Di sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah perumpamaannya untuk hubungan yang tidak sempat sampai ke jenjang pelamin. Nak bangun dari kesedihan memang bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila bekas kekasih sudah lama ‘bersarang’ di hati anda.
Tapi, takkan selamanya nak tenggelam dengan air mata? Takkan selamanya anda tidak mahu mengubat hati yang kecewa itu? Bangkit dengan penuh semangat dan lakukan ini unutk ringankan ‘bebas’ kekecewaanmu.
Langkah Pertama
Cuba berikan respons secara kreatif tentang krisis emosional yang dialami untuk mengubati luka di hati anda itu. Jangan terus menyorok dalam menghadapi masalah. Sebaliknya, mulakan membuat perancangan untuk mengubah situasi.
Ads
Biarpun luka akibat cinta tak kesampaian ini amat parah, namun, pastikan anda mempunyai ‘deadline’ untuk mengakhiri cerita duka anda itu. Anda juga boleh menghubungi teman karib anda dan curahkan segala rasamarahdan sakit hati itu hingga ke ungkapan yang paling kotor. Teruskan meluahkannya, walaupun sehingga teman karib anda itu naik muak. Jangan pedulikannya, kerana semakin banyak anda melahirkan rasa benci dan sakit hati tersebut maka sedikit demi sedikit luka di hati anda itu akan beransur hilang.
Langkah Kedua
Langkah kedua, agak berat. Namun, pada hari ini anda tidak perlu lagi menghubungi teman karib itu. Sebaliknya, kembali mengungkapkan kemarahan, kebencian serta kesedihan anda itu kepada sahabat yang lain pula. Lupakan segala rasa yang berbaur itu dengan lebih ekspresif supaya luka di hati anda akan menjadi lebih ringan tanpa anda sedari.
Langkah Ketiga
Ads
Segala sedu sedan anda mungkin mulai hilang, dan anda hanya perlu berfikir tentang keburukan si dia sahaja. Pada hari ini juga, buangkanlah segala kenangan yang masih bersisa di lubuk hati anda. Anggap sahaja bekas kekasih anda itu tidak guna, dan hanya layak dipanggil ‘sampah’!
Langkah Keempat
Susun jadual untuk menuju masa depan yang lebih baik biarpun tanpa kehadiran si dia dalam hidup anda. Buktikan tanpa insan dipanggil lelaki atau kekasih, anda masih lagi boleh menikmati hidup dan mampu berjaya dalam karier, malah jauh lebih baik! Rencanakan masa depan anda dengan matang mulai hari ini!
Ads
Langkah Kelima
Ingat dan pastikan hari ini adalah hari terakhir anda menderita akibat cinta tak kesampaian. Jadi, jadikanlah hari ini sebagai ‘deadline’ untuk memikirkan bahawa pada saat ini si dia begitu asyik memadu cinta dengan kekasih barunya, sehingga membuat kebencian itu menyelubungi seluruh hati anda. Biarkan ia tetap seperti itu, kerana suatu hari nanti rasa benci itu akan luntur dengan sendirinya, namun pada saat yang tepat, saat anda sudah tidak memikirkannya kembali.
Langkah Keenam
Menjadi wanita baru, yang lebih cantik, bersemangat, berkeyakinan dan tidak prejudis, dengan meminta pertolongan daripada teman-teman untuk memperkenalkan anda kepada kenalan-kenalan lelakinya. Siapa tahu anda akan bertemu dengan lelaki yang jauh lebih hebat dan bertanggungjawab jika dibandingkan dengan kekasih lama anda dulu.
sumber : Wom.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan dan solekan memang tak boleh dipisahkan. Lumrah sifat seorang wanita iaitu suka melawa. Itu adalah normal dan perkara biasa dalam masyarakat. Mungkin dengan adanya solekan dimuka akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan anggun.
Namun, ada juga yang tidak suka solekan dimuka kerana mereka rimas atau mungkin sebab sudah terbiasa tiada apa-apa dimuka. Bagi mereka ini lebih suka kan ‘naturalbeauty‘. Wah, tapi tak salah pun kalau tak solek. Terpulang kepada individu itu sendiri.
1) Dapat menjaga kulit wajah
Mereka ini memilih untuk tidak bersolek kerana mementingkan kesihatan kulit wajah. Ini kerana sesetengah alat solekan mampu memberi kesan negatif kepada kulit wajah seperti berminyak, berjerawat dan banyak lagi.
2) Keyakinan diri tinggi
Bukan hanya persoalan rupa paras, tapi juga mereka ini lebih berkeyakinan dengan wajah sendiri. Mereka lebih berasa selesa dan suka menjadi diri sendiri.
3)Lebih yakin dengan kecantikkan semulajadi
Bagi mereka yang suka keluar rumah tanpa solekkan sudah pasti sangat yakin dengan diri sendiri kan! Tidak seperti mereka yang sering mengenakan solekan, mereka tidak yakin untuk keluar berjumpa dengan ramai orang.
4) Jimat duit
Suami mesti suka yang ini, tak perlu berhabis duit terlalu banyak untuk penuhi permintaan mereka. Kerana mereka ini tidak meminta. Jadi, boleh lah simpan duit untuk kegunaan lain.
5) Solat tanpa perlu cuci muka
Ya betul. Nak pergi mana-mana senang. Masuk waktu solat, terus ambil air sembahyang dan solat. Lepastu pakai tudung. Tak perlu nak tampal lagi make up tu. Buang masa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda sudah mempunyai keputusan untuk berkahwin itu bermakna anda sudah bersedia untuk menempuh kehidupan anda bersama pasangan.
Tidak hanya itu, anda bukan sahaja dengan pasangan, malah anda juga berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.
Bagi wanita sudah pasti memikat hati mentua bukanlah semudah yang anda sangkakan. Terutama sekali hati ibu pasangan anda. Ia menjadi lebih rumit apabila pasangan anda merupakan anak tunggal/sulung.
Anda tidak perlu risau, apa yang perlu anda lakukan hanyalah persediaan dari segi mental dan juga fizikal. Banyak cara sebenarnya nak pikat hati mak mentua ini yang anda boleh cuba.
1. Kenal keluarga terlebih dahulu
Jika anda dan pasangan sudah lama mengenali inilah masanya untuk anda berjumpa dengan ahli keluarganya. Cukuplah sekadar pengenalan diri yang ringkas terlebih dahulu supaya mereka tahu latar belakang anda.
2. Berpakaian kemas dan sopan
‘First impression’ itu sangat penting lebih-lebih lagi bila anda bertemu mentua anda. Pakaian melambangkan peribadi seseorang oleh itu pakailah pakaian yang kemas dan sedap mata memandang.
3. Komunikasi dengan mentua
Ya, komunikasi itu sangat penting. Kalau anda bukanlah jenis yang kuat bercakap cari topik yang mampu merancakkan perbualan anda dengannya. Supaya adanya komunikasi yang baik.
4. Bawa buah tangan
Cukuplah hanya sekadar buah-buahan atau kuih-muih supaya mereka rasa dihargai. Tak perlu beli barang yang mahal-mahal untuk pikat mereka. Apa yang penting adalah anda ikhlas.
5. Ringan tulang
Tolong-menolong lebih bagus daripada melihat semata. Ini adalah kualiti penting yang paling dicari oleh mentua tidak kira perempuan atau lelaki. Tawarkan sesuatu yang boleh anda tolong seperti membasuh pinggan atau mengemas.
6. Hormat tempat tinggal mereka
Jika pasangan anda berasal dari kampung, janganlah pulak anda memandang rendah dengan bandar mereka. Bila di rumah pula jangan sibuk mengadu panaslah atau tunjuk muka tidak suka anda.
7. Jangan bergaduh depan mentua
Perkara sebgini boleh memberi gambaran buruk sikap anda terhadap anak mereka. Sekali gus akan menimbulkan rasa marah mentua kepada anda. Lebih elok jika anda selesaikan masalah anda dan pasangan di tempat lain.
8. Ikhlas
Tidak kira dalam mana-mana perkara sekali pun niat itu paling penting. Jika niat anda ikhlas dan terima seadanya, in shaa allah anda pasti akan diredhai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak nampak posture badan cantik bila pakai baju pengntin, anda kena betulkan pemakaian baju dalam dulu.
Jika tidak, pasti akan nampak kurang berseri bila tubuh badan pengantin kelihatan sedikit bongkok atau ‘tidak ngam’ di bahagian tertentu.
Tip Nak Nampak Posture Badan Cantik
Berkongsi tip untuk bakal pengantin perempuan, personal shopper Caca berkata, pemilihan baju dalam atau bra adalah perkara penting bagi menambahkan keyakinan pada hari bahagia.
“Siapa yang nak majlis pernikahan dan sanding dengan posture badan cantik, kenalah pandai pilih bra ya.
“Terutama mereka yang menggunakan saiz B dan C,” katanya ringkas.
Ini tiga perkara utama perlu bakal pengantin perempuan tahu untuk mendapatkan bra yang bersesuaian.
1. Pilih seamless bra
Kebanyakan busana pengantin mengikut ukuran badan si pemakai.
Oleh itu, anda perlu mengenakan bra yang seamless supaya bahagian belakang baju tidak kelihatan terbojol, kesan jahitan bra.
2. Pastikan bahagian tepi bra lebih lebar
Baju dalam yang mempunyai tiga hingga empat cangkuk sememangnya bahagian tepinya lebih lebar.
Pemakaian bra jenis ini membolehkan lebihan lemak di dada ditutup rapi sekali gus menutup ‘kekurangan’ pada tubuh si pemakai.
3. Penggunaan bra push-up sangat digalakkan
Mereka yang mengenakan saiz B dan C sering mengalami masalah payudara kendur atau ‘jatuh’.
Bagi memastikan penampilan dan keselesaan pada hari bahagia tidak terganggu, bakal pengantin digalakkan untuk mengenakan bra jenis push-up.
Hasilnya bukan sahaja posture badan kelihatan cantik, tetapi anda juga akan berasa lebih yakin untuk bersanding dan berjalan di aisle nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!