Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Hubungan Ikhlas Beri Kasih Sayang, Dipermudahkan Rezeki Dan Kejayaan Menanti

Ikhlas Beri Kasih Sayang, Dipermudahkan Rezeki Dan Kejayaan Menanti

Ada masa kita bersemangat dan bahagia dengan kejayaan dan pada ketika yang lain kita diuji dengan kesedihan dan kekecewaan kerana kegagalan. Sesungguhnya kegagalan tidak berbahaya. Yang berbahaya adalah apabila berlaku kegagalan, kita semakin bersangka buruk kepada Allah SWT dan menjadikan akhlak kita rosak.

Ingatlah, orang yang sayang Allah sahaja yang akan ada perasaan sayang kepada orang lain. Oleh sebab itu kunci kepada semua masalah ialah kasih sayang. Orang yang tidak ada rasa kasih sayang kepada orang lain tidak akan ada kasih sayang, simpati dan empati kepada orang lain.

Ikhlas Beri Kasih Sayang, Dipermudahkan Rezeki Dan Kejayaan Menanti

 

IKLAN

Binalah kasih sayang terlebih dahulu, jika kita hendak membina masyarakat prihatin. Ingat, tidak usahlah hendak membina masyarakat prihatin, kalau kita tidak berjaya bina hati masyarakat dengan rasa kasih sayang. Tentukan masa bersama-sama anak-anak digunakan oleh ibu bapa secara intraksi positif. Iaitu apa-apa yang dilihat, didengar dan dialami oleh anak-anak secara langsung, apatah lagi dalam situasi yang diulangi akan memberikan kesan besar kepada minda bawah sedar mereka.

Terutama bagi kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun akan menjadi paradigma hidupnya yang masuk ke dalam minda bawah sedar setiap apa yang dilihat, didengar dan dialaminya. Oleh sebab itu ibu bapa yang ada anak dibawah umur tujuh tahun tentukan bahasa digunakan untuk mereka bahasa membina minda, bukan bahasa meracuni minda anak kita.

Tentukan setiap interaksi anak-anak kita itu dengan kata-kata pujian, menyayangi, menghargai, membina minda positif, membina imej positif diri mereka, membuat mereka lebih yakin, menyayangi pada diri mereka. Yang lebih utama setiap apa-apa yang ibu bapa lakukan kepada anak-anak, pastikan membuat mereka berasa sudah cukup bagus dan membuat mereka berasa sangat disayangi. Sebab masalah besar manusia daripada psikologinya, yang menyebabkan akhlak manusia buruk, kasar dan tidak menyenangkan orang selalu berpunca daripada dua sebab utama.

IKLAN

Ikhlas Beri Kasih Sayang, Dipermudahkan Rezeki Dan Kejayaan Menanti

Pertama, daripada pera­saan diri anak-anak bahawa tidak cukup bagus. Kedua, mereka berasa tidak cukup sayangi. Kanak-kanak yang membesar dalam perasaan per­tama, mereka berasa ti­dak cukup bagus membawa kepada berasa rendah diri atau putus asa.

IKLAN

Mereka sedaya upaya akan cuba dan berusaha untuk membukti dan menunjukkan kepada seseorang yang m­engutuk mereka atau du­nia bahawa mereka pun bo­leh capai kejayaan dan me­reka juga seorang yang bagus dan cemerlang, tidak seperti tanggapan orang yang meng­hina mereka.

Pandangan sisi positifnya, dari segi luaran bagus, apa­bila kita berasa miskin dan susah, kita akan berusaha mem­buktikan kita tidak akan hidup susah seperti ibu bapa kita. Tetapi, kena jaga niat, bukan untuk membuktikan kepada orang kehebatan kita mengubah corak hidup, sebaliknya menyedari hakikat bahawa Allah yang mengatur kejayaan hidup.

SUMBER : DR MUHAYA MUHAMAD

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI