Bila hubungan suami isteri mula retak dan ada masalah, jangan difikir bab nak berpisah. Ambil masa untuk pulihkan emosi masing-masing dan cub baiki apa yang patut.
Nak lagi fahami apa yang anda patut buat, cuba selami perkongsian Mizan Dzai ini untuk lebih baik pulih hubungan yang semakin dingin.
Hubungan Suami Isteri Mula Retak
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.
Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.
Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan lah tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.
Baiki Selagi Boleh Ikut Kemampuan
Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.
Ads
Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.
Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.
Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.
Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.
Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.
Ads
Jangan Fikir Nak Poligami
Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.
Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah lah.
Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.
Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.
Ads
Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.
Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.
Jadi Pasangan Yang Kuat Hadapi Ujian
Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.
Sabar, baik isteri mahupun suami. Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.
Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan kehendak suami pun nak berhenti kerja atau jadi penganggur. Keadaan ekonomi negara yang tak mengizinkan mereka melaksanakan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Tapi hati suami pedih kerana isteri asyik mendengus.
Sebelum kahwin, seorang wanita dah tetapkan ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan suami. Tentu sekali mereka akan mencari pasangan yang ada kedudukan kewangan stabil. Boleh bertanggungjawab menjaga keluarga dari segi kewangan dan urusan rumahtangga.
Tetapi kalau sudah tidak ada rezeki atau ada dugaan yang tidak disangka, isteri kena bertindak dengan lebih rasional. Menyakiti hati suami, mengadu domba dan meminta-minta sesuatu yang suami tidak mampu, hanya akan membuatkan suami lebih kecewa dan putus asa.
Bonda Umirah Taib berkongsi nasihat di laman TikTok tentang peranan seorang isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri dan suami pula mengalami masalah kewangan. Caranya ringkas tetapi perlukan ketabahan seorang isteri.
Tunjukkan yang kita cukup dan bersyukur dengan apa yang suami sediakan
2. Jadi akauntan untuk keluarga. Kawal dan selia semua perbelanjaan. Belanja yang perlu sahaja.
3. Isteri boleh mula mencari pekerjaan sampingan atau kecil-kecilan untuk bantu tampung perbelanjaan keluarga.
4. Dengan adanya kita dalam keadaan tenang dan gembira di samping suami, sudah cukup memberi dia dos kekuatan untuk terus berjuang dan bekerja.
Seorang isteri yang baik adalah isteri yang memberikan ketenangan kepada suaminya. Dari situ, suami akan lebih terbuka dan bersedia memberikan yang terbaik buat isteri dan anak-anak.
Kredit foto: Instagram Intan Najuwa dan Alif Aziz
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita tentu selalu ingin tampil cantik, menarik dan mengesankan di hadapan diri sendiri atau orang lain. Apalagi, jika di hadapan suami, seorang wanita akan berusaha menjadi secantik mungkin.
Agar terlihat cantik, segala perawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki akan dilakukan termasuk perawatan untuk daerah organ intim. Salah satu perawatan untuk daerah intim ini sendiri adalah mencukur rerambut di sekitar organ intim.
Ramai wanita memang memilih untuk mencukur rerambut sekitar organ intim agar penampilan bahagian tersebut akan semakin menarik.
Tidak hanya membuat penampilan makin menarik, mencukur rerambut di sekitar organ intim rupanya juga sangat baik untuk kesihatan organ intim.
Namun sebelum mencukur rerambut di sekitar daerah organ intim, disarankan untuk tidak hanya mencukurnya terus.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Hal tersebut antara lain adalah:
Pencukur Yang Tepat Dan Berfungsi Dengan Baik
Ketika hendak mencukur rerambut di sekitar organ intim, sangat disarankan agar kita memiliki alat cukur yang tepat, berfungsi baik, bersih dan masih tajam. Dr. Heidi Waldrof dari Mount Sinai Hospital New York mengungkapkan bahawa penting untuk memilih alat cukur yang tajam dan bersih. Hal ini agar tidak terjadi iritasi atau melecet saat mencukur. Bukan itu sahaja, pencukur yang tepat dan bersih menghindarkan dari penyebaran bakteria di daerah organ intim.
Gunting Rerambut Sebelum Dicukur
Sebelum mencukur habis rerambut di bahagian organ intim, sangat disarankan agar menggunting rerambut terlebih dahulu. Menggunting rerambut bertujuan agar rerambut yang hendak dicukur lebih mudah dicukur. Semakin pendek rerambut maka semakin mudah untuk dicukur bersih.
Cukur Rerambut Selepas Mandi
Hal selanjutnya yang sangat perlu diperhatikan adalah waktu mencukur. Menurut Dr Heidi, waktu terbaik untuk mencukur rerambut di sekitar organ intim adalah setelah selesai mandi. Kenapa setelah mandi? Menurut Dr Ava Shamban dari UCLA, setelah mandi kulit menjadi lembut. Tidak hanya kulit, rerambut di sekitar organ intim pun juga akan menjadi lebih lembut daripada waktu lainnya. Jika rerambut berada dalam keadaan lembut, mencukur rerambut pun akan semakin selesa dan selamat. Iritasi atau pun melecet juga boleh dihindari.
Gunakan Perapi
Untuk mencegah iritasi atau melecet di sekitar organ intim, disarankan agar memakai sedikit perapi pada rerambut sebelum dicukur. Tujuan memakai perapi ini agar rerambut dan kulit menjadi semakin lembut serta semakin mudah untuk dicukur.
Itulah beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum mencukur rerambut di bahagian organ intim. Selain itu, perkara lain yang sangat perlu diperhatikan adalah perawatan selepas mencukur dan perhatikan celana dalam yang harus digunakan setelah rerambut dicukur. Cukurlah rerambut di sekitar organ intim dengan cara yang baik agar kesihatan mahupun kecantikan organ intim dan sekitarnya selalu terjaga. Semoga informasi ini bermanfaat ya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya pewaris perniagaan barang kemas mewah Habib Jewel, Mirza Meer, kini sah bergelar suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Pevita Pearce, selepas melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan dengan penuh kemeriahan semalam.
Perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian ramai, bukan sahaja kerana status Mirza sebagai pewaris empayar perhiasan ternama, tetapi juga kerana Pevita yang dikenali sebagai antara bintang terkenal di Indonesia.
Dihadiri Keluarga Terdekat
Majlis yang berlangsung dengan kehadiran keluarga serta rakan terdekat itu menjadi detik bersejarah yang menggabungkan dua personaliti dari dunia perniagaan dan hiburan, sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Pewaris Habib Jewel Sah Milik Pevita Pearce
Ramai pengguna media sosial yang ‘patah hati’ kerana pelakon kesayangan mereka, Pevita yang mula mencipta nama di persada seni dengan lakonan memukau dalam pelbagai filem terkenal, termasuk wataknya yang paling dikenang sebagai Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijcksudah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati.
“Pada dasarnya takdir Allah itu selalu baik, walau terkadang perlu airmata untuk menerimanya. Tahniah, Pevita,” kata Ichtiardi.
“Pevita sudah nikah, mari para wanita, kita semua harus mencari pasangan,” komen Venya.
Jodoh yang sudah tertulis, Pesona Pengantin doakan moga hubungan pasangan sejoli ini bahagia hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!