Asam garam dalam berumahtangga ada pasang surutnya. Bila bahagia yang ditunjukkan di media sosial, tidak semestinya bahagia secara realiti. Suami ada kekurangan, isteri pula ada kelebihan. Gabungkan keduanya untuk bina satu kebahagiaan.
Instagram: @bondarozitaibrahim
Kongsi Bonda di laman Instagram, ada pasangan yang menyesal apabila sudah berkahwin. Mungkin ada yang berpendapat, panas sehingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Timbul masalah yang tidak dijangka dalam perkahwinan.
Ramai orang yang menyesal setelah berkahwin. Mental, fizikal dan kewangan dalam menghadapi masalah yang kita tak jangka. Belum kawin lain, dah kawin jadi lain.. Jangan berharap pasangan kita memahami apa yang kita mahukan
Instagram: @bondarozitaibrahim
Hanya agama menyelamatkan maruah & jiwa wanita dalam dilema perkahwinan.
Ads
Bertahan kadang bukan sebab cinta tetapi kerana anak-anak dan agama. Perhatikan sifat pentingkan diri, ego suami sangat menjengkelkan.
Kesunyian perkahwinan dihujung tanduk. Perhatikan sikap anda dengan pasangan..!!
Komunikasi yang terbaik jarang berlaku. Jarang menghabiskan waktu bersama, pasangan tak mahu berusaha memperbaiki keadaan. Kecurangan yang bertimpa-timpa. Tidak ada penghargaan dari pasangan. Hambar yang tiada kemesraan. Perbezaan nilai hidup dan prinsip.
Ads
Wanita merasakan hidup sendiri adalah lebih baik daripada perkahwinan..!!
Tak kurang juga wanita cuba mempertahankan perkahwinan demi anak-anak.
Lalui dengan lapang hati kerana perkahwinan ibadah yang terberat, terpanjang lagi berisiko.
Saling melengkapi kekurangan untuk saling membangun kekuatan dalam keluarga.. Bukan pertarungkan kekuatan atau pertarungkan kehebatan.
Ads
Setiap buruk pasti akn dibalas Allah – dan akan ada penghujungnya.
Instagram: @bondarozitaibrahim
Terlalu banyak sangat isu perkahwinan yang runtuh dek kerana ego seorang suami. Hubungan rumahtangga jadi kacau-bilau dengan kehadiran orang ketiga. Apabila tidak ada tolak-ansur, sayang yang satu ketika dahulu agung dalam hubungan hanya jadi habuk berterbangan.
Cubalah jaga cara komunikasi. Jangan biarkan pasangan terkapai-kapai sendiri…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Harmoninya Malaysia. Dah ramai pasangan pengantin buat majlis kahwin mengikut adat Melayu. Seperti pasangan ini, mereka juga memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan mengikut budaya Melayu!
Pengantin lelaki segak menggayakan baju Melayu berwarna putih manakala pasangannya menggayakan gaun kembang juga dari rona sama.
Tiktok Nasuha Ayna
Tiktok Nasuha Ayna
Majlis resepsi yang meriah dengan pelbagai jenis makanan ini betul-betul ‘menjemput’ tetamu untuk menjamu selera. Menerusi perkongsian Nasuha Ayna di aplikasi TikTok, ada pelbagai juadah disediakan seperti kambing golek, ayam bakar dan macam-macam lagi.
Tiktok Nasuha Ayna
Tiktok Nasuha Ayna
Walaupun hujan membasahi bumi namun majlis ini tetap berlangsung meriah. Ada juga persembahan silat, tarian zapin dan kuda kepang. Kalah majlis Melayu!
Tiktok Nasuha AynaTiktok Nasuha Ayna
Tahniah kepada pasangan ini!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang lelaki yang telah berkahwin mempunyai peranan penting sebagai suami dan memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sebagai ketua keluarga, ia amanah sangat besar kerana selain mencari kebahagiaan duniawi, mereka bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dunia dan kebahagiaan ukhrawi buat ahli keluarganya.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu.” (Al-Tahrim: 6)
Lalu bagaimana pula jika si suami mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami?
Tahukah anda bahawa seorang isteri sebenarnya boleh memohon perceraian daripada suami jika lelaki berkenaan menyebabkan berlaku mudarat kepada wanita tersebut.
Menurut hantaran infografik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) disiarkan menerusi laman sosialnya, ada empat situasi membolehkan si isteri itu berbuat demikian.
Antara kemudaratan tersebut ujar agensi berkenaan, ialah apabila suami itu gagal untuk menyediakan hak-hak ke atas isteri seperti nafkah, pergaulan yang baik dan tempat tinggal.
“Harus juga cerai jika si suami berperangai fasiq seperti melakukan amalan syirik, tidak solat atau tidak berpuasa Ramadan dan isteri itu sudah lama bersabar menasihatinya,” kata Jawi.
Mengulas lanjut, Jawi berkata, isteri turut boleh menuntut fasakh sekiranya suaminya didapati bermusafir terlalu lama seperti lebih enam bulan tanpa ada sebarang pun khabar berita.
“Situasi berkenaan disebabkan kebimbangan si isteri tersebut berasa takut bahawa dirinya pula tidak mungkin dapat mengawal fitnah iaitu keperluan syahwatnya,” jelas agensi itu.
Turut diharuskan ialah keadaan apabila suami itu bertindak menghina termasuk memukul tanpa sebab, melaknat atau memaki hamun pasangannya dengan bahasa yang kesat.
Jawi menerusi keterangan ringkasnya menyatakan bahawa empat situasi itu harus setelah suami tidak mahu melafazkan talak walhal isteri tidak sanggup lagi meneruskan perkahwinan.
Meskipun hal perceraian berada di tangan suami, ajaran Islam masih membolehkan keadaan tertentu untuk isteri memohon cerai sebagai jalan keluar daripada ikatan hubungan itu.
Walau bagaimanapun, ia dibuat selepas segala usaha bagi menyelamatkan rumah tangga menemui jalan buntu dan perceraian diharapkan menjadi penamat daripada diteruskan.
Pada masa yang sama, Jawi turut menyarankan suami isteri agar sentiasa bersabar dan banyak bermuhasabah sesama sendiri supaya perkahwinan mereka terus lama berkekalan.
Tip nak bersihkan lantai rumah dengan cara jimat tanpa perlu beli pencuci, yang penting hasilnya wangi satu rumah!
Sebenarnya tip ini hanya menggunakan cuka dan pelembut pakaian. Bancuhannya seperti berikut;
Tip Lantai Rumah Berkilat Dan Wangi
1/2 baldi air
1/2 tutup pelembut pakaian/softener
5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Awas, Pastikan Ikut Kuantiti
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
Jadi, tiada alasan nak kata tak ada bahan pencuci kalau pelembut kain dan cuka pun cukup membantu buat lantai berkilat. Selamat mencuba.
Sumber: Ezy Eizyanie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!