Jodoh sebenarnya boleh dikenal pasti melalui beberapa perwatakan dan sifat. Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda beberapa tip untuk mengenali si dia adalah jodoh anda.
1. Tidak Berlakon
Tanda yang pertama yang anda boleh perhatikan ialah si dia tidak berlakon di hadapan anda. Cuba lihat cara dia bercakap atau melakukan apa-apa aktiviti. Adakah perlakuan itu dilakukan dengan secara spontan atau dibuat-buat. Jika dia sendiri kurang selesa dengan gayanya, dia mungkin sedang berlakon. Namun apabila si dia tampil bersahaja dan tidak berlakon, ia adalah calon pasangan yang sesuai buat anda.
2. Susah Senang Bersama
Pasangan yang kita pilih mestilah sanggup menerima kita di waktu senang mahupun susah. Seperti kata peribahasa Melayu, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.’ Ada orang, hanya mahu menjadi peneman kita pada waktu senang sahaja. Pada waktu yang susah tidak mahu bersama. Jika si dia jodoh anda, si dia pasti sentiasa ada untuk anda pada waktu susah ataupun senang. Ketika inilah perhubungan anda dan si dia diuji.
3. Menerima Diri Anda Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah anda lakukan, si dia tidak ambil peduli. Si dia tidak kisah siapa anda sebelum ini dan sanggup menerima diri anda seadanya. Apa yang penting baginya adalah siapa anda sekarang. Walaupun anda seorang yang tidak kaya, tidak cantik dan mempunyai bermacam-macam kekurangan, si dia tetap bersama anda. Itulah tanda jodoh anda. Jangan lepaskan si dia yang mempunyai perwatakan sebegini.
4. Sentiasa Jujur
Selain itu, untuk mengenali jodoh yang baik adalah anda dapat melihat sifat kejujuran pada diri si dia. Walaupun sesuatu perkara itu pahit untuk diluahkan, namun si dia tetap jujur untuk membicarakan tentangnya. Dia tidak pandai menipu dan berbohong kepada anda. Sifat jujur ini ada pada diri Rasulullah S.A.W. hatta sebelum dilantik menjadi Rasul.
Ads
Oleh kerana itulah, masyarakat Arab jahiliah pada masa itu suka kepada perwatakan Rasulullah S.A.W. sehingga baginda digelar sebagai ‘Al -Amin’ yang bermaksud orang yang dipercayai. Allah S.W.T. juga telah berfirman di dalam surah An-Najm yang bermaksud:
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”
(Surah An-Najm : Ayat 4-5)
Ads
5. Dipercayai Dan Mempercayai
Saling mempercayai adalah kunci kepada suatu perhubungan yang kuat. Jika anda tidak ada rasa percaya kepada si dia, itu tandanya dia mungkin bukan jodoh yang terbaik untuk anda. Sifat percaya dan dipercayai ini sangat berkait rapat dengan sifat jujur yang saya sebutkan sebelum ini. Oleh sebab itu, anda mesti menjadi orang yang dipercayai dan mempercayai si dia.
6. Boleh Berkomunikasi Dan Berbincang
Komunikasi bermaksud perhubungan secara langsung ataupun tidak langsung dengan menggunakan perantaraan seperti surat, mesej, telefon dan sebagainya. Komunikasi perlukan teknik dan masa yang betul supaya salah faham tidak berlaku. Ada orang berpisah kerana tidak pandai berkomunikasi dengan pasangan atau yang lebih malang tidak berkomunikasi langsung.
Oleh sebab itu, tanda jodoh yang baik ialah si dia perlu ada sifat untuk berkomunikasi dan sedia berbincang jika timbul sesuatu isu. Sesuatu masalah perlu diatasi dengan cara dan teknik yang betul seperti saling berkomunikasi demi menjaga perhubungan yang telah dibina.
Ads
7. Memahami Diri Anda
Tanda si dia adalah jodoh anda yang seterusnya ialah si dia adalah seorang yang memahami diri anda. Memahami diri adalah suatu yang agak mustahil jika anda belum benar-benar taaruf (kenal) dengan lebih mendalam bakal pasangan anda itu. Jadi ambil masa untuk taaruf dengan bakal pasangan. Cuba untuk memahami si dia dan begitulah juga sebaliknya.
8. Mengakui Kelemahan
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Semua orang ada kelemahan masing-masing. Namun calon jodoh yang terbaik buat anda ialah apabila si dia sanggup mengakui kelemahan dan kekhilafan diri jika ada terbuat benda yang salah. Si dia tidak ego dan sanggup merendahkan dirinya untuk meminta maaf. Itulah salah satu tanda jodoh yang baik.
9. Petunjuk Setelah Anda Beristikarah
Solat ‘istikarah’ merupakan cara yang terbaik dalam urusan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Ia adalah perkara yang penting di mana setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan jodoh, maka sandaran dan kebergantungan kita pada akhirnya ialah hanya kepada Allah S.W.T. Inilah yang dinamakan tawakal. Mungkin selepas anda melakukan solat istikarah, anda akan mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. Mempunyai hati yang tenang dan rasa selesa dengan si dia juga boleh jadi petunjuk bahawa si dia adalah jodoh anda.
Sumber : BaitulMuslim
Gambar sekadar hiasan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan mana yang tidak pernah bergolak, namun sejauh mana anda mampu menangani masalah anda? Sesetengah orang mengambil jalan mudah dengan meluahkan perasaan di laman sosial.
Sebenarnya meluahkan masalah itu tiada masalahnya, namun kepada siapa dan dimana kita meluahkan masalah itu menjadi perkara penting, agar tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.
Jika pasangan anda suka meluahkan perasaan tidak puas hatinya di laman sosial, apa yang perlu anda lakukan? Adakah dengan bertindak memarahinya akan menyelesaikan masalah?
Beri respon
Jalan terbaik adalah dengan memberi respon terhadap luahan hatinya itu. Tidak perlu marah dan melenting, malah duduk berbincang dan cari jalan penyelesaian dengan baik. Kadang kala biasa la wanita jiwanya penuh dengan emosi, dan apa yang diluahkan tidak sengaja dan tanpa sedar.
Tegur dengan berhemah
Wanita ini sebenarnya lebih banyak menggunakan emosi apabila mahu menyelesaikan percanggahan yang berlaku. Hakikatnya, lelaki sebenarnya lebih rasional. Disebabkan itulah wanita lebih suka meluahkan perasaannya dan sebolehnya dia mahu satu dunia tahu dia sedang bersedih, jadi medium terhebat adalah Facebook.
Kebiasaanya apabila wanita mengupdate status berbaur pergaduhan, nanti ramai yang cuba ‘naik daun’ dan mula bertindak sebagai pendengar yang akhirnya mungkin akan membuatkan keretakkan hubungan itu lebih parah.
Komen nakal
Sesekali anda boleh beri komen nakal di situ. Itu menandakan anda menyedari perbuatannya dan tidak salah andai memberikan komen berbentuk sindiran tetapi manja. Bak kata orang ‘sindir-sindir manja’. Mungkin ia menampakkan anda adalah suami atau pasangan yang sweet.
Jangan ambil serius
Jangan terlalu ambil serius dengan apa sahaja yang diluahkan. Ini kerana luahan hati mereka itu tidak sama dengan apa yang terbuku dihati. Kerana terlalu marah dan kecewa, maka terkeluarlah kata-kata berbaur kecewa. Anda sebagai lelaki yang jauh lebih matang, berbincang lah dengan baik dengannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila wanita anda diam dan tidak seperti biasa, anda harus lebih sensitif. Kerana sebenarnya, jika wanita anda masih peduli terhadap anda, dia akan bercakap dengan anda.
Tetapi jika dia telah berdiam diri untuk seribu bahasa, itu bermakna dia berasa kecewa dengan anda. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Sebenarnya tak susah pun nak mengenali makhluk bernama wanita ini. Lihat perkara ini, mungkin boleh beri anda sebab mengapa mereka begitu.
1) Lelaki harus sensitif dan mengetahui bahawa dia telah membuat kesalahan
Seorang wanita yang tiba-tiba senyap dan tidak bercakap lagi, mesti ada sesuatu yang menyekat hatinya. Dia lebih suka diam, kerana dia enggan untuk memberitahu apa kesilapan yang telah anda buat. Pada asasnya, wanita sememangnya dicipta untuk menjadi pendia, kerana itu adalah satu bentuk kasih sayang dan menjaga anda.
2) Membebel adalah satu bentuk cinta dan keprihatinan untuk anda
Mungkin bagi anda sesuatu yang boleh membuang masa apabila anda mendengar bebelan dari wanita. Walaupun anda merasa malas untuk mendengar semua yang dikatakan olehnya tetapi anda tahu bahawa dia benar-benar mencintai anda.
3) Apabila seorang wanita kecewa kemudian dia akan pilih senyap dan senyum
Jadilah seorang lelaki yang suka mendengar wanita. Jika wanita anda kelihatan gembira, anda harus bersyukur, kerana semuanya itu hanya untuk kebaikan anda. Semua kata-kata yang berasal dari bibirnya adalah disebabkan oleh keperibadian dan kerana dia sangat mencintaimu. Wanita akan bimbang tentang keadaan anda, jadi dia kelihatan jahat walaupun ia adalah tanda kasih sayang.
4) Apabila seorang perempuan kecewa dia tidak ingin berkata-kata lagi
Wanita, jika mereka kecewa, mereka akan lebih suka diam. Apabila dia tidak peduli lagi kepada anda. Pada ketika itu anda perlu sedih kerana anda kehilangan penjagaan dan kasih sayang yang begitu mendalam darinya.
5) Wanita akan mengelak untuk menegur anda
Apabila wanita anda diam, dia enggan menegur anda. Dia akan membiarkan anda turun kerana dia letih dan bosan dengan pertengkaran tanpa henti, semua kata-katanya seolah-olah tidak dihargai dan tidak bermakna.
6) Kekecewaan terjadi untuk wanita yang hanya berlalu dalam kesendirian
Rata-ratanya, jika seorang wanita telah kecewa, dia pasti akan berdiam diri, walaupun ketika dia sendirian, dia akan menangis dan menangis. Itulah wanita. Mereka akan kembali tersenyum apabila ada benar-benar kasih sayang dan akan diam apabila benar-benar kecewa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bertungkus lumus selama berbulan-bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut.Jika anda bakal pengantin lelaki, catit 4 perkara ini yang perlu anda lakukan sehingga majlis akad nikah itu selesai.
Jika sebelum ini , kita mungkin tidak diluaskan lagi dengan ilmu –ilmu seperti perkara yang perlu dilakukan selepas majlis akad nikah. Bezanya hari ini, juru nikah turut memberi ruang selepas majlis untuk pengantin melakukan solat sunat dan sebagainya. Begitu juga jurugambar yang turut serta dalam mengambil momen-momen indah di dalam majlis tersebut.
Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
Sujud Syukur
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud)
Isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!