Himpunan Sirih Junjung Moden & Tip Memastikan Ia Kekal Segar

Share

Indahnya sebuah majlis pernikahan apabila  sirih junjung menjadi satu kemestian sebagai pelengkap dulang hantaran pengantin. Ia menjadi simbolik dalam acara perkahwinan Melayu. Dahulu sirih junjung digubah dengan sentuhan tradisional namun kini dipelbagaikan gaya gubahan mengikut kreativiti.

Bunga-bungaan dihias indah bagi menyerikan gubahan sirih junjung. Pilihan daun sirih yang segar menyerlahkan lagi  rekabentuk sirih junjung. Agar sirih junjung sentiasa segar ikut tip berikut:

* bagi daun sirih yang tulen, sapuan minyak masak ataupun minyak zaitun mampu menaikkan seri sirih. ia juga amat membantu dalam proses melipat daun sirih.

* jangan rendam di dalam air yang banyak kerana batangnya akan mudah busuk atau rosak.


* letakkan bunga dalam suasana suhu bilik.
* elakkan dari membuka kipas terlalu kuat bagi mengelakkan bunga tersebut lebam
* jika menggunakan bunga segar celup atau bunga yang diwarnai, jangan merenjis bunga tersebut untuk mengelakkan warnanya luntur

Idea sirih junjung dengan gaya moden

sumber: instagram ariweddingcouture
sumber: instagram ariweddingcouture
sumber: ariweddingcouture
sumber : instagram weddinglegacy
sumber : instagram weddinglegacy
sumber : instagram weddinglegacy

Lihat juga gubahan sirih junjung dalam Pesona Pengantin dan tip yang dikongsi oleh penggubahnya.

IKLAN