Baru-baru ini muncul kenyataan daripada isteri kepada penyanyi, Virgoun iaitu Inara Rusli mengakui kemusnahan rumah tangga yang dihadapi berpunca daripada kesalahan dan kesilapan dirinya sendiri.
Inara Rusli Akui Tak Pandai Berhias Punca Virgoun Kurang Berminat Dengannya
Memetik laporan Detik.com, Inara merasakan perbuatan curang suaminya adalah berpunca dari dirinya yang kurang berhias sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.
Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah.
Mungkin itulah yang membuatkan dia (Virgoun) kurang berminat terhadap saya.
Ads
Namun begitu, Inara tampil mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kesibukan menguruskan tiga anak yang masih kecil menjadi punca mengapa dia tidak mempunyai masa untuk berhias buat suaminya itu.
Menyusukan dua orang anak sangat penat, inikan pula nak cari masa untuk berhias.
Ads
Namun, saya tak salahkan dia juga kerana sifat mereka (orang lelaki) memang suka melihat kecantikan.
Ads
Sekadar info, kemelut rumah tangga Virgoun dan Inara menjadi bualan ramai apabila pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu didakwa berlaku curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.
Bukan itu sahaja, Virgoun juga dikatakan pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun, tetap ingkar dan berlaku curang.
Sumber: Detik.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak berkelip tengok rekaan busana pengantin yang dihasilkan pereka fesyen Shanell Harun. Sesuai dengan nama koleksi kapsul baharu ini iaitu Gabrielle 2021, sentuhan Shanell mencipta kelainan dengan membawa pengaruh klasik Inggeris dan menampilkan Uqasha Senrose sebagai muse.
Teringat lagi bila Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di satu acara hiburan baru-baru ini. Uqasha yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi sangat sesuai menggayakan busana karya Shanell yang baharu. Pemilihan busana resepsi dengan gaya moden ini bakal menjadi trend perkahwinan 2021.
Penggunaan fabrik renda Perancis sebagai asas rekaan, minimal dari segi perincian dan dipadankan dengan layah dan set berlian dari Habib Jewels membuatkan bakal pengantin tampil mempesona di hari bahagia.
“I feel honoured menjadi org pertama menyarungkan koleksi mewah dari Shanell Harun. Tobe honest, Sha selesa dgn potongan baju dan setiap perincian yang digunakan,bersesuaian dengan jiwa Sha.” jelas aktres yang bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli ini.
Turut menarik perhatian, aksesori yang digayakan Uqasha semasa sesi
penggambaran itu di taja oleh salah satu jenama berlian dan barang kemas terkenal di
Malaysia, Habib Jewels. Aksesori mewah bertatahkan permata mutiara dan berlian ditempa
khas bernilai lebih 4 juta itu merupakan koleksi yang mambawa simbolik cinta, pengharapan dan keabadian.
Berlian yang sinonim dengan wanita pastinya menjadi lambang suci sebagai tanda cinta menjadikan pemilihan Uqasha sebagai muse dalam koleksi ini adalah keputusan yang tepat kerana dia tampil menggayakan setiap satunya dengan sempurna.
13 tahun melayari bahtera perkahwinan bukannya mudah. Pelbagai pahit manis dalam kehidupan terpaksa dilalui demi mencari kebahagiaan dan mengutuhkan sebuah ‘istana’. Tidak dilahirkan dalam keluarga berada, Mohd Hanaffi bin Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro dan isteri, Nur Afifah Binti Amin melalui fasa bermula dari bawah.
Siapa sangka, kasih yang berpaut sejak di bangku sekolah membawa mereka sehingga ke jenjang pelamin. 22 tahun lamanya perkenalan mereka bukan jangka masa seketika. Jatuh bangun pasangan ini hanya mereka yang tahu. Bak kata Afifah, “makan atau tidak, hanya kita sahaja yang tahu.”
Membuka kembali kisah bagaimana mereka memulakan kehidupan, Afifah sendiri membuat percaturan dan perancangannya telah Allah makbulkan.
“Kami berdua masing-masing dapat tawaran sambung ke tingkatan 6. Ajak lebih dahulu dapat tawaran tu kemudian kami berbincang juga macam mana hala tuju kami seterusnya. Saya berada di kelas aliran Sains dan akademi kami memang berbeza. Tetapi kelebihan Ajak adalah dari segi fizikal. Itu yang kami cuba seimbangkan titik permulaannya.
Bagi saya, tak semestinya kekuatan kita apda akademik, kita terus bagus. Jadi saya memilih untuk meneruskan tingkatan 6 manakala saya cadangkan supaya Ajak bermula dari bawah. By the time saya tamat universiti, sekurang-kurangnya Ajak pun dah ada kerjaya tetap ketika itu. memang saya beritahu Ajak supaya cari sesuatu yang boleh menunjukkan dia ‘jadi orang!”
Apabila kita sudah ada matlamat hidup, selebihnya kita tingkatkan usaha dan berdoa kepada Allah. Memilih untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Ajak menjadikan kerjaya itu sebagaisumber pencariannya untuk mengukuhkan kewangan demi bakal isteri tercinta.
“Masa tu kita dah tahu siapa bakal isteri kita. Tetapi kekangan kewangan membataskan kami untuk terus berkahwin, memang tak ada duit. jadi, bila masuk Navy, sikit demi sikit gaji yang saya terima digunakan untuk beli barang rumah. Beli peti sejuk, mesin basuh, TV, perabut dan macam-macam lagi.
Semua barang-barang tu memang saya ‘simpan’ dulu di kedai. Bila tiba hari kami berkahwin, semua barang-barang tu sampai ke rumah. Rasa macam orang kaya! Walaupun tak lengkap tapi cukup sempurna untuk kami ketika tu. Kata orang, ukur baju di badan sendiri.” Kata Ajak.
Apa nasihat Ajak untuk semua bakal pengantin?
“Abang dah melalui fasa menjadi raja sehari. Habis belanja berbelas ribu untuk majlis perkahwinan dulu. Sekarang ni musim PKP, hanya RM2000 pun dah boleh kahwin. Tak perlu pun berbelanja banyak-banyak.
Kena ingat, duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya adalah duit. Sampai anak dah tiga orang pun tetap bayar loan setiap bulan!” seloroh Ajak.
Betul kata Ajak dan Afifah. Nak kahwin ni sebenarnya memerlukan persediaan dari segi kewangan. Kalau boleh, kukuhkan kedudukan kewangan dulu sebelum ambil keputusan untuk berumahtangga. Yang berkahwin pada musim PKP ni, ambillah peluang untuk berjimat sebaik mungkin!
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya pelakon wanita, Angeline Tan sah bergelar isteri kepada Sabri Yunus selepas tiga tahun merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Pelakon dan pengarah tersohor ini mendedahkan nama Ardini secara spontan mucul dalam fikiran sebaik sahaja isterinya sah melafazkan syahadah pada 26 September lalu.
Menurut Kosmo! Sabri hanya mengambil masa dua hingga tiga minit bagi mendapatkan nama tersebut kerana mahukan nama Islam suri hatinya itu bermula dengan abjad A.
“Ardini itu saya sendiri yang pilih selepas pihak pejabat agama minta kami pilih satu nama untuk didaftarkan. Dalam tempoh dua ke tiga minit sahaja, terlintas nama itu bertepatan dengan maksudnya iaitu isteri yang menyayangi.
“Saya sengaja mencari nama bermula dengan huruf A sebab nama asal isteri saya pun memang Angeline, syukur Allah ilhamkan nama itu dalam fikiran saya.
“Semasa proses Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu di Kelantan pun semuanya dipermudahkan, Alhamdullilah, benda baik Allah akan tolong,” cerita Sabri lagi.
Ditanya mengenai bibit cinta dengan aktres yang juga bekas ratu cantik itu, Sabri berkata, mereka mula intim tiga tahun lalu biarpun sudah berlakon bersama sejak 1992.
“Saya jenis orang yang tak suka berkawan rapat, sekadar suka-suka sahaja. Kalau rapat saya mahu berkahwin terus.
“Saya ada suarakan isi hati, tetapi tak mendesak lebih-lebih lagi memaksanya menukar agama. Perkara ini memerlukan keikhlasan selain perlu diberikan sama untuk berfikir sama ada terima ataupun menolak,” ujarnya.
Mengulas foto isterinya berhijab baru-baru ini, aktor berusia 62 tahun itu menjelaskan Angeline berpenampilan begitu bagi memenuhui tuntutan watak atau menghadiri majlis tertentu.
“Setakat ini, Angeline belum berhijab sepenuhnya. Saya tak mahu paksa. Dalam hal ini, biarlah dia buat dengan hati yang terbuka, atas kehendak hatinya,” kata penghibur serba boleh itu.
Aktor yang terkenal dengan watak Pok Ya Cong Codei itu turut berkongsi, Angeline banyak mendalami dan menghayati Islam melalui video ceramah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerusi platform TikTok dan YouTube.
“Dia memang jenis nak ambil tahu, soal tukar agama bukannya perkara kecil, perlu ada pemahaman yang tinggi dalam mengenal agama. Dia banyak rujuk video Mufti Perlis,” katanya.
Sabri dan Angeline dinikahkan Mohd Asri di Perlis, pagi tadi dengan bersaksikan keluarga dan teman rapat dalam sebuah majlis tertutup.
Menyingkap perkenalan pasangan selebriti itu, mereka pernah bergandingan dalam drama Pak Din KK apabila Angeline menyertai sebuah syarikat produksi cina pada 1992.
Sabri dianggap Angeline sebagai guru pertama memandangkan ketika itu baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan.
Setahun kemudian mereka bergandingan lagi dalam sitkom arahan Othman Hafsham, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sehingga drama pentas itu berakhir sekitar tahun 2000.
Persabatan penggalas watak Wan Ismail Golok serta Lucy terus kekal akrab sehingga terbit bunga-bunga cinta dan seterusnya memateri ikatan sebagai suami isteri.
Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Sumber info: Kosmo!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...