Seorang ibu yang sedang hamil wajib ambil tahu mengenai jenis ubat-ubatan yang boleh diambil sepanjang tempoh kehamilan. Hal ini disebabkan oleh jika tersalah ambil ubat, mungkin akan memberi risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan.Kebanyakan doktor obstetrik dan ginekologi (O&G) melarang sebarang pengambilan ubat-ubatan ketika hamil terutama pada trimester pertama kehamilan kerana pada fasa berkenaan berlakunya proses pembentukan organ-organ penting bagi janin di dalam kandungan.

 

Menurut Facebook Kementerian Kesihatan, janin sangat sensitif terhadap ubat-ubatan, malah pengambilan kebanyakan ubat dalam tempoh berkenaan juga mungkin menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang atau kecacatan janin.

Ibu Hamil Perlu Peka Dalam Pengambilan Ubatan Yang Mampu Mengakibatkan Kecacatan
.

1. Aspirin
Ubat yang digunakan untuk merawat sakit kepala dan migrain yang diambil pada awal kehamilan boleh membawa pada peningkatan risiko keguguran. Penyelidik turut percaya pengambilan aspirin dengan dos yang tinggi mampu memberi kesan pada pertumbuhan bayi dan meningkatkan risiko gangguan pada plasenta.

2. Captopil (Capoten)
Ubat captopil yang digunakan untuk merawat darah tinggi itu mampu menyebabkan kecacatan kongenital utama jika diambil pada trimester pertama.

IKLAN

3. Ponstan
Ubat tahan sakit ini tidak disyorkan pengambilannya ketika kehamilan melainkan dianggap penting oleh doktor yang merawat anda.

4. Prozac
Prozac adalah jenama untuk fluoxetine dan digunakan untuk merawat kemurungan. Ubat ini adalah satu kumpulan antikemurungan yang dipanggil inhibitor serotonin reuptake terpilih (SSRIs) yang mana pengambilannya dikaitkan dengan kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah, tetapi pakar tidak pasti sepenuhnya mengenai perkara itu.

IKLAN

5. Roaccutane
Ubat yang digunakan untuk merawat jerawat itu jika diambil dalam dos yang rendah dan jangka masa pendek boleh menyebabkan risiko kecacatan bayi yang sangat tinggi termasuk ketidakupayaan intelektual, kecacatan jantung, kecacatan otak dan keabnormalan wajah.


Ibu Hamil Perlu Peka Dalam Pengambilan Ubatan Yang Mampu Mengakibatkan Kecacatan
.

6. Tetracycline
Sejenis antibiotik untuk merawat jerawat dan masalah pernafasan. Jika diambil selepas kehamilan empat bulan akan menyebabkan risiko perubahan warna gigi bayi.

IKLAN

7. Thalidomide
Ubat itu digunakan untuk merawat alahan mengandung atau ‘morning sickness’. Seeloknya, guna cara semula jadi untuk mengatasi rasa mual, pening kepala atau alahan ketika hamil.

8. Vitamin A (Dos tinggi)
Dos yang disyorkan ketika mengandung adalah 8,000 IU sehari, justeru pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan risiko kecacatan kelahiran dan keracunan hati.

Jauhi ubat-ubatan yang boleh membahayakan kandungan anda, suami pantau tahap kesihatan isteri hamil setiap hari.

SUMBER : bukanaku.com/

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI