Mengerjakan puasa selain menjadi ibadah, ia juga berkaitan dengan kesihatan. Ramai di kalangan kita berat badannya meningkat secara drastik ketika bulan puasa kerana tidak mengawal pemakanan semasa berbuka dan bersahur.
Idealnya puasa memang membantu proses diet yang kita terapkan. Dengan berpuasa anda akan lebih mudah mengatur pemakanan. Di bulan puasa anda cuma makan dua kali sehari iaitu ketika sahur dan berbuka. Berbanding di hari-hari biasa anda makan tiga kali ditambah kudapan di kala waktu santai.
Apakah anda termasuk salah satunya? Jika ye, anda wajib baca tip diet ketika Ramadan seperti berikut.
Ads
Kawal makanan
Makan dua kali sehari bukan bermakna anda makan lebih sedikit dari kebiasaan. Akuilah selepas berbuka anda akan berterusan makan selepas menunaikan solat terawih ? Inilah yang sering membuat berat badan naik.
Usahakan untuk makan sayur, buah dan protein ketika makan. Kurangkan nasi khususnya nasi putih. Kalau mahu, anda boleh mengambil nasi merah. Tidak perlu mengambil terlalu banyak kalori demi menjaga perut, yang penting ia seimbang! Satu lagi, elak makan makanan bergoreng selama bulan Ramadan ini.
Ads
Kekal melakukan senaman
Puasa memang membuat tenaga anda mu tidak sebanyak semasa tidak berpuasa, namun bukan bermakna anda tidak mampu melakukan senaman. Oleh itu , teruskan bersenam sepanjang puasa bagi mengekalkan stamina badan dalam keadaan yang segar dan bertenaga.
Ads
Mungkin anda hanya perlu mengubah jenis senaman yang dilakukan dan waktu melakukannnya. Senaman kardio, di malam hari sekitar satu jam setelah buka puasa itu sudah mencukupi.
Tetap mengambil kudapan
Siapkan buah, sayuran, atau kacang-kacangan untuk jadi snek di waktu-waktu santai setelah berbuka puasa atau ketika menunggu waktu imsak. Jangan lupa berikan masa yang cukup antara makan terakhir anda dengan waktu tidur. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur, anda perlu berhenti mengunyah makanan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Daripada sudut bahasa, mahar bermaksud: “Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab akad nikah. Menurut istilah syarak pula mazhab Syafie telah mendefinisikan mahar dengan maksud: “Mahar adalah suatu yang diwajibkan dengan sebab pernikahan, atau persetubuhan, atau pemerkosaan.”
Soalan
Suami saya telah membelanjakan wang mas kahwin semasa kami kahwin tanpa pengetahuan saya kerana betul betul terdesak. Halalkah dia berbuat demikian?
Jawapan:
Wang mas kahwin yang diberi oleh suami kepada isteri adalah hak milik mutlak isterinya.
Firman ALLAH SWT:
“ Berilah kepada wanita-wanita itu maharnya sebagai pemberian yang wajib.” Surah al-Nisak: 4
Kesimpulannya
Haram bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri tanpa kerelaan dan kebenaran isteri, kerana mahar adalah hak milik isteri yang diisytiharkan ALLAH dalam al-Quran. Harus hukumnya bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri jika dengan kebenaran isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak mudah tapi tidak ramai yang mampu mengungkapnya. Perkataan ‘maaf’ atau ‘sorry’ selalu digunakan bila anda dan pasangan bergaduh atau melakukan kesilapan yang boleh menguris hatinya.
Dalam perkahwinan adalah digalakkan untuk anda dan pasangan berbaik dan sentiasa menyelesaikan masalah anda dengan segera. Jangan terlalu ego kerana ia akan memakan diri. Ini sebab kenapa anda perlu meminta maaf secepat mungkin.
1. Mengalah untuk yang tersayang
Apa salahnya mengalah demi orang yang tersayang bukan? Ini juga telah membuktikan yang anda tidak mementingkan diri sendiri.
2. Dapat menjernihkan hati
Ya, dengan meminta maaf ia boleh menjernihkan hati anda. Tetapi jangan hanya bercakap dimulut malah dihati juga. Buang ego dan dendam anda padanya kerana itu akan lebih menyeksa diri.
3. Meredakan keadaan
Ego dan konflik boleh mulai mereda dengan adanya perkataan maaf yang keluar dari mulut anda dengannya. Luahkan perkataan maaf tepat pada matanya dengan hati yang ikhlas dan anda boleh lihat kesannya.
4. Dapat mengawal ego
Ego juga dapat dihapuskan dengan perkataan maaf. Buang ego anda dan jangan berdendam kerana ia tidak bagus untuk diri. Malah, ego juga mampu mengawal seluruh minda anda jika anda tidak dapat mengawalnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tiba hari bersanding, mesti nak nampak cantik. Tiba-tiba kulit pula berjerawat teruk. Nak kena tutup dengan solekan, silalah beritahu mak andam supaya pastikan makeup itu sesuai, berus bersih dan selamat pada kulit kronik anda.
Jerawat adalah masalah kulit kronik yang biasanya berlaku disebabkan oleh folikel rambut dan kalenjar sebum yang tersumbang atau juga akibat keradangan. Jerawat boleh terbahagi kepada beberapa jenis, dan ia mungkin disertai dengan keradangan kulit atau tanpa melibatkan keradangan atau kedua-duanya. Umumnya mungkin sudah mengetahui bahawa jerawat lazimnya menyerang bahagian muka, namun ia juga boleh berlaku pada bahagian tubuh lain termasuk leher, dada dan belakang tubuh.
Salah satu faktor penyebab utama jerawat ialah Propionibacterium acnes (P.acne), iaitu bakteria yang menggunakan rembesan kelenjar sebum sebagai sumber makanannya. Liang-liang kulit yang tersumbat akibat sel-sel kulit mati dan rembesan minyak berlebihan akan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan P.acne. Malah, keadaan ini menjadi semakin teruk apabila berlaku jangkitan jerawat atau keradangan kulit.
Masalah jerawat mungkin bertambah teruk disebabkan:
Tekanan
Merokok
Penggunaan kosmetik yang menghalang kulit ‘bernafas’
Diet harian daripada makanan berasaskan tenusu dan makanan tinggi indeks glisemik
Tahap kelembapan udara yang tinggi
Kesan sampingan ubat seperti steroid, hormon, antikonvulsan dsbg
Penyakit ovari polisistik
Jenis-jenis jerawat
Jerawat hitam (blackhead) dan jerawat putih (whitehead)
Jerawat hitam muncul sebagai bintik hitam yang dapat dilihat dengan ketara pada permukaan kulit. Manakala jerawat putih bersaiz lebih kecil dan biasanya muncul sebagai benjolan di bawah permukaan kulit.
Papul
Papul juga sering dipanggil sebagai lesi kulit dan boleh dilihat pada permukaan kulit. Ia adalah benjolan kecil yang kebiasaanya berwarna kemerah-merahan dan kadang kala kelihatan berkelompok seperti ruam.
Pustul
Pustul adalah berwarna merah pada bahagian dasarnya dan berisi nanah (benjolan dipenuhi cecair). Ia boleh juga dilihat dengan jelas pada permukaan kulit.
Menurut pakar estetik dan kulit, Diva Aesthetics Clinic, Dr Zahirah Tarmizi, rawatan bagi masalah jerawat adalah bergantung kepada jenisnya. Lazimnya, penggunaan ubat topikal boleh menghilangkannya tetapi kadang-kadang memerlukan juga rawatan lain seperti ubat oral.