Kek perkahwinan yang diselaputi indah hiasan fondant sudah menjadi trend kek perkahwinan masa kini di Malaysia. Namun ada juga pasangan mempelai yang mahukan kelainan dengan mencuba sesuatu yang baru seperti naked cake, marble cake, geode cake dan sebagainya.
Antara kek yang semakin diminati ramai sejak akhir-akhir ini adalah drip cake. Kek ini kebiasaannya lebih popular dijadikan hantaran perkahwinan berbanding untuk acara memotong kek. Pada dasarnya ia adalah sebuah kek di mana bahagian atasnya disiram dengan icing cair, coklat cair dan sebagainya, kemudiannya membentuk lelehan disetiap sisi kek.
Kebiasaannya kek ini terdiri dari beberapa lapisan kek span dan kemudiannya dihiasi topping yang lazat seperti buah-buahan, edible flowers dan manisan seperti macaron dan chocolate bar. Nampak seperti mudah bukan untuk membuatnya sendiri, namun percayalah ianya memerlukan proses yang panjang dan rumit.
Tak kisahlah jenis kek apa yang anda mahukan untuk majlis bersejarah anda nanti, namun apa yang penting sesuaikanlah dengan tema dan lokasi perkahwinan anda bakal berlangsung.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis pernikahan adalah momen terindah antara anda dan pasangan kerana ia menjadi permulaan hidup anda berdua. Terjadi hanya sekali seumur hidup dan sentiasa menjadi ingatan sepanjang hayat.
Ikuti beberapa panduan untuk anda berkenaan majlis akad nikah.
1. Mengikut adat, ketika upacara membatalkan air sembahyang, kebiasaanya lelaki mencium dahi pengantin perempuan. Apakah hukumnya perbuatan itu?
Upacara membatalkan air sembahyang sebenarnya adalah acara adat yang diamalkan sejak dulu kala.
Realitinya, mungkin tidak berlaku pembatalan air sembahyang sebab antara pengantin tersebut tidak mempunyai wudhuk dan kalaulah ada, tiada manfaatnya dibatalkan dengan sengaja.
Yang boleh difahami ialah upacara tersebut sebagai titik mula bagi membuktikan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan kini telah halal untuk bersentuhan. Harus hukumnya kerana tiada nas yang jelas menghalang atau memerintah perlakuan tersebut.
2. Bagi pasangan pengantin yang akan bernikah, pengantin perempuan perlu duduk berdekatan dengan pengantin lelaki agar memudahkan proses pertanyaan soalan oleh pihak kadii. Perlu ke terdapat etika yang betul seperti pengantin perempuan perlu duduk dibahagian kiri atau kanan pengantin lelaki?
Memang sewajarnya pengantin perempuan menyertai pengantin lelaki dan orang ramai terutama tika majlis akad nikah, bukan hanya untuk menjawab soalan tuan kadi tetapi untuk turut sama mendengar khutbah nikah dan takliq bakal diucap oleh si suami.
Etika yang tepat ialah berjauhan daripada pengantin lelaki kerana sebelum akad nikah sah, mereka belum lagi pasangan suami isteri. Memadai turut sama berada di dalam majlis dan mendengar dengan teliti segala yang dilafazkan.
3. Menyarung cincin di jari pengantin lelaki oleh pengantin perempuan juga satu amalan daripada tradisi kaum India.
Bagi menjaga adab, sebaiknya pengantin lelaki melutut dan aturannya, pengantin perempuan perlu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan si suami serta mencium tangan suami sebagai tanda, isteri yang bersedia untuk hidup setia di samping suami.
4. Bersolek sepatutnya hanya untuk menambah seri. Terlalu tebal dan menonjol sebenarnya lebih kepada menarik perhatian dan dalam keadaan diri sebagai pengantin yang bakal menjadi isteri kepada seseorang, hakikatnya seperti memperagakan diri yang sepatutnya hanya milik si suami.
Sebaiknya tidak bersolek keterlaluan. Bukan saja tika majlis malah hari-hari biasa. Ironiknya mereka yang jarang bersolek (sekadar mengenakan bedak nipis dan lipstik) akan nampak lebih berseri. walau hanya dengan solekan nipis. Bila terbiasa menyolek, solekan biasa-biasa memang tak memadai.
Buat para gadis, biasakanlah diri dengan solekan biasa agar detik anda sebagai pengantin menjadi saat sukar dilupa.
5. Gunakanlah kanta lekap yang biasa, bukan berwarna. Ingatlah! Tika akad nikah telah sah bererti setiap dosa isteri akan turut dipikul oleh si suami.
Jika benar sayangkan bakal suami, tampillah sederhana, tidak terlalu menjolok mata. Bukan saja sedap mata memandang tetapi agar ada barakah daripada-Nya untuk perkahwinan anda.
Sumber gambar: Takara sakana photography
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sebuah hubungan, jika dapat melalui dengan tenang fasa susah senang, pasti anda akan berjaya harungi ujian seterusnya.
Dek kerana ujian yang bakal menyinggah tak dapat disangka-sangka, anda kena bersedia dari awal. Begitulah pandangan saudari Zulfah tentang sebuah hubungan suami isteri…
Rupa-rupanya, dalam perkahwinan ada banyak fasa yang perlu setiap pasangan tempuhi. Bersifat dinamik dan tidak statik.
Saat awal kahwin banyak yang manis.
Rasa best.
Rasa happy.
Rasa seronok.
Fasa ini boleh lama sikit jika lambat dapat anak tetapi kebanyakan dalam 1-2 tahun.
Fasa magical thinking.
Fasa idealistic.
Fikir pasal impian, bayangkan bentuk keluarga yang nak dibina. Rancang tentang haluan kerjaya. Plan pasal pendidikan anak-anak dan plan macam macam lagi.
Simpan impian nak jadi suami atau isteri terbaik dan pelbagai lagi. Tetapi impian yag dibina lebih bersifat idealistik berbanding realistik.
Dan yang lebih bersifat idealistik ramainya perempuan lah banding lelaki.
Ini saat fasa power struggle.
Fasa mula banyak bergaduh.
Mula berselisih dan berbeza pendapat. Dan bermula lah fasa kita semakin nampak perbezaan sesama suami-isteri.
Dalam pelbagai perkara. Cara suami lain, cara isteri lain.
Pendapat suami lain.
Pendapat isteri lain.
Kalau ada anak, mungkin berbeza style nak besar dan didik anak-anak. Kalau pasal kerjaya mungkin berbeza dari segi pilihan laluan kerjaya.
Masing masing rasa nak menang atau nak ikut style atau pendapat sendiri. Fasa power struggle ni boleh jadi pencetus konflik bagi sesetengah pasangan.
Saat ini mula masuk fasa konflik yang lebih serius. Contoh kalau isteri sudah lama bersabar dengan sesetengah sifat suami yang negatif. Mungkin masa ini dah rasa tak boleh tahan. Begitu juga sebaliknya bagi pihak suami.
Jika asyik bersabar dengan karenah isteri. Mungkin sampai satu tahap hilang rasa sabar.
Fasa konflik tersebut berterusan dalam hubungan suami isteri hingga masuk fasa transition phase, dam suami-isteri akan semakin tahu kelemahan masing masing.
Apa jadi lepas itu?
Bagi pasangan yang dah tak boleh cari jalan persefahaman, saat ini mereka akan berpisah “Break up”.
Tetapi… bagi pasangan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk improve hubungan mereka selepas fasa break up ini, mereka akan masuk fasa make up.
Masa ini kedua-dua pihak, suami dan isteri akan lebih banyak explore each other. Try to make changes bit by bit. Cuba untuk improve their relationship.
Ada pasangan yang boleh deal sesama mereka.
Ada pasangan yg mungkin perlu bantuan dari orang lain dalam fasa make up ini.
Tetapi yang bestnya, pasangan yang berjaya melalui fasa break up dan make up ni biasanya akan semakin rapat.
Selepas lalui fasa konflik atau badai ini.
Go through fasa break up.
Go through fasa make up.
Dan apabila berjaya capai persefahaman yang baru, akan masuk fasa re-romanticizing phase.
Masa ini relationship rasa more meaningful. Dan sebenarnya masa itulah baru betul-betul boleh kata true love.
The real love.
Masih sayang each other selepas sudah tahu keburukan dan kelemahan each other. Menerima pasangan sebagai diri mereka sendiri. “reality.”
Bukan lagi bersifat “idealistic” atau mengimpikan sesuatu yang bukan real pada pasangan masing masing.
Bagi yang tengah melalui fasa konflik atau fasa yang selalu fikir pasal nak cerai, “break up phase“.
Cubalah cari jalan untuk masuk make up stage. Inshaa Allah nanti Allah tunjuk jalan
Kadang kadang Allah beri kesusahan di pertengahan perkahwinan.
Sebenarnya Allah nak beri rasa yang lebih manis selepas kesusahan itu.
Nota:
Komunikasi dan hubungan ini ialah 2 point berbeza. Ada orang mungkin dapat berkomunikasi dengan baik tapi masih hubungan hati tidak rapat dan erat ada orang mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan baik tapi ada hubungan hati yang kuat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi. Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri. Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan :
1. Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...