Banyak sungguh drama keluarga berkisahkan mengenai wang peninggalan. Malah, banyak juga berlaku di depan mata isteri dan anak-anak putih mata apabila semua harta suami difaraidkan. Isteri yang selama ini hidup susah dan senang bersama suami tidak ada hak sepenuhnya terhadap harta peninggalan arwah.

 

Bukan untuk bersangka buruk dengan ahli keluarga mentua tetapi inilah hakikatnya. Bila soal duit dan harta pusaka, keluarga pun boleh bertelingkah. Kata orang, sediakanlah payung sebelum hujan. Untuk kaum lelaki yang bakal bergelar suami, fikir-fikirkanlah hal ini. Selagi ada nyawa, semuanya boleh dirunding.

 

Dialog suami isteri perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad ini diharap membuka mata para suami…

 

*****************************

 

“Oh Sayang, mari sini duduk sebelah abang. Abang nak cakap sikit ni. Sebabkan anak-anak kita sudah tidur, boleh la abang small talk sikit dengan sayang”.

oh, apa dia tu bang?

“Okay sy pejam mata okay? pejam rapat-rapat taw. Abang ada benda nak suprise ni”.

Tadaaa…

IKLAN

Wah, apa ni bang? Hibah RM 500,000.

“Iye sayang. Ini adalah tanda kasih sayang abang terhadap sayang dan anak-anak”.

Dan dengan duit tabung hibah ni juga adalah bekalan untuk keluarga kecil kite kalau abang dan tak de lagi kat dunia ni.

Abang prepare awal-awal, sebab abang tak nak terlambat atau menyesal kemudian hari.

Tambahan lagi, sekarang musim hujan tak menentu, dengan keadaan banjir yang agak merisaukan hati abang. Pula tu Abang ulang alik kerja naik motor sahaja.

Jadi sebab tu abang nak buat persiapan dan bertindak awal.

“Sayang simpanlah baik-baik duit tabung hibah ni ” .

IKLAN

“Gunakanlah sebaiknya untuk masa depan anak-anak kita. Dan juga untuk duit belanja sayang dan keluarga kita”.

Sebak aku mendengarnya.

Terus deras mengalir air mata aku apabila dengar kata-kata yang keluar daripada mulut suamiku.

Kepada kaum-kaum isteri yang bestari lagi bijaksana. Sesunguhnya zaman 2021 kita sudah pasti perlu menjadi lebih cakna dengan pengurusan kewangan dan juga perlu memiliki perlindungan.

Sangat lah beruntung lagi bersyukur jika suami kita dah letak penama 100% untuk nama kita dan anak-anak untuk tabung hibah.

Tetapi kita sering berlengah,

“Ah, nanti la dulu, nanti la dulu” . Nanti la dulu sampai tak buat-buat.

IKLAN

Ajal maut tidak tunggu, kita yang perlu bersiap sedia.

Hakikatnya, Hibah Takaful punyai banyak kebajikan seperti :

– hadiah bagi yang tersayang bagi meneruskan kehidupan

– Dana pendidikan anak anak

-tidak boleh dicabar oleh mana mana pihak.

-Tidak perlu melalui proses faraid

– digunakan sebagai dana untuk urusan tahlil.

– membayar baki hutang piutang

Sayangkan isteri anak-anak anda dengan tinggalkan tabung hibah buat mereka.

 

Kredit: Facebook Dr Azizul Azli Ahmad

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI