Waktu malam merupakan waktu untuk kita beristirahat dengan tidur. Sebelum melelapkan mata kita haruslah berdoa dan berzikir agar ketika tidur kita dilindungi daripada pelbagai perkara buruk.
Sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Sayyidah Aisyah ra, ini merupakan empat amalan yang sebaiknya kita buat sebelum nak tidur.
Suatu ketika Rasulullah SAW pernah berkata kepada Aisyah, “Janganlah engkau tidur sebelum mengerjakan empat hal ini.”
1. Mengkhatam Al-Quran
2. Menjadikan para nabi pemberi syafaat bagimu di hari kiamat
3. Meminta reda daripada semua kaum Muslimin
4. Melaksanakan haji dan umrah
Aisyah lantas bertanya kepada Rasulullah, “Bagaimana aku boleh melakukan keempat-empat hal tersebut?”
Ads
Seraya tersenyum, Rasulullah menjawab:
1. Jika engkau tidur dan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
قل هو الله أحد … (x3) (Qul huwallau ahad … hingga selesai di baca sebanyak 3x)
Ads
2. Apabila engkau bershalawat kepadaku dan kepada semua Nabi-Nabi maka engkau sama dengan menjadikan kami sebagai pemberi syafaatmu.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى جميع الأنبياء والمرسلين (x3) (Allahumma shalli ala sayyidina Muhammadin wa ala jami’il anbiya’ wal mursalin, 3x)
3. Apabila engkau beristighfar untuk kaum Muslimin, maka engkau telah menjadikan mereka reda kepadamu.
Ads
اللهم اغفرلى ولولدي ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات (x1) (Allahummaghfirli wa liwalidayya wa li jami’il muslimin wal muslimat wal mu’minin wal mu’minat, 1x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir” seolah-olah engkau telah melaksanakan haji dan umrah.
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم (x7) (Subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil aliyyil adhim, 7x)
Itulah antara empat amalan yang diajarkan Rasulullah SAW menjelang tidur kepada Sayyidah Aisyah yang sebaik-baiknya kita sebagai umat Islam mengamalkannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan adalah ungkapan yang sering kita dengar sebelum sesaorang atau pasangan masing-masing menempuh gerbang perkahwinan. Mengapa perlunya kursus kahwin?
Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing. Namun, ramai tak tahu perkara penting tentang sijil kursus kahwin ni. Lihat ini.
Sijil kursus kahwin ini TIDAK BOLEH DIBELI atau TIDAK BOLEH DIDAPATI TANPA ANDA HADIR KE KURSUS KAHWIN.
Buat pengetahuan anda, untuk melayakkan anda memperolehi sijil kursus kahwin, anda dikehendaki hadir ke kursus kahwin dan anda perlu hadir ke semua 6 modul kursus kahwin yang bersamaan dengan 13 jam modul kursus kahwin.
Setiap modul pengajaran akan disampaikan oleh 6 orang tenaga pengajar (penceramah). Dan setiap modul pengajaran akan memerlukan tandatangan anda dan penceramah terlibat.
Jadi, melihatkan proses ini, adalah amat mustahil jika anda boleh mendapatkan sijil kursus kahwin tanpa menghadiri ke kursus kahwin.
Sijil kursus kahwin ini adalah salah daripada DOKUMEN WAJIB yang anda PERLU ADA sewaktu anda hendak memohon kelulusan pernikahan dari mana-mana Jabatan Agama Negeri di Malaysia ini.
Ini berlaku apabila bakal pengantin membuat kerja-kerja memohon kelulusan perkahwinan secara last minit dah tidak dapat menunggu Jabatan Agama mengeluarkan sijil kursus kahwin kepada mereka dan pasangan.
Jika ini berlaku, pusat kursus kahwin boleh mengeluarkan ‘surat pengesahan kehadiran kursus kahwin’kepada bakal pemgantin tersebut. Surat pengesahan ini perlulah dibawa ke JAWI supaya pihak JAWI mengeluarkan juga surat pengesahan kehadiran kursus yang disahkan dan mempunyai letterhead JAWI.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memastikan betul-betul adakah Jabatan Agama Negeri anda boleh menerima surat pengesahan kehadiran kursus kahwin ini atau tidak.
Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini LAKU SEUMUR HIDUP.
Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI juga TIADA TARIKH LUPUT.
Sijil kursus kahwin dari JAWI ini SAH LAKU untuk digunakan di mana-mana negeri atau di mana-mana Jabatan Agama Negeri di Malaysia.
Jadi, walaupun anda bermastautin di negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan, anda masih boleh mengikuti kursus kahwin di Kuala Lumpur dan menggunakan sijil kursus kahwin tersebut sewaktu anda menghantar permohonan kelulusan nikah anda di negeri tempat anda tinggal. Tiada masalah.
Disebabkan sijil kursus pra perkahwinan dari JAWI ini tiada tarikh luput dan laku seumur hidup, anda perlulah menjaga sijil kursus kahwin ini elok-elok tanpa menyebabkan ianya hilang atau rosak.
Info ini amat penting bagi anda yang akan mengikuti kursus perkahwinan tetapi masih belum ada pasangan atau masih belum ada tarikh pernikahan.
Walaupun selalu diingatkan, ramai juga para peserta kursus pra perkahwinan yang laminate sijil kursus kahwin mereka.
Anda dinasihatkan agar TIDAK LAMINATE sijil kursus kahwin ni kerana ianya akan menjadi satu masalah bagi Imam Jurunikah atau Jabatan Agama untuk chop kat di atas sijil nanti.
Selalunya sijil akan rosak apabila anda cuba untuk membuka kembali laminate yang sudah dibuat. Oleh itu, ELAKKAN dari anda laminate sijil kursus kahwin ini.
Setiap Jabatan Agama Negeri mempunyai proses dan prosedur masing-masing tentang apa yang bakal pengantin atau muda-mudi perlu buat jika berlakunya kehilangan sijil kursus perkahwinan.
Bagi sijil yang dikeluarkan oleh JAWI, anda perlu lakukan langkah-langkah seperti berikut:
a. Hubungi pusat kursus kahwin di mana anda telah hadir berkursus. Terangkan yang anda kehilangan sijil kursus kahwin dan minta pusat kursus kahwin tadi menyediakan SURAT PENGESAHAN KEHADIRAN KURSUS KAHWIN.
Berikan sedikit masa (1 atau 2 hari) bagi pusat kursus kahwin mencari kembali rekod dan maklumat kehadiran anda.
b. Hubungi kembali pusat kursus kahwin setelah 1 atau 2 hari bertanyakan adalah surat tersebut telah siap. Anda boleh ambil jika surat tersebut telah siap.
c. Kunjungi pejabat peguam yang mempunyai status Pesuruh Jaya Sumpah dan membuat SURAT AKUAN SUMPAH.
d.Bawa surat pengesahan kehadiran kursus kahwin bersama surat akuan sumpah tersebut ke JAWI. Sertakan bersama wang RM10. Di situ, anda boleh mmemohon untuk mendapatkan sijil kursus kahwin yang baru.
Sumber : Kursuskahwin.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak suka pabila disayangi dan dicintai. Apatah lagi apabila cinta itu bersemai indah, pastinya perasaan dan hubungan sayang itu terjalin. Tetapi, tahukah anda bahawa berdasarkan simbol zodiak ada kalanya anda boleh menilik adakah si dia pasangan yang sesuai dan serasi bersama anda?
Jom lihat senarai bintang horoskop dan rungkai pasangan yang serasi berdasarkan zodiak. Mungkin anda dan pasangan salah seorangnya.
Aries
(21 Mac – 19 April)
Pasangan Serasi : Leo dan Sagitarius. Kedua-duanya punya cukup tenaga untuk bersama Aries. Dengan Leo, Aries akan belajar cara seni dalam berkongsi spotlight yang sama dan Aries pasti akan mula bersinar bersama Sagitarius.
Pasangan Tidak Serasi : Libra. Kadang-kadang perkahwinan Libra dan Aries sering mencetus pergaduhan besar.
Taurus
(20 April – 20 Mei)
Pasangan Serasi: Virgo dan Capricorn. Kedua-duanya akan sentiasa stabil dalam perhubungan. Capricorn juga baik dalam hubungan platonik.
Pasangan Tidak Serasi : Scorpio. Mereka akan fokus pada keseimbangan dalam emosi manakala Taurus fokus pada keseimbangan material. Gandingan ini boleh menyebabkan situasi tegang dan pertelingkahan.
Gemini
(21 Mei – 20 Jun)
Pasangan Serasi : Libra dan Aquarius. Gemini akan menghargai perasaan kurang cemburu yang ada pada Libra dan suka akan budaya, seni dan berlibur. Seorang yang berbintang Aquarius pastinya sering memberikan kejutan pada Gemini yang semestinya menyukainya.
Pasangan Tidak Serasi : Sagitarius. Apabila Gemini menjalani kehidupan dalam mencari pengetahuan, Sagitarius mencari hikmah. Kalian pasti akan mampu memahami antara satu sama lain tetapi kalian juga pasti akan kerap bertelingkah.
Cancer
(21 Jun – 22 Julai)
Pasangan Serasi: Scorpio dan Pisces. Scorpio cenderung untuk menjadi dominan, yang melengkapi sifat penyayang anda. Pisces memahami perasaan dalaman anda.
Pasangan Tidak Serasi : Capricorn. Zodiak kambing menumpukan pada hubungan dan pasangan mereka. Mereka mempunyai fokus yang lebih kepada mendapatkan wang, yang menjadikan Cancer merasakan terlalu bersahaja.
Leo
(23 Julai – 22 Ogos)
Pasangan Serasi: Aries dan Sagittarius. Sagittarius dapat melihat mata ke mata dengan anda apabila berbicara tentang falsafah terhadap kehidupan, manakala sifat api Aries kala bercampur sifat api yang ada pada anda boleh memulakan api kebencian di kamar tidur.
Pasangan Tidak Serasi : Aquarius. Anda berdua akan serta-merta menarik antara satu sama lain. Anda mempunyai banyak persamaan; kedua-dua mempunyai impian yang besar dan mahu perkara-perkara yang lebih besar dalam hidup. Masalahnya adalah pendekatan anda dan dia adalah berbeza dan ini merupakan salah satu aspek yang boleh membuatkan kalian tidak serasi bersama.
Virgo
(23 Ogos – 22 September)
Pasangan Serasi: Taurus dan Capricorn. Capricorn berkongsi cinta dengan anda untuk kesempurnaan, manakala anda pula akan menyukai Taurus sepenuh jiwa dan raga.
Pasangan Tidak Serasi : Pisces. Virgo adalah praktikal manakala Pisces pula seorang yang suka berangan-angan. Satu layang-layang, satu lagi batu. Tetapi kelicikan Virgo mudah memotong talinya.
Libra
(23 September – 22 Oktober)
Pasangan Serasi: Aquarius dan Gemini. Anda akan menikmati kehidupan sosial yang sama rata dengan Aquarius manakala Gemini pula cukup banyak keserasian dari segi intelektual dan seks.
Pasangan Tidak Serasi : Aries. Tarikan anda terhadap Aries tidak dapat dinafikan dan sebaliknya. Aries mungkin terlalu demanding dan terlalu mengharapkan kepada Libra akan sentiasa memberinya pujian.
Scorpio
(23 Oktober – 21 November)
Pasangan Serasi: Pisces dan Cancer. Pisces yang suka angan-angan akan membolehkan anda untuk menerajui dan perbezaan anda saling melengkapi antara satu sama lain, manakala devotion Cancer akan mengelakkan anda dari perasaan cemburu.
Pasangan Tidak Serasi : Taurus. Anda dan Taurus sebenarnya mempunyai banyak persamaan apabila ia datang kepada cara anda melihat sesebuah perhubungan. Masalahnya kalian berdua sangat degil, yang mana boleh menyebabkan hubungan kalian menjadi sukar.
Sagittarius
(22 November – 21 Disember)
Pasangan Serasi: Leo dan Aquarius. Aquarius yang suka mereka cipta akan sering memuji semangat anda yang sukakan cabaran, terutamanya sejak dua daripada kamu berterusan dalam melalui perubahan. Leo pula mampu merangsang anda masuk dan keluar dari dalam sesebuah lembaran kehidupan.
Pasangan Tidak Serasi : Gemini. Anda akan menyukai cara Gemini yang fun-loving , tetapi kalian berdua akan terlarang untuk mengekalkan komitmen perhubungan dalam jangka panjang.
Capricorn
(22 Disember – 19 Januari)
Pasangan Serasi: Taurus dan Virgo. Virgo dan anda seakan satu pasangan yang berani menyahut sebarang cabaran dalam kehidupan. Anda mahu rumah yang teratur dan mengidamkan kejayaan. Taurus, sama seperti anda, sentiasa meletakkan nilai yang tinggi pada wang dan sekuriti, yang akan membuatkan anda berasa sentiasa selamat.
Pasangan Tidak Serasi : Cancer. Kanser mungkin pasangan yang boleh bertahan lama tetapi mungkin personaliti semula jadinya tidak serasi dengan kehendak emosi anda.
Aquarius
(20 Januari – 18 Februari)
Pasangan Serasi: Sagittarius dan Gemini. Sagittarius sosial dan sahut cabaran sama seperti anda dan kehidupan bersama-sama pastinya akan menjadi kaya, kreatif, menyeronokkan, dan boleh bertahan kala ujian mendatang. Gemini akan sentiasa melengkapkan anda dengan begitu baik.
Pasangan Tidak Serasi : Leo. Anda akan tertarik kepada sifat karisma dan sebati dalam seni secara semula jadi Leo. Leo akan tertarik kepada anda dari segi seri semula jadi. Namun masalah mungkin terjadi apabila sifat semula jadi yang mementingkan diri yang ada pada Leo.
Pisces
(19 Februari – 20 Mac)
Pasangan Serasi: Cancer dan Scorpio. Cancer memenuhi jiwa anda. Scorpio pula akan menjadi sangat menarik bagi anda. Ramai pasangan Scorpio/Pisces mendakwa mereka jatuh cinta pandang pertama. Kedua-duanya mempunyai emosi yang sangat mendalam.
Pasangan Tidak Serasi : Virgo. Sifat kreatif anda akan membuatkan Virgo senang-lenang dan keperluan mereka akan membuatkan anda rasa terkongkong.
Sumber : Wanista
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...