Indahnya sebuah majlis pernikahan apabila sirih junjung menjadi satu kemestian sebagai pelengkap dulang hantaran pengantin. Ia menjadi simbolik dalam acara perkahwinan Melayu. Dahulu sirih junjung digubah dengan sentuhan tradisional namun kini dipelbagaikan gaya gubahan mengikut kreativiti.
Bunga-bungaan dihias indah bagi menyerikan gubahan sirih junjung. Pilihan daun sirih yang segar menyerlahkan lagi rekabentuk sirih junjung. Agar sirih junjung sentiasa segar ikut tip berikut:
* bagi daun sirih yang tulen, sapuan minyak masak ataupun minyak zaitun mampu menaikkan seri sirih. ia juga amat membantu dalam proses melipat daun sirih.
Ads
* jangan rendam di dalam air yang banyak kerana batangnya akan mudah busuk atau rosak. * letakkan bunga dalam suasana suhu bilik. * elakkan dari membuka kipas terlalu kuat bagi mengelakkan bunga tersebut lebam * jika menggunakan bunga segar celup atau bunga yang diwarnai, jangan merenjis bunga tersebut untuk mengelakkan warnanya luntur
Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan galakan menikah dengan wanita yang subur?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Allah SWT menciptakan setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita. Lalu Allah SWT mensyariatkan perkahwinan bagi mereka yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
Tambahan pula, agama kita amat menggalakkan setiap umatnya agar berkahwin berdasarkan hadith-hadith yang sahih. Akan tetapi, di sana terdapat beberapa ciri-ciri yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kita sebagai panduan sebelum mendirikan rumahtangga.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda SAW juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi SAW bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” [Riwayat Abu Daud (1050)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith adalah kuat]
Hadith ini menunjukkan bahawa anjuran Nabi SAW agar lelaki ini berkahwin dengan wanita yang penyayang supaya dia (isteri) dapat menyayangi suaminya dan yang subur pula adalah yang boleh melahirkan ramai anak. Hadith ini diikat dengan dua ciri ini kerana jika seorang wanita itu tidak bersifat dengan penyayang maka ia akan menjadikan tarikan suami kepadanya berkurangan. Adapun, jika wanita itu tidak bersifat subur maka ia tidak mencapai salah satu tuntutan iaitu meramaikan umat dengan melahirkan ramai anak. Selain itu, kedua ciri ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang masih dara. Tambahan pula, hadith ini juga menunjukkan isyarat agar kekal dengan perkahwinan yang mana terdapat padanya (pada isteri) dua ciri atau sifat tersebut. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 33-34/6]
Justeru itu, hadith ini merupakan salah satu petunjuk atau hadyu nabawi dalam memilih pasangan hidup. Tuntutan ini bukanlah bersifat wajib, bahkan ia merupakan satu galakan kerana Nabi SAW berbangga melihat umatnya ramai di akhirat kelak. Seperkara lagi, anak merupakan rezeki daripada Allah SWT dan Allah SWT berhak untuk memberikan rezeki tersebut kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Untuk itu, janganlah kita bersedih jika Allah SWT belum lagi mengurniakan kita cahaya mata atau Allah SWT tidak mengurniakan kita cahaya mata. Tugas kita sebagai seorang hamba adalah sentiasa berdoa serta berusaha dengan bersungguh-sungguh dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT.
Penutup
Kesimpulannya, antara kunci kebahagian rumahtangga adalah apabila mana-mana pasangan mendapatkan cahaya mata. Bahkan, ini akan menguatkan lagi hubungan di dalam perkahwinan tersebut. Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mengikut setiap panduan yang telah diberikan oleh junjungan besar kita Nabi SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah serta penyejuk mata buat ibubapa. Amin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak jadi isteri yang baik dan bagus bukanlah susah. Kita cuma perlu ikut perintah Allah dan cuba bahagiakan suami sebaik mungkin. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri.
Banyak sebenarnya petua bagaimana nak menjadi isteri yang terbaik untuk suami. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada isteri atau bakal isteri diluar sana!
#1. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.
#2. Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaja. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga.
Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
#3. Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka.
Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
#4. Seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan.
Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah wanita memang suka membebel. Apalah lagi jika dalam kepenatan, maka semakin bertambahlah bebelan wanita. Makum sahaja bila badan dah penat segala benda boleh keluar dari mulut wanita.
Sebagai suami, anda haruslah banyak bersabar dan bertolak-ansur. Jika suami tidak bijak mengawal emosi, silap-silap boleh menimbulkan perbalahan. Memahami keadaan suami yang ada ketikanya tidak dapat menerima bebelan isteri, Dr Taufiq Razif berkongsi tip agar suami dapat menangani situasi ini dengan baik.
Tip 1: Isteri masuk kereta terus matikan segala jenis bunyi-bunyian cd ataupun radio
Isteri balik je kerja saya akan matikan segala jenis bunyi bunyian cd ataupun radio dan saya akan fokus 100% apa yang akan berlaku nanti.
Seperti yang dijangka, bila isteri masuk je kat dalam kereta, dia akan mula bercerita…
Ya Allah abang, banyak nya la pesakit harini. Tak berhenti yang datang! Nak makan pun tak sempat ni bang walaupun dah pukul 5 petang. Ada pesakit yang datang nak suruh kita rawat dia tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik. Suka bagi makanan.
Belum campur dengan penyakit budak yang muda muda dah kena kencing manis. Bila ditanya rupanya mak dia suka bagi minum air gas masa kecik-kecik. Tepuk dahi bang!
Pastu kan bang… bla..bla.. Pastu kan.. bla bla bla..
Tip 2: Saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil
Cerita ni akan berterusan sampai la wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-perlahan menjadi tenang dan riang. Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda tu nampak simple je tapi benda tu la sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.
Tip 3: Suami kena bersedia untuk mendengar
Wanita tak sama macam lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar.
Wanita ni istimewa. Mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya. Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumahtangga jadi lebih bersinar dan bercahaya dan anak-anak pun jadi lebih tenang dan mendengar kata.
Taufiq Razif, Suami Bertelinga Besi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...