“Apa Habaq Orang Perlis!”..Nampaknya negeri paling hujung di Semenanjung Malaysia kini telah menerima kehadiran kafe Starbucks yang berkonsepkan pandu lalu yang terletak di Kangar, Perlis.
Sejak dibuka secara tidak rasmi pada 24 Disember 2021 yang lalu, tular di media sosial deretan kenderaan beratur di laluan ‘drive thru’ untuk menikmati secawan kopi enak dari Starbucks! Khabarnya kenderaan beratur sejauh beberapa kilometer dari kafe Starbucks! Sungguh menakjubkan!
Pasangan diraja merasmikan pembukaan rasmi Starbucks Perlis.
Lebih istimewa, tanggal 2 Mac 2022 yang lalu, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan merasmikan pembukaan Starbucks pertama Perlis.
IKLAN
Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Jamalullail, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Dato’ Sydney Quays dan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin selepas upacara menandatangani plak perasmian Starbucks Perlis.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Group CEO Berjaya Food Berhad, Dato’ Sydney Quays serta Tunku Laksamana Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin, Raja Muda sekeluarga yang sememangnya dekat di hati rakyat ini turut membawa bersama dua orang puteri baginda iaitu Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis menyaksikan secara dekat demo dan cerita di sebalik kopi bersama Ayesha Dahlan, Coffee Specialist of Starbucks Malaysia.
Keluarga diraja itu mencemar duli beramah mesra dengan kakitangan Starbucks Perlis yang terdiri dari anak tempatan yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni pembuatan kopi.
Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Jamalullail, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin dan Dato’ Sydney Quays, bersama sebahagian kakitangan starbucks Perlis
Pada majlis pelancaran, keluarga diraja berkenan menyaksikan demonstarsi sejarah kopi yang dipersembahkan oleh Ayesha dan Siti di mana keluarga diraja menunjukkan minat yang mendalam terhadap sejarah kopi dan penghasilannya.
IKLAN
Winter beverages
Kesimpulannya, pasangan pengantin yang baharu sahaja menjengah ke alam perkahwinan bolehlah membawa pasangan anda ke sini untuk menikmati keenakan kopi dan hidangan-hidangan lain yang disediakan di Starbucks.Sambil itu boleh mencuba pelbagai menu terbaharu Starbucks antaranya termasuklah Starbucks Poached Pear Pure Matcha Latte dan Starbucks Poached Pear Oolong.
Salted Caramel Frappuccino
Bagi penggemar butterscotch pula, jangan lepaskan peluang menikmati Smoked Butterscotch Latte. Eratkan kasih sayang dengan secawan kopi kerana hidup bagaikan tidak lengkap tanpa secawan kopi!
Buat kali ke-29, sekali lagi Juz Zarith Innovation merancakkan ruang legar Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor dengan penganjuran ekspo perkahwinan dan pelbagai acara pentas sempena “Pameran Pengantin Johor – Gala Seri Pesona Pengantin”. Bertemakan The Glam Wedding acara yang berlangsung dari 7 hingga 16 September 2018 ini menyaksikan penglibatan lebih kurang 55 vendor perkahwinan di sekitar Johor.
Seperti penganjuran yang lepas, pentas utama tidak pernah lekang dengan pebagai aktiviti yang menjadi salah satu tarikan utama pengunjung terutamanya bakal pengantin. Pertandingan yang dikatakan ‘wajib’ diadakan dan ditunggu-tunggu oleh setiap MUA sudah pastinya ialah pertandingan solekan, Pesona Rias Wajah Cantik – The Glam Wedding, selain beberapa pertandingan seperti Pertandingan Pengantin Cilik, Bridal Marathon – Glam Wedding, Bridal Fashion Showcase & Draping show bersama Gulatis Fabrik & Textile dan turut berkolaborasi dengan pihak model agency TNF (The New Faces) dan banyak lagi. Busana Pengantin Fesyen Showcase mengetengahkan Andaman Molly Bridal, MRMS Wedding, Senorita Wedding Planner, Dsani Bridal, Hajaliah Creation, Nill Abaka dan Adli Afandi.
ANUGERAH REBUTAN
Sepanjang 10 hari penganjuran, banyak kategori anugerah telah disediakan untuk menghangatkan lagi kemeriahan aktiviti yang dijalankan. Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Bridal Marathon iaitu anugerah Best Dress, Best Couple, Best Head Accessories, Creative Hand Bouquet, Best Team Presentation, The Best Vendor Appearance. Setiap kategori mempunyai Top 3.
Anugerah yang menjadi rebutan di kalangan vendor perkahwinan sudah tentu Anugerah Pelamin Deco Tercantik yang terdiri daripada dua kategori iaitu Pelamin/Deko 2 booth atau 1 booth. Juara untuk dua booth dimenangi oleh Molly Wedding Planner, naib juara JacobinWhite manakala Nill Abaka menduduki tempat ketiga. Juara Pelamin/Deko untuk 1 booth ialah Nick Barney, naib juara , Moon Wedding Concept dan tempat ketiga ialah Auxiliary Wedding. Pentas utama yang tersergam indah mendapat sentuhan vendor perkahwinan terkenal Dsani Wedding Planner dengan tema The Glam Wedding – Romantic Paris
“Sebagai penganjur, sudah tentu saya mengharapkan di masa akan datang setiap vendor dapat mengeluarkan kreativiti masing-masing yang lebih mencabar. Mereka bukan sahaja dapat bersaing secara sihat, malah secara tidak langsung mereka juga dapat meningkatkan lagi idea-idea baharu dalam persembahan dekorasi dan strategi pemasaran.
“Saya dapati harga pakej yang ditawarkan juga mampu dimiliki oleh bakal pengantin. Nasihat saya kepada vendor, jagalah kualiti dan bukannya mencari kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan mutu dan kualiti yang dipersembahkan. Janganlah menawarkan harga yang murah kepada pelanggan tapi tidak menepati janji kepada pelanggan,” ujar Zuraidah, pemilik Juz Zarith Innovation Event Management
VENDOR LEBIH BERANI
Tercetusnya ekspo perkahwinan sebegini, Zuraidah berharap agar setiap pelanggan dapat memilih perancang perkahwinan dengan bijak agar bakal pengantin dapat merealisasikan impian mahligai bahagia mereka.
“Harapan saya lebih ramai lagi vendor andaman yang akan melibatkan diri dalam promosi seperti ini. Selain mereka dapat dikenali oleh bakal pengantin, promosi ini umpama one stop centre wedding exhibition di mana bakal pengantin boleh mendapatkan pelbagai pakej dari A hingga Z. Sebagai penganjur yang telah lama menganjurkan program seperti ini, pastinya saya ingin melihat adanya kemajuan dalam industri andaman. Jika satu ketika dahulu vendor andaman begitu sukar untuk menyertai pameran pengantin kerana tiada sikap keterbukaan, namun kini mereka sudah lebih terbuka.
“Setelah berjaya meyakinkan mereka, saya lihat adanya kemajuan apabila vendor andaman lebih berani bersaing dengan mengeluarkan modal besar demi mempamerkan kreativiti mereka. Saya ingin melihat vendor andaman mengamalkan sikap budaya saing, jangan mudah berpuas hati dan sentiasalah berusaha mencari idea-idea baharu,” ujar Zuraidah panjang lebar.
Sempena dengan pameran ini, pada hari kemuncak berlangsungnya pertandingan yang dikatakan ‘wajib’ diadakan dan ditunggu-tunggu oleh setiap MUA iaitu Pesona Rias Wajah Cantik – The Glam Wedding. Pertandingan solekan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari MUA . Dengan tema solekan Pengantin cantik – Malar Segar Timeless + bersih +kemas setiap MUA memberi fokus dan menyerlahkan kreativiti mereka terhadap solekan yang ditampilkan. Masa diberikan kepada mereka ialah satu jam 30 minit.
Pertandingan ini diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada mekap artis, Bosco, Pereka Fesyen Adli Afandi, Siti Mariam Editor Pesona Pengantin, Benjamin Victor Ong, The Founder of TNF ( Model Agency) dan Putri Adila wartawan Pesona Pengantin.
Selain memilih pemenang untuk Top 5 turut disediakan Anugerah Busana Tercantik( Top 3), Anugerah The Creative MUA, Anugerah MUA Harapan, Anugerah MUA Favourite, Anugerah Hair-DO Terbaik, Anugerah Hiasan Rambut Terbaik, Anugerah Aksesori Terbaik, Anugerah Hand Bouquet Terbaik, Anugerah Best Presentation by Model dan Anugerah Khas Pilihan Juri. Diumumkan juga pemenang Top 16 dengan menerima hadiah saguhati dari pihak penaja. Juara bagi pertandingan ini ialah Hendra Iqram, Naib Juara Fasha Rahman, tempat ketiga Dwuan Lee, tempat keempat Akiem Costa dan kelima Amie Alisan. Tahniah buat kesemua pemenang.
Juara pertandingan
Masih di lokasi yang sama, penganjuran kali ke-30 bakal diadakan pada 11 hingga 20 Januari 2019 dengan tema The Morocco Wedding Style. Kali ini Juz Zarith Innovation membuatkan kelainan dari segi pertandingan solekan, program-program yang diadakan.
TEKS : Zu Zarith
OP FOTO : TRISNO & CO.
OP Foto : Jepp Fujiwars
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Berjaya Times Square Hotel turut serta memeriahkan bulan Ramadan dengan menghidangkan pelbagai menu buffet Ramadan yang menarik selera pelanggan. Bertemakan Aroma Resipi Ibu, pada bulan Ramadan kali ini Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur membawakan pelbagai resipi istimewa, antaranya :
Paru-Paru Berlada
Pedal Hati Ayam Masak Cili
Tempe
Acar Buah
Acar Rampai
Itik Masak Kari Hijau Thailand
Untuk Ramadan kali ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur turut menghidangkan masakan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan turut disediakan gerai-gerai bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.
Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda
Lempeng Kelapa Pisang Bidara
Pisang Goreng Keju Makmur
Aneka Sup Serantau
Rendang Daging Khatulistiwa
Popia Basah Mahsyur
Kambing Golek Penawar Rindu
Nasi Lemak Lobster Tersohor
Manakala untuk seleksi pencuci mulut pula dihidangkan :
Mango Charlotte
Pandan Chiffon Cheese Cake
Chocolate Brownies
Fruit Plan
Mixed Berry Panna Cotta
Red Velvet Cake
Harga Dan Cara Untuk Membuat Tempahan
Untuk pengetahuan semua, Bazaar Ramadan Buffet BTHKL ini akan bermula pada 8hb Mei 2019 sehingga 2hb Jun 2019 dan bertempat di Big Apple Restaurant yang terletak di aras 14.
Harga untuk buffet Ramadan ini :
Early Bird
Dewasa : RM98 nett
Kanak-kanak : RM48 nett
Minggu Pertama (8hb-12hb Mei 2019)
Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM48 nett
13hb – 28hb Mei 2019
Dewasa : RM128 nett
Kanak-kanak : RM58 nett
Minggu Terakhir (29hb Mei – 2hb Jun 2019)
Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM48 nett
Bagi mereka yang gemarkan Nasi Briyani, pihak BTHKL turut menyediakan ‘Nasi Briyani Take Away’ dengan pilihan Ayam & Kambing. Gerai Nasi Briyani ini terletak di lobi hotel antara pukul 5 petang sehingga 8 malam dengan harga bermula RM10
Berita baik kepada semua usahawan produk ibu & anak, Majalah No.1 keibubapaan akan menganjurkan ekspo fiesta yang dikenali sebagai Pa&Ma Baby Fiesta 2019. Fiesta ini akan berlangsung bermula dari 2,3&4 Ogos 2019 di SACC Shah Alam.
Fiesta anjuran yang mengangkat konsep fiesta dalam expo nyata berbeza daripada penganjuran ekspo lain. Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa dan juga anak-anak kecil.
Tawaran berbaloi Untuk Vendor
Bersempena dengan fiesta ini tawaran yang hebat akan diberikan kepada vendor yang berminat untuk menyertainya. Usahawan pakaian bayi dan kanak-kanak, makanan, barangan kesihatan, dan aksesori anak-anak yang mahu menjadi sebahagian daripada ahli Fiesta Pa&Ma ini dialu-alukan untuk mendaftar segera.
Memang tidak akan rugi kerana tawaran khas dengan nilai yang berbaloi pasti dapat memberikan peluang untuk anda mempromosikan produk kepada pengunjung dengan jangkaan lebih 100,000 orang yang hadir nanti.
Tawaran diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze.
Oleh kerana ini merupakan ekspo yang berbeza sentuhannya berbanding lain kerana turut menerapkan elemen gaya hidup seimbang untuk para ibu yang bakal melahirkan.
Fiesta sarat dengan informasi di samping keseronokan membeli belah menerusi tawaran diskaun sehingga 90%, hadiah-hadiah lucky draw dengan nilai keseluruhan RM18,000, tawaran harga RM1 dan banyak lagi menjanjikan kepuasan sebenar buat para pengunjung.
Ringkasan antara tawaran dan aktiviti menarik :
Hadiah Lucky Draw Bernilai RM18,000 Keseluruhan
Fashion Show Ibu Hamil Anggun
Himpunan Super Hero Junior Party
Pertandingan Baby Merangkak Race
Super Hero Junior Party
Pertandingan Mewarna 4, 5 & 6 Tahun
Demo: Yoga Mama, Penyediaan Makanan Berpantang Ibu & Bayi
Seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Dato’ Dr.Hamid Arshat
Pelancaran Pa&Ma Community
Meet & Greet Hos PA&Ma TV
PERCUMA Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Avisena
Fiesta anjuran yang mengangkat konsep fiesta dalam expo nyata berbeza daripada penganjuran ekspo lain. Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa dan juga anak-anak kecil.
Antara brand yang turut bersama bagi meriahkan Ekspo fiesta ini adalah Tateh, Hospital Avisena & Coway.
Ikuti di Facebook Pa&Ma Baby Fiesta atau layari www.majalahpama.my atau hubungi : 019 675 3057.
Hebat, deko rumah sendiri semata-mata nak bagi kejutan untuk bakal isteri. Ini lebih dari kisah romantik ya, sangat bertuah bakal orang rumahnya.
Deko Rumah Sendiri...