Berbalas kasih memeterai cinta dua hati menjadi satu. Ikatan murni mengikat janji setia hingga ke akhir hayat. Gubahan hantaran kasih menyuntik romantis cinta sebagai saksi saat mempelai dua sejoli bakal disatukan. Dulang hadiah berhias bunga disua berbalut dengan penuh adat.
Aura jelita yang terpancar bersama olesan rona segar daripada palet produk jenama terkenal ini nyata tampak memukau pandangan. Kesegaran yang dirasai membuatkan raut wajah tampak berseri dengan set penjagaan kulit yang berkualiti tinggi.
Ads
Wangian cinta memberi kesegaran yang berpanjangan saat mempelai mengatur langkah ke mahligai cinta. Set perhiasan kemas daripada Swarovski ini mempertaruhkan kelainan dengan rekaan yang minimalis dan moden.
Ads
Aksesori jam tangan yang penuh bergaya dengan rona elegan ini mampu membuatkan penampilan lebih stailo. Pautan cinta lebih bermakna bersama iringan hadiah gajet yang melambangkan ikatan dua jiwa.
Ads
Jiwa seakan-akan mengerti dan hati mula berbicara saat dulang cinta diterima berisikan tas tangan daripada jenama mewah ini. Sepatu rekaan minimalis ini meraikan langkah penuh bermakna ke teratak bahagia untuk menyempurnakan jalinan cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika nak dapur kemas dan tersusun rapi, kena disipilin ajar letak barang ke tempat asal selepas guna. Paling penting, tidak terbiar tanpa dilap dan dicuci.
Inilah konsep yang diguna oleh seorang wanita, Jenn Lee Goldfish. Hasilnya dapur yang berbelas tahun guna pun nampak cantik dan bersih.
Walau sudah 14 tahun tinggal di kediamannya, ramai yang memuji ruang masak beliau tersusun rapi dan menarik. Rupa-rupanya ada cara yang dipraktikkan wanita berkenaan bagi memastikan dapurnya sentiasa dalam keadaan kemas dan tetap berkilat biarpun sering digunakan.
Berikut antara tip yang dikongsikan Goldfish:
-Beliau tidak suka simpan banyak barang atas dapur. Semuanya diletakkan dalam kabinet termasuklah gula, garam, kicap dan minyak masak. Hanya sudu, garfu yang berada di luar, manakala yang lain dilarang untuk berada di atas meja dapur.
“Mungkin ada yang akan cakap ‘Eh! Si Jenn tidak masak di rumah? Suami saya selalu masak. Namun, beliau pun terikut gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja,” jelasnya.
– Kain lap meja jangan letak merata. Beli tuala berharga RM4 di Mr DIY. Selepas lap, keringkan di luar rumah. Elakkan sidai di mana-mana bahagian dapur.
-Elakkan main sumbat sahaja plastik terpakai. Lipat cantik-cantik lalu masukkan dalam satu bekas.
-Anda juga boleh jadikan ia sebagai satu aktiviti keluarga. Ajar anak-anak tolong lipat plastik tersebut.
-Jadikan ia satu rutin terutama mop lantai dan lap dapur memasak sehingga berkilat.
-Pastikan lepas makan terus cuci pinggan mangkuk, tiada orang lain akan tolong cuci. Selepas makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.
-Jika dapur anda lapis mejanya menggunakan tikar getah, pilih yang tiada corak ataupun corak marble supaya dapur kamu nampak selesa dan tidak sesak.
-Elak pilih langsir warna terang di dapur. Sebaiknya, pilih warna putih supaya dapur nampak luas.
Beliau sambil berseloroh berkata, ruang dapurnya tidak dipasang langsir kerana memudahkan beliau untuk melihat pontianak di luar waktu malam.
“Walaupun hidup kami sederhana, hati senang kerana tidak banyak barang berselerak. Rezeki senang masuk dan kami suami isteri jarang berselisih faham.
“Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang-barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang tiga plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more,” ungkap beliau lagi.
Ternyata dapur memang nampak luas, bersih dan tersusun. Barang yang diletakkan di atas dapur pun boleh dihitung dengan jari. Nanti anda pun boleh cuba tip wanita untuk naikkan seri ruang dapur di rumah, barulah semangat nak masak!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain pelamin dihias menawan, penataan dekorasi meja makan untuk para tetamu jemputan di majlis kahwin juga mampu mencuri tumpuan dengan dekorasi bertepatan tema yang dipilih. Ia memberi aura yang mengundang buat tetamu dan mereka merasakan dihargai sekali gus memberi keselesaan sepanjang majlis berlangsung.
Gubahan bunga semestinya memberikan tumpuan ke atas setiap meja. Selain itu dekorasi lain yang melengkapi ialah pilihan pasu kaca dan lilin juga mampu mengindahkan, selain menghadirkan suasana romantis di meja santapan. Seleksi sudu, gelas, pinggan dan mangkuk yang elegan juga menjadi penyeri di meja makan.
Buat anda yang mahukan gaya elegan di meja makan tetamu, 10 idea berikut boleh dipertimbangkan.
Wah…berseri-seri malam berinai Dynas yang berlangsung di kediaman ibunya di Shah Alam malam semalam.
Pagi ni majlis akad nikah telah selamat dilaksanakan dengan baik Alhamdullilah buat Dynas dan Shazrik yang sah bergelar suami isteri pagi ini.
Hantaran tujuh berbalas sembilan dengan jumlah mas kahwin sebanyak RM 10,000 ini sudah memadai bagi Dynas Mokhtar. Harapannya kali ini biarlah kasih sayangnya sehingga akhir hayat.
Sebalik himpunan hantaran ini ada kisah yang cukup istimewa buat Dynas. Salah satu hantaran tersebut cukup menyentuh jiwa Dynas. Set barang kemas itu cukup bermakna dan amat istimewa untuknya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...