Wanita yang miliki saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesonakan saat bergelar raja sehari. Masalah yang sering dialami bagi mereka adalah gaya atau busana paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.
Lima tip atau cara ini membantu wanita plus size agar tampak langsing dan menyerlah di majlis kahwin.
1. Potongan Baju
Pemilihan busana dengan cetusan sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihlah sama ada bukaannya hanya melewati paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Busana akan tampak lebih indah dengan disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda Perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
Ads
2. Fabrik Bercorak
Sekiranya anda memilih fabrik atau busana yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya pilihlah busana bermotif garis-garis vertikal, ini secara tidak langsung menampakkan tubuh gempal lebih tinggi dan ramping. Biasan garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
Ads
3. Aksesori Yang Sesuai
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori, tas dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan agar anda tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yan terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau gunakan kasut dari jenis wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang yang bertubuh gempal.
Ads
4. Pilih Fabrik Yang Betul
Dari segi pemilihan fabrik pula, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat. Elakkan daripada memilih fabrik jenis jersi atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Sesuai Dengan Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih busana bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Sebagaimana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh beragam. Oleh itu, pemilihan busana yang sesuai dan tepat turut menentukan kecantikan dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali kena ambil peduli juga tentang tip perkahwinan untuk baiki hubungan suami isteri, nak-nak kalau sudah bertahun berumah tangga.
Baru-baru ini lalu satu video menerusi portal Keluarga daripada pelakon veteran, Faizal Hussein yang berkongsi tentang layanan sepatutnya pada seorang isteri.
Katanya, “Jangan malu untuk tunjuk kasih sayang pada isteri dekat depan public atau di mana-mana.
“Banyak orang lelaki biasanya kontrol, nak nampak macam macho dan tak hairan pada isterinya.
“Tapi pada saya, kalau saya rasa nak cium isteri depan orang, saya buat je. Tak kisah pun.
“Kemudian hormat menghormati satu sama lain, maam saya tak akan meninggi suara dekat pasangan depan orang. Memang tak akan tinggi suara.”
Pasangan yang pernah bergandingan di dalam drama Sayang Puteri ini telah berkongsi hidup selama hampir 19 tahun.
Dikurniakan sepasang cahaya mata, pasangan ini tidak pernah terpalit dalam sebarang kontroversi atau khabar angin.
Genap lebih 50 tahun berada di dalam industri lakonan, Faizal atau lebih dikenali sebagai Roy ini juga tidak pernah terlibat dalam sebarang gosip liar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari wanita, yang mengandungi cecair sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak dan lendir.
Cyst bukan penyakit tetapi ia selalu dihidapi oleh golongan wanita muda. Selain itu, kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom-simpton tertentu dah hanya diketahui apabila seseorang individu itu melakukan pemeriksaan ultrasound.
Meskipun cyst ini tidak berbahaya, tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payu dara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.
Baru-baru ini, Hariza Azmi berkongsi mengenai cyst dan menasihatkan golongan wanita tidak mengambil atau mengamalkan sebarang makanan tambahan yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketumbuhan cyst.
TIGA tahun lepas, aku operate buang cyst. Selepas setahun, cyst tumbuh balik. So, buat checkup enam bulan sekali. Tupp aku stop pergi checkup, kononnya sihatlah.Okey, petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey, ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan doktor, macam kita sembang dengan kawan.Okey girls, dengar nasihat aku ini. Korang tak nak dengar, terpulanglah. Kalau sayangkan rahim tu, sila baca dan hadam.
Tolong buat checkup sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Jangan kau berani beri alasan, “Alaaa malu laa. Kelau kena dengan doktor lelaki macam mana?”. Aku jawab, “Abah kau! Malu konon.”.
Dah memang realiti doktor OnG ini banyak lelaki, terima sajalah. Aku dari dulu doktor lelaki yang periksa. kau ingat tak malu? Tapi nak buat macam mana? Saya redha sajalah. Nasib tadi doktor perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik bagai hatta ada kelulusan KKM sekalipun. Mudah sungguh orang kita percaya dengan benda itu, entah betul ke tidak. Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger dulu.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Siapa tak nak ada duit lebihkan? Menyimpan duit adalah kewajipan kita dalam dunia moden ni. Kalau ada duit lebih rasa tenang je hati kita. Susah kalau kita tak menyimpan. Kita akan betul-betul rasa pentingnya duit ni betul-betul bila waktu susah nanti.
Sekarang, kita teruskan. Di bawah ini ialah tip-tip untuk menyimpan walaupun anda tak ada banyak duit
Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda. Anda akan mendapati bahawa menghapuskan h utang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.
Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.
Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur. Dah tahu banyak hutang jangan lah anda menambahnya lagi, bukan senang kita nak menyelesaikan hutang.
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat. Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.
Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tersebut tetapi kena ingat cari ilmu dahulu sebelum melabur kalau tak tersontot macam sikit cepat kaya, MLM semua tu.
Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.” Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu. Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.
Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda mungkin akan merasa kecewa. Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan dan setiap tahun.
Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.
Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini. YA. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.
Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.
Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.
KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja. Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.
Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan. Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.
Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain. Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.
Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel. Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.Tak pon, kita boleh rekod dalam buku sahaja supaya setiap duit keluar masuk tersebut kita boleh tahu pergi kemana. Dari situ kita boleh kesan duit keluar berlebihan.
Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai. Berapa banyak bezanya? Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?
Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan. Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.
Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda.
Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli.
7. Kurangkan perbelanjaan anda
Dah rekodkan perbelanjaan anda? Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu. Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak anda).
Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan.Dan yang anda boleh kurangkan.Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.Apa yang penting? Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.
Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.
Cari side income. Dah tahu gaji kecil, cuba lah cari side income seperti meniaga online, sabtu ahad kerja part time, jadi agent dropship atau lain-lain lagi yang boleh tambahkan pendapatan kita.
8. Buat bajet anda sendiri
Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda.Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.
Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.”
Buat sekali budget tahunan, tulis semua tahun tu anda nak beli apa atau segala aktiviti yang mengunakan duit.
9. Berhenti menggunakan kad kredit
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.
Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.
Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu.
Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.Kad kredit tidak semestinya jahat. Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.
Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang. Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.
Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing.Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum. Letak dalam balangnya sendiri.Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.
Pergh, anda mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis. Dan disebabkan itu, anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit.Menyimpan duit warna dalam balang, sebagai contoh warna hijau RM5. Kalau anda dapat sahaja duit RM5 jangan guna terus masuk sahaja dalam tabung tersebut sebagai simpanan anda.
Senang je nak faham kan poin ni?Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi. Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank yang boleh tawarkan dividen yang tinggi.Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank Rakyat.Cuba anda tengok semua pilihan yang ada.
Simpanan harus menjadi keutamaan anda, jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan.Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung anda.
Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap kali gaji yang anda dapat dalam akaun simpanan.Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya)
Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi jutawan adalah mustahil. Tapi bayangkan… sedikit demi sedikit anda menyimpan.Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit itu… mula bertambah.
Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda. Jadikan tabiat menyimpan sebagai hobi anda dan anda akan seronok bila tengok duit makin bertambah dalam simpanan anda.
Tetapi ingat jangan sampai kedekut sampai takut nak bersedekah, sebab sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki kita. Islam pon cakap kalau nak kaya dan banyak duit perbanyakkan bersedekah.
Bila kita sudah ada banyak simpanan, kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya kad perubatan supaya kalau berlaku perkara tidak diingini, kita tidak perlu mengeluarkan dan mengunakan duit simpanan kita tersebut.
Sebagai contoh kalau kita masuk hospital disebabkan patah kaki bermain bola sepak kita, sekurangnya kos pembedahan semua itu lebih kurang RM20,000. Agak- agak senang tak kita nak menyimpan RM20,000 tersebut.
Mesti susahkan, sebab tu saya galakkan yang anda perlu megambil kad perlindung takaful hanya bayar lebih kurang RM80- RM100 sahaja setiap bulan.Ramai golongan orang muflis disebabkan terpaksa membayar bill rawatan hospita dan mengambil personal loan.Akhirnya baru mereka menyesal kalau tahu ambil kad perubatan secepat mungkin. Jadi penting tak kad perubatan tersebut?
Benda-benda hiburan boleh anda enjoy di kemudian hari kerana apabila anda ponteng membuat tabungan, anda akan mendapat masalah pada kemudian hari.Jangan risau kalau tak dapat ikut 100%. Anda boleh cuba lagi nanti.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...