
Bila kita menabung setiap hari hasilnya kita akan rasai bila harinya tiba, ditambah pula motivasi untuk membahagiakan orang tersayang ia lebih bermakna untuk dilakukan. Cubalah simpan duit anda, sikit-sikit lama kelamaan ia akan bertambah. Selamat menabung para suami!
.
Allah, saya rasa terkesan sangat bila saya menjadi asbab untuk orang menabung. Ringkas sangat nampaknya untuk kumpul RM3 sehari. Tapi kalau tiada motivasi, tiada yang ingatkan dan tidak dibuat bersama-sama, memang takkan jadi disiplin. Saya tahu ramai yang galakkan menyimpan, melabur ASB, gold bar, unit trust, saham, hartanah dan sebagainya. Memang bagus sangat semua tu. Tapi tak pernah ada orang pimpin dan galakkan menyimpan RM3 sehari untuk beli emas.
Inilah yang saya buat. Merealisasikan benda yang sangat mudah. Jika kita boleh jayakan benda ni, pasti benda yang lebih besar pun kita boleh.
.
Kepada yang baru tahu pasal ni, izinkan saya terangkan dengan ringkas. Pada 18 hari yang lepas, saya mulakan cabaran kepada semua untuk mengumpul RM3 setiap hari selama 180 hari. Ini bertujuan, pada hari yang disasarkan, kami semua akan ada duit yang cukup untuk membeli emas seberat 2 gram paling kurang. Jadi, mulai hari itu, sehinggalah hari ini, saya mengingatkan mengenai tabungan ini, hari yang ke berapa dan jumlah terkumpul minima yang perlu ada. Ini menjadikan orang semakin minat untuk menabung dan termasuklah yang baru pertama kali melihat post “peringatan dan motivasi” saya setiap hari.
.
Hari ini ialah hari ke 19 dari 180 hari sasaran. Sepatutnya semua perlu ada minimum RM57 dalam tabung. Kepada yang baru sertai, anda hanya perlu sediakan RM57 dan tambah RM3 setiap hari mulai esok.
Saya akan ingatkan anda setiap hari. Semoga niat dan cabaran ini mencapai sasarannya. Saya akan bersama-sama anda setiap hari sehingga sampai ke garis penamat. Bila dah sampai sasaran nanti, belilah emas di mana-mana kedai atau orang sekalipun.
.
Kongsikan cabaran ini supaya lebih ramai para isteri dan suami menabung untuk emas dan seterusnya akan menggembirakan hati dan melabur dalam masa yang sama. Seronok sungguh bila tengok ramai yang bersemangat. Ada yang simpan RM5, RM20 dan pelbagai amaun sehari. Memang buat kita bermotivasi.
.
SUMBER : Akhtar Syamir
Flawless Di Hari Bahagia, Nak Raya Pun Boleh Buat

1. Pembersih muka
Untuk pencuci muka sis pilih Cetaphil, takpelah mahal sikit asalkan puas hati. Sebab sebelum ini pernah guna produk tempatan, okay juga tiada masalah, cuma kulit jadi berminyak, tak boleh tahan. Jadi bila jumpa cleanser ini, alhamdulillah sangat sebab memang berkesan. Banyak fungsi tahu? Mahju guna make-up remover boleh, nak jadi pelembab pun boleh.
Tips : Cuci muka 2x sehari. Cuci pada waktu pagi lepas bangun tidur dan pada waktu malam sebelum masuk tidur. Untuk kulit normal boleh guna air suam, lebih cepat serap ke dalam kulit muka.Manakalah untuk kulit berminyak pula, kena cuci guna air suhu bilik, tidak boleh guna air suam tau, kulit muka korang akan jadi lebih cepat berminyak. Jadi sambil cuci itu urut-urut sikit muka, usap menghala ke atas, itu tips awet muda. Pernah jumpa sorang makcik ini, seorang cikgu dan berumur 50-an tetapi muka dia satu kedutan pun tiada.
Dia cakap memang dari muda dia amalkan cuci muka macam itu. Jangan sesekali lurut muka ke bawah kalau tidak mahu kulit berkedut. Lepas dah siap, jangan terus lap muka guna tuala atau apa-apa. Biarkan muka kering sendiri, duduklah di depan kipas kalau mahu kulit cepat kering.Cuci muka penting untuk refresh muka dan hilangkan kotoran yang melekat pada wajah. Barulah kulit boleh bernafas. Kalau tidak bersih, liang roma akan tersumbat dan menghalang pertumbuhan sel-sel baru dan seterusnya mengundang kepada pembentukan pigmentasi. Jadi, poinnya, kalau cuci muka pun malas, balik kerja terus tidur, tidak berdisiplin macam sis suatu ketika dahulu, berangan sajalah nak kulit flawless.
2. Toner
Simple Soothing Facial Toner untuk kulit yang sensitif. Toner ini memang sesuai untuk semua jenis kulit. Best tau, wangi pun wangi. Lepas pakai, terus muka terasa segar.
Tips : Lepas cuci muka tadi, ambil kapas, tuang toner atas kapas, lepas tu usap pada muka. Jangan tinggal begitu saja, picit-picik muka guna jari supaya toner itu menyerap masuk betul-betul ke dalam kulit. Tunggu lebih kurang 2-3 minit kalau mahu letak apa-apa pada muka, letak lepas pakai toner.Toner wajib ada untuk seimbangkan balik pH level kulit kita. Tonerlah yang menutup kembali liang-liang roma terbuka waktu kita cuci muka tadi.
3. Serum
Okay, tidak kisahlah serum apa yang korang guna, tetapi serum ini merupakan serum yang paling magic yang pernah sis cuba. Dia ada dua jenis, lagi satu itu fungsinya sebagai anti-kedut, tetapi sis pilih yang ini, Bio Essence Rose Gold untuk kulit yang bergemerlapan. Setiap hari guna sampai tak perasan sudah nak habis.
Tips : Pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit kita. Pakai serum selepas pakai toner tadi. Kalau siang sis cuci muka+toner+serum dan kemudian baru mekap. Malam ulang langkah yang sama, cleanser+toner+serum pastu tidur.Kena konsisten ye sayang-sayang. Buat hari-harim barulah dapat result yang positif. Serum ini kira macam pengganti krim siang dan malam sebab sis tidak boleh tak pakai krim, nanti berminyak teruk dan naik jerawat. Dulu pertama kali cuba ini sebab ada sorang kakak itu muka dia macam kulit telur walau pun tidak mekap langsung. Dia tidak guna paa-apa jenis skincare tau melainkan serum ini saja.
Cara nak apply, letak sikit pada tapak tangan, sapu dan ratakan ke seluruh wajah, buat urutan muka perlahan-lahan sampai serum meresap masuk ke dalam kulit.Serum ini penting untuk merawat kulit muka kita yang semakin kurang kolagen seiring dengan peningkatan usia. Serum ini menjadikan kulit muka lebih halus dan lembut. Biasanya MUA akan apply serum sebelum mekap orang untuk dapat efek mekap yang lebih flawless. Untuk mekap tahan lama pula, korang boleh cuba sapu ais pada muka sebelum mekap.
4. Scrub
Sis pilih Fresh Skin, St Ives. Sebenarnya dia ada tiga jenis. Pilih ikut masalah kulit masing-masing. Yang green tea itu untuk bersihkan bintik hitam dan putih. Apricot Blemish Control itu untuk kulit berjerawat. Jadi kulit yang ada masalah selain daripada itu, boleh guna Apricot Fresh Skin ni. Setakat ni, alhamdulliah okay tiada masalah.
Tips : Scrub muka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sisi buat selang seli, minggu ini scrub, minggu depan guna masker pula. Kalau rajin dan ada masa buat lah 2x seminggu, tetapi janganlah kerap sangat sebab exfoliate skin memang bagus. Tetapi kalau berlebihan, kulit muka boleh meradang dan jadi nipis. Scrub muka lepas cuci muka guna cleanser, sebelum pakai toner.Scrub digunakan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut dan melicinkan kulit. Orang yang sering bermekap sangat-sangat memerlukan scrub ini untuk mencegah pori-pori muka daripada tersumbat.
5. Masker
Sis hanya guna masker yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi saja seperti yogurt asli, tomato yang dibekukan dan madu.
Tips : Masker ini pakai seminggu sekali sudah okay. Kalau rajin setlah hari, contoh ambil hari Isnin dan Khamis, Isnin scrub, Khamis masker. Jadi setiap minggu, hari Khamis tu bolehlah tukar-tukar. Minggu ini yogurt, minggu depan madu pula. Yogurt tu terus apply gitu saja lepas cuci muka. Biarkan 15 mint dan bilas, mahu campur sikit yogurn dengan soda bikarbonat pun boleh.Selalu berangan kalau ada suami di rumah, apa yang kita sapu pada muka kita, kita sapu sekali pada muka dia. Tomato itu pula sis tonyoh setiap malam pada muka sebelum tidur waktu datang bulan. Kalau hari biasa, mahu jadikan masker, sis campurkan sekali dengan madu dan biarkan 15 minit dan cuci.
Tapi kalau nak apply madu saja atas kulit pun boleh. Sis ada sepupu yang muka dia breakout, dia rawat guna madu je. Hari-hari dia sapu madu pada muka sampai sekarang dah gebu-gebas dah.Kandungan dalam yogurt mampu mencerahkan kulit dan memudarkan parut. Madu itu pula ada 1001 khasiat,a ntaranya termasuklah menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit..keistimewaan tomato pula dapat mengatasi kulit berminyak, melembut dan menyerikan wajah. Masker ini pula umpama seperti rawatan untuk untuk kulit, sama juga macam rambut, kenapa kita kena buat rawatan? Sebab taknak rambut rosak. Jadi macam itu jugalah dengan kulit muka kita ye tuan puan.
6. Agnesia
Jangan terperanjat, korang tahu atau tidak yang bedak ini boleh hilangkan jerawat pasir? Jenis yang tumbuh banyak tapi kecil-kecil itu. Dulu waktu mula-mula pakai tudung, bila buka tudung ada jerawat kecil kat bahagian muka yang tertutup dengan tudung.
Mungkin kulit tidak dapat bernafas, gatal-gatal pulak tu sampailah satu hari gatal tak menahan sis terus letak bedak tu pada bahagian jerawat pasir dan terus tidur. Bila bangun pagi, tengok cermin terus kagum sebab sudah tak gatal lagi.Lepas itu, buat sikit research dan rupanya memang betul pun bedak ini boleh menghilangkan jerawat pasir. Dalam hati cakap kalau tahu dari dulu lagi sis dah buat. Jadi mulai hari itu, setiap malam sebelum tidur memang akan letak bedak ini pada kawasan yang bersamalah. Alhamdulillah berkesan sampai sekarang dan tidak pernah lagi ada jerawat pasir pada muka.
7. Krim jerawat
Yang ini korang kena ada satu. Tidak kisahlah apa jenama sekali pun. Tetapi sis perefer Oxy Acne Pimple Mediciation. Yang ini guna dia kalau korang tumbuh jerawat batu yang besar-besar itu tak memasal. Sapu saja tebal-tebal kat atas jerawat, lepas tu terus tidur. Inshallah esok bangun pagi dah okay.
Tips : Kalau tumbuh jerawat jangan picit, ini cakap dari pengalaman. Memang akan merebak, kecuali jerawat itu sudah sampai tahap 3 di mana bila kita picit sikit saja, terus gunung berapi itu meletus dengan jayanya.Itu korang boleh usik sebab dia takkan tinggalkan parut yang kronik. Tetapi kalau barunak tumbuh, gatal nak picit juga, proses baikpulih kulit akan menjadi lebih lama. Jerawat itu akan meninggalkan kesan hitam yang memakan minggu untuk hilang dan lebih terus boleh tinggalkan lubang pada muka kita. Serupa dengan bintik hitam pada hidung. Jadi, tolonglah jangan picit hari-hari, takut nanti terkopek-kopek kulit di situ.
8. Make-up remover
Ada dua jenis, satu warna pink dan satu lagi warna biru. Sis pilih warna biru, untuk kulit berminyak. Sis guna ini sebelum mencuci muka balik kerja, sebelum tidur. Kalau waktu pagi-pagi mahu cuci muka itu, tidak usahlah.
Cara dia senang je, ambil kapas, tuang sikit lepas itu usap pada muka, maka akan tertanggalkan segala kotoran, minyak dan mekap. Make-up remover ni wajib ada sebab mencuci muka sahaja memangidak cukup bersih. Kalau tak percaya, lepas cuci muka macam biasa, lepas itu ambil tisu basah dan lap skit, mesti ada lagi kesan-kesan minyak dan lain-lain.
9. Vaseline
Vaseline ini semua orang wajib ada. Sis guna ini setiap hari sebagai pelembap bibir dan setiap malam sebelum tidur sapu pada bulu mata atas dan bawah. Hasilnya sekarang bulu mata bawah dah ada dan tumbuh denggan lebatnya. Selain daripada itu, Vaseline ini serbaguna, termasuklah mencerahkan siku dan melembutkan kulit kasar pada tumit kaki.
Jadi tidak perlulah habis beribu-ribu ringgit untuk dapatkan kulit yang bersih. Jangan lupa minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter/jam untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Sumber : Sara Damia via ohmymedia
Blogmazeer
Kenali Pasangan Betul-Betul Barulah Fikir Next Step Untuk Berkahwin

Manusia memerlukan pasangan untuk hidup saling melengkapi. Hadirnya cinta dan perasaan menjadikan hidup seseorang lelaki dan wanita itu sempurna.
Namun, kadang-kala cinta itu bisa menjadikan manusia buta. Bukan buta kerana memandang rupa atau harta tapi buta memandang cinta yang tulus suci.
Kerap kali kita mendengar orang berkata ‘cinta itu buta’ tapi benarkah cinta itu buta?
Atau manusia yang terlalu taksub dengan cinta sehingga perkara buruk yang berlaku di sekeliling pun dikatanya baik sehingga boleh menolak keluarga demi cinta.
Pertama kali berasa nikmat cinta
Cinta sememangnya indah. Penyatuan dua hati menjadi satu antara lelaki dan perempuan menjadikan hidup kita sempurna. Saat pertemuan dengan jantung hati sememangnya tidak dapat dilupakan. Dari mata turun ke hati. Itulah perasaan yang melanda jika baru pertama kali berasa nikmat cinta.
Cinta hadir tanpa diundang dan kita sebagai manusia tidak mampu menolak rasa cinta itu. Lebih-lebih lagi jika itu ialah cinta pertama kita. Mungkin kita berasa cinta itu buta kerana cinta itu tidak mengenal rupa, tidak mengenal harta, tidak mengenal sesiapa. Saat itulah semuanya indah sehinggakan sanggup melarikan diri daripada keluarga demi buah hati tersayang.
Terburu-buru
‘Lautan berapi sanggup ku renangi demi cintaku padamu’. Itulah antara kata-kata manis yang sering diucapkan oleh pasangan ketika saat bercinta. Pada kebiasaannya, kata-kata ini sering diucapkan oleh lelaki. Lantas, si gadis pula pertaruhkan sepenuh kepercayaan pada lelaki tersebut walaupun pada hakikatnya baru beberapa bulan berkenalan.
Sikap terburu-buru itulah yang menjadikan pasangan pada masa kini mudah terpedaya akan kata-kata manis yang diberikan. Saat itulah yang dikatakan cinta itu buta walhal kita sebagai manusia yang buta memandang cinta.
Tidak cukup kenal pasangan
Sesudah mendirikan rumah tangga, barulah kita mengenal sepenuhnya segala tindak-tanduk pasangan. Daripada sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah, semuanya tidak kena di mata dan hati masing-masing. Saat itu, semuanya sudah terlambat kerana ikatan perkahwinan sudah pun dibina.
Mengapa perkara ini boleh berlaku? Semuanya kerana tidak mengenali dengan sepenuhnya diri pasangan. Oleh itu, kenali dan dalamilah sikap pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Sangat penting supaya kita boleh bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan pada masa akan datang.
Kelakar & Suka Bergurau Dengan Suami, Rahsia AMY MASTURA Bahagia Selama 21 Tahun

Lucu, comel dan awet muda itulah Amy Mastura. Pelakon dan penyanyi yang tak pernah ada kontroversi sama ada dari segi karier mahupun kehidupan peribadi.


Ada keluarga yang bahagia, suami yang baik dan anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 50 tahun.


Amy Mastura dan suaminya, Alvin Tham Suffian telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2000. Wah, dah 21 tahun rupanya usia perkahwinan mereka! Cepat betul masa berlalu.
Dua anak mereka iaitu Adriana dan Adalia pun dah bergelar anak dara. Masing-masing kini berusia 20 dan 17 tahun.
Rupanya inilah rahsia kebahagiaan rumahtangga penyanyi lagu Sha Na Na ini.
Sumber Video: Majalah Nona
“Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing.
Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.
Bila kita beri kebaikan Insha-Allah kita akan dapat kebaikan itu semula. Kebahagiaan itu dibina sama-sama antara suami isteri berserta doa.
Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” akhiri Amy Mastura.
Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita untuk menjadi yang terbaik buat keluarga.
Kredit Foto: Instagram Amy Mastura