Ini Fasa Terbesar Janna Nick, Sebak Tengok Dia Peluk Atoknya
Pasangan sama cantik sama padan dinikahkan oleh bapa Janna, Muner bin Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.
Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut.
Antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Ads
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Berlangsung majlis doa selamat dan bacaan Yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai.
Mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Dini juga teruja untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu sebagai seorang suami dan mengharapkan agar setiap langkah mereka melayari bahtera perkahwinan diberkati.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
Ads
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” katanya.
Rasa Risau Bila Bertukar Status
Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.
Ads
“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya yang sepakat memilih lokasi berbulan madu pertama mereka di Koh Lipe, Thailand.
Bercakap tentang kerjaya seni dan soal perancangan zuriat, Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja-kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.
“Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” kongsinya lagi.
Seronok Pesona Pengantin melihat kebahagiaan Janna Nick di hari persandingannya, moga terus bahagia hingga ke anak cucu bersama suami.
Hadis menjadi sumber penting dalam Islam berdasarkan peranan dan pengaruh besar selepas al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW. Kesilapan dalam memahami nas ataupun teks hadis akan mengundang kekeliruan dalam kefahaman syariat Islam.
Dalam masyarakat kita mungkin anda pernah mendengar tentang hadis berikut; Rasulullah SAW bersabda: “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.” HR Anas bin Malik Jazakallah.
Hadis yang menyebutkan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah tidak dijumpai teks asalnya dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar.
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki” Riwayat Ibn Hibban
Bahkan, isteri yang solehah dapat menggembirakan suaminya kerana jika si suami melihatnya maka akan menyenangkan hatinya. Hal ini sebagaimana yang disebutkan di dalam suatu hadis, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” Riwayat Abu Daud (1664)
Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:
Maksudnya: Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan akan dipertanggungjawabkan atas urusan rumah tangganya. Riwayat al-Bukhari (893)
Namun, hadis yang menyebutkan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah tidak dijumpai teks asalnya dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar.
KESIMPULAN:
Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak dijumpai teks hadis yang menceritakan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah sebagaimana yang tersebar dalam kalangan masyarakat. Wallahua’lam.
Mainan lato-lato kini menjadi trend dan digemari oleh semua peringkat umur. Bagaimanapun, permainan berbentuk bola yang diperbuat daripada plastik polimer ini menghasilkan bunyi yang agak bising.
Tidak hairanlah bunyi lato-lato menimbulkan kontroversi kerana membuatkan orang ramai berasa terganggu.
Buktinya, seorang jurunikah di Indonesia terpaksa meminta tetamu yang bermain lato-lato dalam satu majlis akad nikah agar berhenti bermain kerana bunyinya mengganggu perjalanan upacara itu.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, jurunikah tersebut ingin memulakan majlis akad nikah sepasang pengantin.
Melalui video yang dimuat naik oleh akaun @bokerrkerbokerr_19, kelihatan seorang jurunikah sedang bersiap sedia untuk menikahkan pasangan pengantin. Video itu kemudiannya dimuat naik semula oleh akaun Instagram video_medsos
Dalam video tersebut, pasangan pengantin sudah bersedia untuk acara akad nikah. Penghulu dan saksi sudah berada di hadapan pasangan pengantin. Apabila membaca persetujuan yang diberikan, tiba-tiba jurunikah menghentikan kata-katanya kerana terganggu dengan bunyi lato-lato yang kuat.
Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato, diam… Lato-lato, diam. Saya ulangi, wahai Sutriono bin Taman, saya nikahkan dan kahwinkan…
Sebaik saja teguran dengan nada tegas dibuat menerusi mikrofon, bunyi lato-lato yang mengganggu majlis tersebut akhirnya senyap dan jurunikah segera meneruskan upacara tersebut dengan lancar.
Tindakan jurunikah yang berani menegur individu berkenaan secara terbuka demi kelancaran majlis akad nikah dipuji.
Bukan setakat orang dewasa sahaja yang perlu tahu tentang adab dan sopan jika berada dalam majlis orang lain, kanak-kanak juga perlu diajar tentang soal adab terutama apabila berada dalam majlis.
Tidak kurang juga yang mengatakan ketaksuban seseorang terhadap permainan lato-lato perlu dikawal agar perkara begini tidak berulang lagi.
Muat naik video tersebut telah mendapat 63.3 ribu tontonan. Berikut antara komen-komen warga maya:
“Anak-anak pun kena tahu adab bila berada di majlis orang lain. Yang penting ibu bapa ajar anak-anak beradab.”
“Saya baru pergi mall, ada budak bawak lato-lato, ya ampun.”
“Saya paling benci dengan bunyi lato-lato.”
“Bunyi lato-lato memang sangat menggangu.”
“Bunyi lato-lato ini buat terngiang-ngiang di telinga.”
Mencari barang hantaran buat yang tersayang menjadi perkara penting dalam checklist bakal pengantin. Apa kata hadiahkan barang kemas dengan reka bentuk yang unik dan berseni seperti jenama Stephen Webster. Jenama barang kemas eksklusif, Stephen Webster yang beroperasi di London kini di Malaysia.
Terkenal dengan potongan dan rekabentuk yang unik Stephen Webster berkolaborasi bersama Habib Jewel. Berpengalaman luas iaitu 40 tahun di arena ini dengan koleksi yang telah mendapat tempat di seluruh dunia “Fly by night” “Lady Stardust’ “Thorn” “Love Me Love Me Not” “I Promise You” dengan inspirasi dari muzik, fesyen dan seni oleh Stephen Webster sendiri.
Antara barisan artis antarabangsa yang telah menggunakan rekaan Stephen Webster adalah Elizabeth Taylor 1989 dan selebriti Hollywood seperti Madonna, Jennifer Lopez, David Becham, Kate Winslet dan Amal Clooney.
Dengan lebih 200 lokasi serata dunia untuk mendapatkannya, kini anda boleh dapatkan koleksi Stephen Webster secara eksklusif hanya di Habib Jewel Ampang Point.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!