Bila hubungan suami isteri mula retak dan ada masalah, jangan difikir bab nak berpisah. Ambil masa untuk pulihkan emosi masing-masing dan cub baiki apa yang patut.
Nak lagi fahami apa yang anda patut buat, cuba selami perkongsian Mizan Dzai ini untuk lebih baik pulih hubungan yang semakin dingin.
Hubungan Suami Isteri Mula Retak
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.
Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.
Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan lah tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.
Baiki Selagi Boleh Ikut Kemampuan
Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.
Ads
Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.
Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.
Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.
Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.
Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.
Ads
Jangan Fikir Nak Poligami
Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.
Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah lah.
Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.
Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.
Ads
Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.
Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.
Jadi Pasangan Yang Kuat Hadapi Ujian
Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.
Sabar, baik isteri mahupun suami. Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.
Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan kehendak suami pun nak berhenti kerja atau jadi penganggur. Keadaan ekonomi negara yang tak mengizinkan mereka melaksanakan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Tapi hati suami pedih kerana isteri asyik mendengus.
Sebelum kahwin, seorang wanita dah tetapkan ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan suami. Tentu sekali mereka akan mencari pasangan yang ada kedudukan kewangan stabil. Boleh bertanggungjawab menjaga keluarga dari segi kewangan dan urusan rumahtangga.
Tetapi kalau sudah tidak ada rezeki atau ada dugaan yang tidak disangka, isteri kena bertindak dengan lebih rasional. Menyakiti hati suami, mengadu domba dan meminta-minta sesuatu yang suami tidak mampu, hanya akan membuatkan suami lebih kecewa dan putus asa.
Bonda Umirah Taib berkongsi nasihat di laman TikTok tentang peranan seorang isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri dan suami pula mengalami masalah kewangan. Caranya ringkas tetapi perlukan ketabahan seorang isteri.
Tunjukkan yang kita cukup dan bersyukur dengan apa yang suami sediakan
2. Jadi akauntan untuk keluarga. Kawal dan selia semua perbelanjaan. Belanja yang perlu sahaja.
3. Isteri boleh mula mencari pekerjaan sampingan atau kecil-kecilan untuk bantu tampung perbelanjaan keluarga.
4. Dengan adanya kita dalam keadaan tenang dan gembira di samping suami, sudah cukup memberi dia dos kekuatan untuk terus berjuang dan bekerja.
Seorang isteri yang baik adalah isteri yang memberikan ketenangan kepada suaminya. Dari situ, suami akan lebih terbuka dan bersedia memberikan yang terbaik buat isteri dan anak-anak.
Kredit foto: Instagram Intan Najuwa dan Alif Aziz
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum kahwin, ada beberapa soalan wajib bincang dengan si dia untuk kekalkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina dan elakkan jadi kes penceraian.
Tidak boleh dipandang remeh, menerusi perkongsian saudari Amyra Zamri anda tidak akan mengambil mudah dan wajib discuss dengan potential partner sebelum berkahwin.
Kalau pergi kursus kahwin pun, mesti akan highlights juga beberapa perkara yang sangat remeh dan kita rasa tak masuk akal menjadi punca penceraian. Ada yang jadi punca sebab kain tuala selalu tak sidai, ada yang sebab tak suka mandi, dan paling ketara dek kerana masalah kewangan.
KELUARGA
Lepas kahwin, nak duduk sendiri atau duduk dengan mertua?
Lepas kahwin wife boleh kerja atau tak?
Lelaki okay ke kalau perempuan tak nak kerja after kahwin? Boleh tanggung sepenuhnya?
Plan nak ada anak bila, berapa orang, anak nak hantar pengasuh atau jaga sendiri?
Lelaki okay ke kalau ditakdirkan perempuan tak boleh atau lambat pregnant?
If pregnant nanti, nak bersalin kerajaan atau swasta?
FINANCIAL
Ada commitment/hutang apa? Ada masalah untuk bayar ke tak? Berapa amount?
Ada insurance, saving and emergency saving? Berapa amount?
Bila kahwin nanti gaji cukup tak untuk tanggung? Safe ke kalau nak ada anak?
Estimate nafkah boleh bagi pada isteri berapa?
KESIHATAN
Wajib dan penting untuk dibincangkan tertutamanya penyakit kelamin & penyakit keturunan untuk elakkan masalah dalam perkahwinan dan menyusahkan zuriat dan keturunan . Lebih baik mencegah dari merawat:
T- Ada masalah kesihatan seperti:
-Thalassemia
TB
HIV
Cancer
Penyakit kelamin
Sebarang penyakit genetik yang lain
LAIN-LAIN
Ada masalah tak untuk jadi imam, membimbing, mengajar ilmu agama?
Sebagai suami, boleh ke sama-sama buat kerja rumah untuk ringankan beban isteri?
Bila raya, apa rutin dan persedian? Macam mana nak raikan?
Macam mana nak bagi adil masa hari raya, terutama berlainan negeri/negara.
Tidur dalam gelap atau terang?
Tips untuk bincang dengan pasangan:
1. Lebih baik jumpa depan-depan untuk discuss. Boleh tahu macam mana tengok reaksi sid dia depan-depan. Jangan mesej sahaja pula. Tulis lain, dalam hati lain.
2. Bincang isu ini waktu bertenang dan mood baik. Kalau tak kena keadaan akan jadi tegang dan tak dapat berbincang dengan baik.
3. Beritahu pasangan untuk bincang topiki ini untuk kebaikan masing-masing. Kena matang, kalau tiba-tiba partner tak nak jawab atau mengelak untuk jawab, mungkin si dia masih belum bersedia untuk ke fasa seterusnya. Jangan buang masa!
4. Jika kedua belah pihak bersedia untuk bincang, biar sama-sama lalui semua soalan sampai semuanya jelas.
Baru lah anda betul-betul yakin dan hilang rasa risau dalam hati bila fikir soal lepas kahwin. In shaa Allah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah! Anda mungkin sedang sarat berbadan dua. Selalunya sering kali anda terfikir bagaimana untuk menurunkan berat badan selepas bersalin nanti. Sebagai seorang isteri, anda tentunya mahu segera mengembalikan berat badan selepas melahirkan.
Selain untuk keyakinan diri, anda juga mahu tampil langsing di depan suami. Tidaklah nanti selepas bersalin, suami jadi hilang minat pada isterinya.
Menariknya, diet ini bukan sahaja sesuai diamalkan oleh wanita selepas bersalin, bakal mempelai pun boleh praktikkan diet ini. Cubalah!
TIP MENURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN:
Berikut cara-cara untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Secara asasnya caranya sama seperti mana-mana nasihat untuk turunkan berat, lagi-lagi kalau anda berjaya turunkan berat sebelum ini. Malah ada yang berjaya hamil setelah turunkan berat badan.
Namun, kenapa selepas bersalin jadi sukar pula proses nak turunkan berat?
Pertama sekali anda kena ingat, fizikal dan fisiologi wanita mengalami banyak perubahan untuk menempuh 9 bulan proses kehamilan. Jadi semasa badan kita sedang adaptasi hormon dan sebagainya untuk pulih kembali seperti sediakala, ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi metabolisme badan ibu.
Kedua, cabaran yang sering dihadapi oleh golongan ibu adalah cepat lapar selepas menyusukan anak. Mana tidaknya menyusu menggunakan sebanyak 500kcal sehari. Mesti ramai yang lepas menyusu anda nak makan macam-macam kan?
Sebenarnya cara asas untuk turunkan berat adalah dengan:
1) Praktikkan pinggan suku suku separuh. Jangan disebabkan kelaparan yang amat sangat anda dah lupa dah pinggan DSSS ini.
2) Jika lapar selepas menyusu, ambil snek yang berkalori antara 200-250kcal. Bukan melantak pisang goreng sebungkus. Kalori dah hampir 450kcal di situ lepas tu hairan kenapa berat tak turun.
Antara snek ringkas yang boleh disediakan, lagi bagus kalau ayah tolong sediakan untuk ibu ya!
– buah-buahan potong
– granola + greek yogurt
– roti wholemeal + peanut butter
– smoothies (buah + susu + chia seed)
Bukan sahaja jimat kalori, malah ia membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menghasilkan susu ibu yang berkhasiat. Dan semestinya jangan lupa juga sediakan air untuk ibu. Menyusu memang perlukan banyak air untuk hidrasi.
3) Mula lakukan aktiviti fizikal, paling mudah jalan di taman, tolak stroller bawa anak jalan-jalan.
1) Praktikkan pinggan suku suku separuh. Jangan disebabkan kelaparan yang amat sangat anda dah lupa dah pinggan DSSS ini.
2) Jika lapar selepas menyusu, ambil snek yang berkalori antara 200-250kcal. Bukan melantak pisang goreng sebungkus. Kalori dah hampir 450kcal di situ lepas tu hairan kenapa berat tak turun.
Antara snek ringkas yang boleh disediakan, lagi bagus kalau ayah tolong sediakan untuk ibu ya!
– buah-buahan potong
– granola + greek yogurt
– roti wholemeal + peanut butter
– smoothies (buah + susu + chia seed)
Bukan sahaja jimat kalori, malah ia membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menghasilkan susu ibu yang berkhasiat. Dan semestinya jangan lupa juga sediakan air untuk ibu. Menyusu memang perlukan banyak air untuk hidrasi.
3) Mula lakukan aktiviti fizikal, paling mudah jalan di taman, tolak stroller bawa anak jalan-jalan.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...