudah menginjak 27 tahun merasakan dirinya sudah matang dan bersedia punyai kehidupan berumah tangga.
“Sebenarnya sudah lama mengenali Awi. Walaupun kami sama-sama dari Singapura tapi kami tidak rapat. Namun sejak kebelakangan ini, kami semakin rapat dan merasakan keserasian dan membuatkan keputusan untuk bertunang. Tidak berdating pun. Sebulan tempoh kami kenal rapat terus bertunang,” jelas Atikah.
Mengapa Awi? Atikah lega apabila menemui sumber motivasi dalam diri tunangnya. Memang seronok berpasangan dengan orang yang lebih matang. Sebenarnya umur tidak ada kaitan. Akui Atikah pernah berjumpa dengan orang yang berusia 40 tahun tetapi perangainya tidak matang. Sebenarnya pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu akan mematangkan dirinya. Bagi Atikah, Awi sangat memahami dirinya. Lelaki yang ditemuinya sebelum ini banyak yang menyesakkan keadaan. Awi mempunyai peribadi yang straight forward dan tidak menyimpan rahsia.
Tidak mahu mengungkit kisah silam masing-masing dan kedua mereka menerima kelebihan dan kekurangan seadanya. “Apa yang saya suka tentang Awi ialah dia sering melihat tentang masa depan. Apa yang boleh dilakukan untuk kehidupan yang lebih sukses. Dia bukan hanya melihat dirinya sebagai penyanyi dan penerbit muzik malah berfikir jauh ke hadapan tentang peluang bisnes yang boleh dilakukan untuk stabilkan masa depan. Terus terang saya katakan dia seorang smart guy.
Apa yang membuatkan kami jadi rapat , budaya kami sama dibesarkan di Singapura, pemikiran juga sama. Dia juga tidak menyusahkan,”akuinya.
Penyanyi berkenaan banyak memberi kekuatan dan semangat serta meyakini kebolehan Atikah. “Dia kembalikan keyakinan dalam diri saya dan bangkitkan semangat agar saya terus mengembangkan aktiviti seni yang saya minati. Infact he wants me to grow better. Selepas kahwin, dia mahu saya menjadi pelakon dan penyanyi yang membanggakan. Itu yang saya mahukan, iaitu seseorang yang sering menggalakkan diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baiki dalam hidup. Bukan seseorang yang mematikan semangat diri disebabkan oleh perkahwinan,” cerita Atikah.
Persamaan karakter
Memahami diantara satu sama lain membuatkan saya dan Awi semakin rapat dan mesra. Muzik kesukaan kami berdua. Kami merasakan saling melengkapi antara satu sama lain, tidak banyak pergaduhan antara kami berdua.
Dalam membuat keputusan Atikah banyak mengikut apa yang terbaik Awi usulkan. Awi seorang firm person. Selalu apa yang dia rancang akan berlaku maka Atikah lebih mempercayainya.
Pernah merajuk? Oh tidak, tidak sempat untuk saya berfikir untuk merajuk. Jika ada pergaduhan kami akan selesaikan dengan segera. Tidak pernah membiarkan hingga berhari-hari. Kami berdua orang yang sangat simple, tidak suka perkara yang merumitkan keadaan.
Persediaan menuju ke gerbang perkahwinan
Seperti mana bakal pengantin yang bakal meniti hari bahagia, Atikah juga tidak terkecuali membuat persediaan diri dan kelengkapan perkahwinan agar majlis perkahwinan yang diidamkan berlangsung sempurna.
“ Alhamdulillah saya banyak dibantu oleh keluarga dalam menyiapkan persiapan. Setakat ini semua perkara berjalan dengan baik dan masih ada beberapa perkara minor yang masih perlu dibereskan di Singapura.”jelasnya.
Akui Atikah banyak persiapan dalam perkahwinannya, dia sendiri yang menentukannya. “Bagi saya majlis perkahwinan merupakan impian setiap gadis. Jadi saya ilhamkan majlis perkahwinan sebagaimana yang diinginkan. Contoh dari segi tema dan sebagainya. Tema perkahwinan ingin dicetuskan ialah sebagaimana dalam cerita Grease kerana saya amat menyukai muzikal, dan jika saya diberi peluang untuk berlakaon di dalam pementasan muzikal saya amat gembira.
Selain majlis nikah, mereka juga akan akan mengadakan majlis persandingan di Singapura. Adakah akan membuat kejutan pada tetamu di majlis perkahwinan itu nanti? I don’t know its our wedding, we are the king and queen. Biarlah orang lain yang menghiburkan kami. Acara tari-menari itu bakal diadakan di sebelah malam iaitu pada majlis resepsi. Manakala di siang hari, tetap menjalankan majlis mengikut adat istiadat Jawa , lengkap menyarungkan pakaian mengikut persandingan Jawa memandangkan keduanya mempunyai darah kelahiran dari Indonesia. Busana Jawa diilhamkan khas oleh Dato’ Nadia Marni begitu juga untuk Awi,” jelasnya.
Dres untuk malam resepsi itu kelak adalah sentuhan istimewa dari butik dari Singapura yang dibuat khas untuk bakal pengantin ini. Bertanya tentang persalinan nikah, akui Atikah ada merancang untuk menempahnya dengan Dato’ Shah Rezza. Namun masih dalam peringkat perbincangan. Impian saya ingin menyarungkan baju songket, yang betul-betul potongannya Melayu Purba, berciri klasik bak zaman P. Ramlee. Semua tema ini Atikah sendiri memikirkannya dan acara nikah yang dirasakan majlis yang sangat istimewa, maka busana dengan potongan klasik jadi pilihan.
Ketika ditanya apakah banyak membuat rujukan untuk tema yang diingini.“Ye saya ada google dan melihat instagram namun tidak mahu sama dengan orang lain. Contohnya jarang sekali songket dipakai ketika acara nikah. Jadi saya mahu memakainya dengan tema warna putih.
Di waktu malam pula bertema Majestic, seumpama warna unicorn untuk pelamin dan sebagainya. Semuanya bakal direalisasikan oleh perancang perkahwinan dari Singapura. Tak sabar rasanya nak melihat kreativiti yang dihasilkan dan pastinya menakjubkan.
Pelamin bertema moden menjadi pilihan Atikah di hari persandingan kelak. Bayangkan rupanya seperti Majestic look, saya tidak mahu ia seperti fairy tale kerana saya bukan fairy tale person. Lebih kepada gaya diraja. Bila malam lebih menggunakan banyak kesan lampu pada ruang pelamin yang dihasilkan. Semuanya mengikut kehendak saya dan diharapkan ia menonjol dengan baik pada hari itu nanti,”ceritanya.
Menyentuh soal tatarias diri, sudah tentunya diri mahu dilihat berbeza dan menampilkan seri pengantin. Atikah memilih untuk mekap simple look , tidak terlalu tebal. Sebenarnya Atikah selesa dengan juru mekap Rozlan Nassir yang juga merias dirinya untuk majlis pertunangan. Dia bakal merias Atikah untuk setiap acara sepanjang majlis perkahwinan itu nanti.
Akui Atikah mekap adalah perkara yang paling mustahak. Dirinya juga pernah melihat situasi di mana budak kecil apabila melihatseorang pengantin , dia menangis lari. Itu bermakna mekapnya terlalu tebal. Menjadi pengantin tidak semestinya mengenakan mekap yang tebal, sebaliknya lebih nampak sweet dan anggun. Mata kena nampak bright. Kenapa perlu bermekap tebal, dengan kening dilukis tebal. Muka berubah menjadi garang.
Menyentuh soal wang hantaran,sambil menguntum senyum ‘mengatakan biarlah ia rahsia antara kami keluarga sahaja yang mengetahuinya. Manakala dulang hantaran adalah lima berbalas tujuh.
Dalam mencari barang hantaran Atikah lebih suka mencari sendiri barang yang disukai oleh Awi. “Pada saya apa yang saya beli pada Awi adalah satu surprise dan sudah pastinya saya perlu tahu apa yang sukainya. Bagi saya apa gunanya memberi pertukaran dulang jika sudah tahu apa di atas dulang tersebut,” jelasnya.