Bercinta selepas nikah lebih popular daripada kenal sebelum nikah. Ia tidak salah. Yang salah ialah apabila tidak kenal langsung sebelum nikah. Apabila sudah bernikah dengan si dia dan jika bermasalah kelak, maka semuanya sudah terlambat. Jadi, ada hikmah sebenarnya kita bercinta selepas nikah.
Ramai juga yang memilih untuk bercinta selepas nikah terutama bagi individu yang telah banyak kali dikecewakan oleh pasangan mereka sebelum ini. Tidak dapat dinafikan bahawa bercinta selepas nikah ada kelebihan yang tersendiri. Kami kongsikan 4 kelebihan bercinta selepas nikah.
1. Dapat Kenal Lebih Mendalam
Untuk mengenali seseorang, ia bergantung kepada individu tersebut. Ada orang mungkin memerlukan masa yang lebih lama dan sebahagian yang lain pula tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Apabila kita mempunyai masa dan peluang untuk kenal seseorang itu, kita boleh mengetahui latar belakang si dia dengan lebih mendalam.
2. Melihat Rupa Bakal Pasangan
Apabila kita mengenali bakal pasangan sebelum bernikah, biasanya secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana rupa dan wajah bakal pasangan kita itu. Benar, rupa paras bukanlah jaminan kebahagian rumah tangga. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada sifat yang menginginkan sesuatu yang cantik pada mata kita.
3. Bersedia Lebih Awal
Hikmah yang seterusnya jika kita kenal sebelum nikah adalah kita dapat bersedia. Bersedia di sini bermaksud bersedia untuk menerima segala kekurangan yang diketahui semasa proses taaruf (kenal). Ini adalah untuk mengelakkan kita daripada ‘terkejut’ dan merasa tertipu jika hanya dimaklumkan selepas kahwin.
4. Tiada Rasa Bersalah
‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.
Sumber: baitulmuslim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Obses Nak Putih Sebelum Majlis Kahwin, Sebenarnya Bakal Suami Boleh Terima Awak Seadanyalah
Ramai wanita mahu kelihatan cantik tetapi suka ambil jalan mudah dan sambil lewa sahaja dalam mengetahui kesan sampingan setiap bahan kosmetik yang digunakan. Mari kita ubah sikap dan ambil tahu setiap kesan dan gejala yang akan dihadapi jika mengambil ubat kecantikan tanpa info yang tepat dan lengkap.
Tambahan pula ramai wanita di Malaysia mengidamkan kulit cerah. Tidak hairan produk kosmetik untuk tujuan itu semakin meningkat permintaannya. Fenomena ini semakin berleluasa apabila ramai pengguna, terutama wanita, berani mengambil ubat secara oral atau suntikan untuk mencerahkan kulit selain produk kosmetik.
Antara ubat yang semakin berleluasa dijual secara tidak sah di media sosial dan blog adalah asid Tranexamic. Penjualan ubat ini bertujuan mencerahkan kulit dengan mengambilnya secara oral atau suntikan.
Ubat ini juga dijual secara kombinasi dengan suntikan vitamin C bagi memberi kesan lebih ketara kepada penggunanya. Namun, adakah indikasi sebenar ubat asid Tranexamic untuk memutihkan kulit? Setiap ubat yang didaftar dengan Kementerian Kesihatan adalah dengan indikasi tertentu bersama bukti kajian klinikal. Ubat asid Tranexamic didaftarkan untuk mengawal pendarahan daripada terus berlaku. Ubat ini akan memastikan proses pembekuan darah terus utuh dan pendarahan dapat dielak atau dihentikan.
Oleh itu, ubat ini kerap digunakan doktor dalam situasi pesakit wanita mengalami pendarahan haid tidak berhenti atau pesakit mengalami pendarahan hidung yang berterusan.
Ubat ini juga digunakan untuk mengawal pendarahan ketika dan selepas pembedahan prostat, pendarahan organ yang abnormal seperti di paru-paru dan buah pinggang serta rawatan mengubati gejala seperti eritema, bengkak dan gatal kulit teruk.
Bahaya salah guna ubat cerah kulit
Semua ubat mempunyai kesan sampingan, begitu juga ubat asid Tranexamic. Doktor perlu menimbangkan manfaat dan risiko ubat ini sebelum diberi kepada pesakit.
Antara kesan sampingan umum ubat asid Tranexamic adalah pening kepala, sakit sendi, sakit dan kekejangan otot, saluran hidung tersumbat, sakit perut dan badan lesu.
Kesan sampingan serius dan memerlukan rawatan segera pula adalah kesan alergi (ruam, gatal kulit, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir atau lidah), sakit kaki, bengkak dan sakit seluruh badan, sakit dada, dada berasa ketat dan sukar bernafas, keliru, batuk berdarah, kurang atau susah membuang air kecil, gangguan penglihatan warna dan kabur, rasa kebas pada lengan atau kaki, sawan, pening teruk, pendek pernafasan, muntah dan kelesuan luar biasa.
Ubat asid Tranexamic tidak boleh digunakan jika pesakit mempunyai sejarah alergi terhadap ubat ini, mengalami penyakit tromboembolik, gangguan penglihatan warna, wanita mengalami masalah pendarahan haid tidak teratur, individu mengalami pendarahan otak, darah dalam air kencing atau pendarahan akibat masalah buah pinggang, ibu mengandung dan menyusukan anak serta individu menggunakan ubat kontraseptif estorgen dan progesterone.
Individu mempunyai masalah pembekuan darah atau situasi yang meningkatkan risiko pembekuan darah juga tidak boleh menggunakan ubat ini. Sebagai contoh, pesakit yang ada masalah injap jantung atau degupan jantung.
Ubat asid Tranexamic membantu memberhentikan pendarahan, justeru penggunaannya tanpa pemantauan doktor sangat berbahaya kerana dikhuatiri berlaku tromboembolisme, yang mana gumpalan darah berlaku dalam salur darah dan hanyut bersama aliran darah.
Seterusnya gumpalan darah ini boleh tersumbat pada salur darah penting di otak dan jantung yang menyebabkan berlaku strok dan serangan jantung.
Ubat asid Tranexamic juga menyebabkan pening kepala dan akan bertambah teruk jika diambil bersama alkohol atau ubat lain. Ubat ini juga tidak disyorkan bagi remaja berumur bawah 18 tahun kerana status keselamatan dan keberkesanan ubat ini tidak dapat ditentukan.
Penyalahgunaan ubat ini dilakukan oleh individu tidak bertauliah atau ada ilmu dalam bidang perubatan dan kesihatan. Mereka yang menjual ubat asid Tranexamic biasanya mencadangkan dos penggunaan harian yang tidak betul, malah ada yang mencadangkan ubat ini dibuka daripada kapsulnya dan dicampurkan dalam minuman jus buah atau air untuk disapukan pada muka.
Tindakan seperti ini tidak disyorkan oleh pengilang, malah tiada bukti klinikal menunjukkan tindakan seperti itu lebih berkesan dan boleh mencerahkan kulit.
Rakyat Malaysia harus menjadi pengguna lebih bijak. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan promosi jualan di Internet berkaitan ubat asid Tranexamic untuk mencerahkan kulit.
Sehingga kini tiada data saintifik bahawa ubat ini berkesan untuk mencerahkan kulit. Malah, tidak berbaloi jika dilihat harga jualan ubat ini yang mencecah enam kali ganda harga cadangan jualan runcit oleh pengeluar.
Pengguna dinasihat mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dulu sebelum menggunakan produk asid Tranexamic. Jangan terlalu ghairah ingin memiliki kulit lebih cerah sehingga memperjudikan nyawa akibat serangan jantung atau strok kesan penggunaan ubat ini.
Ubat ini hanya sesuai digunakan oleh pesakit yang mendapat rawatan doktor untuk masalah pendarahan, bukan pecerahan kulit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Sebab Kenapa Kami Gilakan Telefon Pintar 5G Mampu Milik HUAWEI nova 7 SE Ni! Hanya RM1,499!
HUAWEI nova 7 SE, Telefon pintar 5G ni hanya berharga RM1,499 je tau! Jom ketahui kehebatannya dengan Isabel Koh, pengurus jenama HUAWEI nova!
Terfikir apakah gajet terkini sesuai diletakkan pada dulang hantaran untuk si kekasih hati? Bukan sahaja cantik untuk digayakan, gajet ini juga mempunyai rekaan stylish sesuai dengan citarasa anak muda hari ini yang cintakan fesyen juga gaya.
Korang tau tak, telefon pintar 5G HUAWEI nova 7 SE ialah telefon terbaharu HUAWEI yang dijual pada harga serendah RM1,499 je tau! Ni bermakna telefon ini merupakan telefon pintar 5G yang paling mampu milik di Malaysia! Ia bakal menemui korang di pasaran pada 19 Jun ini bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM399.
Kalau korang beli telefon ni mulai 19 Jun, korang boleh nikmati ganjaran berganda seperti berikut:
- Hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256*, termasuk HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage 15GB untuk setahun, nova casing, HUAWEI Video (bawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan, dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000* (*ganjaran berbeza daripada rakan kongsi HUAWEI)
- Hadiah percuma dari HUAWEI AppGallery Carnival 2020 untuk setiap pembelian*
- Sesi Cabutan Bertuah AppGallery Carnival: peluang memenangi Proton X70*
Sementara stok masih ada dan tertakluk pada terma & syarat**
Jadi apa perlu difikirkan lagi? Sebelum memilikinya semua bakal pengantin harus tahu bahawa ada tujuh ciri yang menjadikan Siri HUAWEI nova 7 wajib anda miliki bulan ini.
WARNA ELEGAN DAN ROMANTIK
Tarikan pertama, tentu sekali pesona warna yang bergaya ditampilkan. Bak kata orang, “dari mata turun ke hati”. Apabila anda melihat warnanya yang menarik, tidak mustahil anda akan terpikat dan terdetik untuk memastikan telefon pintar baharu ini berada dalam genggaman.
HUAWEI nova 7 SE hadir dalam pelbagai warna yang dilengkapi dengan laminasi warna. Model Space Silver mempunyai reka bentuk kecerunan tiga warna unik yang dibuat dengan proses maju yang terkemuka di industri, sekali gus memberikan Siri HUAWEI nova 7 baharu kemasan unik yang membolehkan cahaya memancar secara berbeza dari perspektif berbeza.
Warna lain untuk HUAWEI nova 7 SE ini termasuk Crush Green dan Midsummer Purple. Kedua-dua warna ini juga tidak kurang hebat tarikannya. Maka anda perlu tahu warna kegemaran buah hati anda supaya tidak salah beli buatnya nanti.
LEBIH RINGAN
Didatangkan dalam rekaan yang lebih ringan. Ini menepati cita rasa pada masa kini yang mana ciri telefon ringan dan nipis, sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana senang dibawa ke mana-mana.
Siri HUAWEI nova 7 yang baharu menampilkan reka bentuk yang berpusatkan minimalis untuk kedua-dua perisian dan perkakasan.
Jadi, ia bukan sahaja membolehkan prestasi yang unggul tetapi juga mengurangkan ruang dimilikinya oleh pemproses dan menghasilkan ukuran motherboard lebih kecil, serta lebih ringan dan badan telefon pintar yang nipis.
KAMERA TERBAIK
Hebatnya telefon ini ia mempunyai 64MP AI Quad Kamera, wow, ia sangat menepati citarasa anda yang mahu sebuah telefon pintar dengan kualiti kamera terbaik Disokong oleh pemproses Kirin 820 yang kuat dan keupayaan AI yang kuat, membolehkan fotografi dihasilkan dalam definisi tinggi berkualiti tinggi.
Begitu juga untuk gambar malam, ia memberikan hasil menakjubkan dan kualiti video 4K yang luar biasa. Turut dilengkapi dengan kamera depan 16MP yang menggunakan apertur f / 2.0 yang besar dengan ukuran piksel 1.0 um, sehingga dapat menangkap lebih banyak cahaya dan perincian dalam gambar swafoto.
Kamera depan juga menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk rakaman swafoto cahaya rendah. Kebisingan dikendalikan dengan algoritma BM3D, sementara itu perincian ditingkatkan dengan menyusun beberapa bingkai RAW bersama-sama. Hanya memerlukan dua saat untuk kamera menghasilkan potret diri yang benar-benar menarik.
MOD DUAL KAMERA YANG HEBAT
Telefon pintar ini turut mempunyai Mod Video Paparan Dwi. Siri HUAWEI nova 7 baharu ini menyokong Dual-View Video Mode yang memanfaatkan sepenuhnya kamera depan dan belakang untuk merakam momen di kedua-dua belah pihak. Kamera belakang menyertakan lensa makro untuk pengambilan gambar jarak dekat, yang membolehkan pengguna merakam detik indah dalam kehidupan seharian.
BATERI LEBIH TAHAN LAMA
Kelebihan lain, ia dilengkapi dengan bateri 4000mAh yang besar dan HUAWEI SuperCharge 40W. Ini membolehkan Siri HUAWEI nova 7 yang baharu dicas 70% dalam masa setengah jam.
TELEFON PINTAR 5G PALING BERBALOI
Jangan tidak tahu, peranti ini adalah telefon pintar 5G paling mampu di Malaysia untuk dimiliki. Di samping itu, ia turut menjadi telefon pintar jarak jauh pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi 5G.
Barangkali, ada yang tertanya-tanya berapa banyak wang yang perlu dikeluarkan dari dalam poket mereka untuk memilikinya.
Jangan risau! Walaupun dengan kemasan yang menarik, pengalaman fotografi dan video berkualiti premium dan prestasi yang luar biasa, Siri HUAWEI nova 7 yang baharu akan dilancarkan pada harga RM2,000 ke bawah.
MEETIME BERSAMA HUAWEI
Satu lagi keistimewaan telefon pintar baharu ini, sudah semestinya HUAWEI Share dan MeeTime yang terdapat padanya.
Siri HUAWEI nova 7 diprapasang dengan MeeTime untuk menyokong panggilan video FHD 1080p dengan antara peranti HUAWEI lain.
Melalui MeeTime, anda boleh membuat panggilan telefon dari peranti HUAWEI ke HUAWEI dengan menggunakan sambungan Internet sahaja.
HUAWEI Share pula, ciri perkongsian fail, pengguna dapat menggunakan kaedah menyeret fail antara peranti dengan lancar untuk memastikan kemudahan yang optimum.
HUAWEI FreeBuds 3i
HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan HUAWEI nova 7 dan berharga RM399 je.
HUAWEI AppGallery
Mengenai HUAWEI AppGallery yang ada Siri HUAWEI nova 7, tidak boleh dihebahkan lagi kerana ramai sudah tahu ia mempunyai kelebihan tersendiri, malah sebilangan besar aplikasi yang sering digunakan di Malaysia, tersedia di AppGallery ini.
Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI AppGallery:
Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery, layari https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/
Sertai HUAWEI AppGallery Carnival!
HUAWEI AppGallery Carnival kini kembali! Dari 19 hingga 30 Jun ini, korang berpeluang merebut pelbagai tawaran dan memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2juta! Terdapat di semua HUAWEI Experience Stores (HES), antara hadiah yang menanti ialah Proton X70 dan 500 buah skuter elektrik.
Kalau korang tak sabar nak tunggu hingga 19 Jun, jom singgah di Huawei Store untuk dapatkan baucar bernilai sehingga RM160. Apa tunggu lagi?
Nikmati ganjaran menarik dengan Member Centre Rewards
Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, korang boleh dapatkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih daripada RM1,000! Antara rakan kongsi yang menawarkan ganjaran yang ada termasuklah AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan banyak lagi!
Kami juga tawarkan ganjaran, Baucar Diamond Royale untuk penggemar permainan video!
Cara untuk menebus ganjaran:
- Buka HUAWEI AppGallery > pilih ‘Gift’ > tebus hadiah Free Rire ‘Diomond Royale’ > salin kod
- Layari https://reward.ff.garena.com > log in akaun Free Fire anda > masukkan kod penebusan > klik ‘Confirm’
Jom singgah di HUAWEI Store atau HES yang terdekat sekarang!
Jom singgah di Huawei Store atau Huawei Experience Stores (HES) yang terdekat sekarang untuk ketahui lebih lanjut tentang nova 7 SE. Yang lagi best, HUAWEI juga menawarkan installment plan yang bermula dari RM5.20 sehari bagi mengurangkan beban korang
Dengan kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki Siri HUAWEI nova 7 tentu ada yang tidak sabar untuk memilikinya.
Bagi yang ingin tahu maklumat lebih lanjut boleh layari sini.
Anda juga boleh kunjungi mana-mana HUAWEI Store yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai Siri HUAWEI nova 7 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Untuk informasi selanjutnya, sila klik sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alasan Kenapa Suami Suka Tengok Isteri Tanpa Mekap
Wanita dan mekap sukar untuk dipisahkan. Lumrah seorang wanita untuk sentiasa kelihatan cantik lebih-lebih lagi di hadapan suami. Tidak menjadi kesalahan untuk menjaga penampilan diri, tapi haruslah berpada-pada dan tidak berlebihan.
Bagi lelaki yang bergelar suami, ada segelintir antara mereka yang lebih suka melihat si isteri tanpa secalit mekap. Mereka lebih yakin kecantikan semulajadi wanita lebih menyerlah tanpa mengenakan sebarang mekap. Namun adakah anda di luar sana tahu sebab mengapa suami lebih suka lihat isterinta tanpa memakai mekap?
Jom kita lihat senarai di bawah.
1. TIDAK SUKA WANITA TERLALU OBSESI DENGAN KECANTIKAN
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum suami tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.
2. SUKA WANITA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.
3. TIDAK SUKA MENUNGGU
Setiap kali anda ingin keluar bersama, pasti si suami harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
4. SUKA MEILHAT ANDA KETIKA BANGUN TIDUR
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan si suami menganggap rupa paras isteri yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur sehinga dibuai mimpi indah.
5. CANTIK LUARAN TIDAK PENTING
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan dan selepas mendirikan rumah tangga, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.
6. TIDAK SUKA MEMBAZIR
Alat solekan juga memerlukan kos yang tinggi untuk membelinya. Sikap isteri yang suka akan mekap pasti akan membeli alat solekan untuk dipakai dan dijadikan koleksi peribadi. Hal ini boleh menyebabkan si isteri menjadi boros dan sukar untuk mengawal perbelanjaan. Pada pendapat suami, lebih baik wang tersebut dibelanjakan pada perkara yang lebih penting berbanding alat solekan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI