Setiap wanita yang bakal bergelar ratu sehari tentunya ingin tampil cantik di hari bahagia. Bentuk badan yang langsing dan sempurna menjadi idaman setiap wanita agar memberi penampilan lebih sempurna di majlis raikan cinta. Namun diet yang tidak betul mampu memudaratkan keksihatan sekaligus menjadikan diri anda tampak tidak bermaya.
Jom kami kongsikan tip mudah untuk bakal mempelai agar tampil langsing dan anggun di majlis perkahwinan.
Ketahui Target
Bilakah anda patut bermula diet, bergantung kepada sasaran anda. Jika anda ingin menurunkan lima kilogram, anda memerlukan sekurang-kurangnya lima hingga 10 minggu. Sasaran jangka pendek ini relevan bagi yang ingin menghilangkan lemak dan tiada kaitan dengan otot adn tisu tubuh. Menurut jurulatih selebriti Hollywood, Cynthia Conde kadar susut berat badan yang ideal ialah tiga kilogram sebulan. Penurunan berat badan boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam.
Pil Bukan Penyelesaian
Jangan jadikan pil kurus sebagai jalan singkat. Kebiasaannya pil kurus akan memberi kesan kepada sistem nervous. Kandungan kafein di dalam pil kurus pula menyebabkan anda berasa moody dan ‘edgy’, lantas berasa stres dan resah gelisah. Jika masa semakin singkat Cynthia Conde mencadangkan anda mengurangkan pengambilan kalori, tingkatkan pengambilan protein dan elak makanan berlemak. Conde mencadangkan anda mengamalkan diet begini dalam jangka masa dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Jangan Stres
Menguruskan persiapan perkahwinan antara faktor penyumbang stres kepada bakal mempelai. Emosi yang tidak stabil antara punca kegagalan diet kerana ramai yang stres memilih makanan sebagai penawar. Oleh kerana itu anda dinasihatkan memulakan program diet lebih awal, begitu juga dengan persiapan perkahwinan supaya tekanan dapat dikurangkan.
Bersenam
Lakukan senaman ringan sekerap yang mungkin. Sebagai bakal ratu sehari ramai yang gusar untuk melakukan senaman lasak atau berat kerana bimbang memudaratkan kesihatan diri. Senaman ringkas seperti berjalan sejauh tiga batu, atau berjoging sudah memadai. Lakukan dengan kerap supaya bentuk tubuh idaman di hari bahagia menjadi kenyataan.
Jangan Sekat Makanan
Tidak makan bukanlah cara terbaik untuk diet, sebaliknya anda perlu mengurangkan portion makanan bagi setiap sesi. Selain itu, pakar nutrisi turut mencadangkan anda mengambil makanan dalam portion yang sedikit namun kerap. Jika anda skip walaupun satu hidangan tubuh akan menukarkan makanan kepada lemak sebagai sumber tenaga.
Manakala jika anda mengurangkan portion, makanan yang diambil akan dibakar secara berkesan dan lemak akan menjadi sumber utama tenaga. Lebih pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi vitamin dan khasiat yang baik untuk kulit. Sekali gus seri wajah di hari bahagia dapat diserlahkan dari dalam.
Berpuasa
Berpuasa antara amalan yang disunatkan dalam Islam. Semua sedia maklum berpuasa itu banyak hikmah dan kebaikannya. Oleh itu, apa kata anda berpuasa sebagai salah satu proses menurukan berat badan. Namun, awas menu anda pabila berbuka puasa, jangan berlebih-lebihan dan sebaiknya pilih yang berkhasiat sahaja. Tiada istilah reward diri setelah letih dan berlapar sepanjang hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI