Solekan pada hari pernikah adalah wajib untuk semua bakal pengantin. Make up saat inilah yang memainkan peranan penting untuk menaikan seri wajah. Betul, bila jadi perempuan memang akan didatangi dengan pelbagai dugaan mata yang membuat mata menjadi rambang. Lagi teruk perangai cerewat semakin menebal ketika menjelang hari penting iaitu majlis perkahwinan. Pada masa itulah raut wajah yang bulat ingin tampil lonjong, hidung yang berbunga inginkan ilusi lebih kuncup dan sebagainya. Ditambah pula dengan mengayakan busana pengantin mengikut citarasa fesyen terkini dan paling penting ialah seri pengantin yang dipancarkan dari wajah.

Bila bercakap mengenai seri pengantin, perkara utama untuk kelihatan cantik, anggun, jelita dan sebagainya ialah solekan ketika majlis. Bagi anda yang sering ke majlis perkahwinan pasti anda sendiri boleh menilai pemilihan gaya solekan pengantin. Pengantin sekalian, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu tentang dunia solekan seperti trend solekan terkini dan study hasil kerja makeup artis yang bakal menyolek anda agar tidak terkejut dengan hasil magis mereka saat hari istimewa anda.

Lazimnya solekan terang atau bold menjadi pilihan pengantin. Apa kata kali ini, kenakan solekan lebih santai dan natural dalam majlis persandingan anda. Selera orang tentunya berbeza, ada yang gemar dengan solekan bold, namun ada juga yang suka makeup natural. Tanpa makeup yang tebal pun keayuan atau seri wajah dapat dilihat dan terserlah pada hari pernikahan. Caranya dengan menggunakan makeup natural seperti berikut!

IKLAN

Solekan Natural Bronze tampil lebih elegan

Inspirasi Solekan Buat Anda Kelihatan Lebih MudaDengan menggunakan warna bronze di mata, pipi dan bibir, seri wajah dapat dilihat lebih ketara dengan hasil monochromatic bombshell bukan sekadar itu sahaja malahan glowing pada wajah semakin menyerlah.

IKLAN

Tampil lebih muda dan segar

Inspirasi Solekan Buat Anda Kelihatan Lebih MudaKeayuan wajah juga terpancar dengan memfokuskan warna pink pada bibir dan pipi dengan rona peach segar. Solekan ini juga memberi hasil tampil lebih muda dan segar.

IKLAN

Solekan santai dengan hiasan kepala tampil lebih manis.

 

Inspirasi Solekan Buat Anda Kelihatan Lebih MudaKulit yang bersih serta solekan nipis dapat menyuntik elemen mewah namun tidak terlalu sarat dengan sentuhan hiasan kepala lebih yang agak menonjol dan menyerlah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI