Kuali Tak Lekat (Non Stick) merupakan antara peralatan memasak kesayangan mak-mak. Selain memudahkan kerja memasak didapur, kuali sebegini boleh tahan mahal harganya, nak-nak kalau jenis yang berjenama dan diimport daripada luar negara. Namun satu perkara yang mak-mak perlu tahu, walau macam mana sayang sekalipun dengan kuali non stick tersebut, awas iya elak daripada menggunakannya sekiranya lapisannya telah bercalar, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Berikut antara perkongsian oleh Hadihaizil Din sebagai panduan.
Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah. Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.
CALAR TU BAHAYA
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Ads
Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita. Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.
Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.
6 Tip Guna Kuali Non Stick
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
Ads
1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
3.Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.
Ads
4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
5. Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Berhutang perlu dilakukan dengan berhemah dan mengikut keperluan. Jika tidak kerana satu keperluan mendesak, adalah lebih baik jika anda tak berhutang.
Ramai berhutang kerana terdesak untuk mendapatkan keperluan asas dengan kos ekonomi yang semakin meningkat, perbelanjaan kita masih lagi sesuatu yang berada dalam kawalan kita sendiri.
PERSOALANNYA, ADAKAH PINJAMAN DAN ANSURAN BULANAN ITU MENJADIKAN KITA MAMPU?
Dalam ekonomi, wujud satu istilah untuk golongan pembeli yang tidak mempunyai kemampuan namun tetap mahu membeli iaitu golongan yang tidak sabar atau individual who is impatience to spend.
Maka jawapanya, TIDAK! Usah kelirukan kemampuan sebenar kita dengan kemampuan kita membuat pinjaman. Ramai individu mengalami masalah kewangan kerana dia tidak tahu perbezaan kemampuan sebenar dengan kemampuan membuat pinjaman. Malah terlalu ramai orang merasakan yang dia mampu membeli telefon pintar terbaharu pada harga RM2 ribu, RM3 ribu, RM5 ribu secara ansuran bulanan, sedangkan kemampuan sebenarnya hanya pada kadar telefon RM800 yang memerlukan dia menyimpan dan menunggu selama dua bulan, sebelum membeli.
Apa yang menakutkan, tabiat berhutang ini bukan hanya berlaku pada proses pembelian produk, malahan sudah menjadi kebiasaan pula bagi pasangan yang hendak melangsungkan perkahwinan di mana mereka membuat pinjaman peribadi bagi merealisasikan impian perkahwinan selama ini atau mungkin juga untuk melunaskan wang hantaran yang diminta.
Sudah terlalu ramai pasangan yang menghadapi masalah kewangan akibat perbuatan ini sedangkan solusinya cukup mudah iaitu:
Dirikanlah rumah tangga mengikut kemampuan
Agak kasar jika dikatakan, apabila anda memerlukan pinjaman wang untuk berkahwin, nasihat saya lebih baik anda tangguhkan perkahwinan dan kumpul duit dahulu. Andai generasi muda kita hanya mampu bernikah disebabkan sanggup terbeban dengan bayaran ansuran bulanan, jelaslah mentaliti itu sesuatu yang sangat perlu diperbetulkan, khasnya oleh pihak ibu bapa bakal pengantin.
Kepada generasi muda, ingatlah, pinjaman bukanlah jalan keluar kepada masalah tidak berkemampuan. Berkorban, menyimpan dan menurunkan permintaan adalah solusi terbaik untuk memastikan anda tidak terbeban.
Sumber : Islamituindah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adatlah dalam kehidupan berumah tangga ,kadang kala timbul rasa bosan dengan pasangan setelah melayari kehidupan bersama. Malahan bibit-bibit romantis antara anda berdua semakin pudar. Inilah punca-punca bila anda sudah mulai bosan dengan pasangan, pertengkaran mula berlaku.
Malah ada di antara pasangan yang hatinya sudah berpaling kepada yang lain. Sebaiknya hindari perasaan sayang anda kepada insan lain kerana sebaiknya tempat anda ialah bersama pasangan. Kembalikan rasa kasih sayang itu agar keharmonian rumah tangga semakin menyinar.
Salah satu perkara yang mudah dan sederhana boleh anda amalkan ialah dengan menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur. Cara ini memang nampak biasa namun besar manfaatnya. Berikut empat manfaat menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Memberikan ketenangan yang luar biasa
Perasaan yang akan timbul dari memegang tangan ini adalah perasaan yang tenang luar biasa. Ketika pasangan saling mencari tangan yang mahu digenggam, maka perasaannya akan sangat luar biasa. Hal ini biasanya boleh menjadi penghilang perasaan bimbang atau rasa tidak sedap hati yang selama ini dirasakan. Genggaman tangan ini dapat menimbulkan perasaan saling menenangkan.
Melenyapkan rasa marah
Menggenggam tangan pasangan juga dapat melenyapkan perasaan marah yang mungkin terjadi dari siang. Menerima tangan atau memberikan tangan untuk digenggam boleh menjadi tanda saling memaafkan terhadap apa yang sudah terjadi pada hari itu. Hal ini akan membuat kesan yang luar biasa bagi keharmonian rumah tangga.
Membawa kesan; Dia milik anda
Jika sudah memasuki usia perkahwinan yang lama, maka perlu kepastian jika pasangannya memang benar ‘miliknya’ dan ada di genggamannya. Kesan ini juga yang boleh dirasakan ketika menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Menerbitkan rasa kasih dan cinta ‘yang baru’
Perubahan baru yang belum pernah terjadi pada pasangan yang selama ini tidak pernah menggenggam tangan ketika hendak tidur, akan memberi kesan luar biasa atau magis, kerana melakukan perkara baru dan sangat menyenangkan, yang akhirnya seperti menerbitkan rasa cinta baru, semangat baru.
Jangan bimbang untuk memberikan kebahagiaan kepada pasangan anda dengan perubahan baru ini. Tentunya anda tidak boleh ragu atau malu dengan kebiasaan baik dan halal, jika itu akan membuat warna indah bagi keharmonian rumah tangga.
Sumber: InfoUnik
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa bercinta semua dilihat indah, tetapi berlainan pula bila dah berkahwin. Apa yang disorokkan semasa bercinta sebenarnya boleh dilihat terang-terangan apabila duduk serumah. Kongsi lelaki bernama Amir Syahir ini, jadilah diri sendiri dan bukan orang lain ketika bercinta.
Kau bercinta lama-lama pun tak guna kalau berpura-pura. Ye dak? Tak hidup sebumbung lagi boleh la. Dah hidup sama nanti baru kau kenal macam mana pasangan kau. Kau berpura-pura nanti pecah juga rahsia tu.
Itu sebab masa bercinta kau jangan jadi orang lain. Jadilah diri sendiri. Kau kena ada prinsip. Jangan nak bersandiwara bagai. Tunjukkan diri kau yang sebenarnya. Realiti tentang diri dan kehidupan kau.
Tak payah nak bagi kemewahan sangat kepada makwe kau. Sayang sangat pun, kebahagiaan sejati bukan daripada wang semata-mata. Tak guna duk pinjam duit kawan-kawan semata-mata nak bagi hadiah kat makwe kau.
Kalau makwe tu tak leh terima gaji kau kecil, biarkan dia pergi. Kau tak perlu nak rasa sedih pun. Carilah perempuan yang sanggup susah senang bersama kau.
Masa bercinta tu jangan kemain janji manis. Janji nak honeymoon dekat Maldives lah, janji nak bawa naik Cruise lah. Alih-alih dah kahwin tak tunaikan. Situ dah nampak kau punya janji tak boleh pakai.
Yang perempuan tak salah kalau kau tak reti masak. Tapi akan salah kau berpura-pura kata kau power masak. Lelaki tak kisah pun, janji kau ada niat nak belajar nanti.
Itulah yang terjadi kalau kau bercinta tanpa guna akal. Bahagia sangat bercinta sampai kau tak boleh nak fikir dah. Sepatutnya kau selidik la latar belakang pasangan kau tu. Berkawan juga dengan kawan-kawan rapat dia. Barulah kau kenal perangai dia.
***
Ada lima perkara ni MESTI guna duit suami;
Makan minum.
2. Peralatan mandian.聽
3. Ubat-ubatan.
4. Pakaian baru, 2 persalinan setahun, termasuk tudung.
5. Rumah yang selesa.
***
Kaum makwe jangan pula nak mendesak bakal suami hingga di luar kemampuan dia ye. Kena bijak dan amanah jugak dalam menguruskan duit bakal suami bagi. Ini tidak, hidup baru berdua, masak serupa nak makan sekampung. Tak habis buang. Membazir je.
Jadi, jangan nak bercinta bagai nak rak sangat lah. Banyakkan membaca baru kau tahu sikit realiti kehidupan. Tambah sikit kenalan, biar skop pemikiran kau luas sikit. Ini tak, asyik fikir relationship goals je. Kah!
Bila terjebak dalam perkahwinan toksik, bukan mudah untuk seorang perempuan untuk melepaskan diri daripada pasangan yang narsisistik dan juga sadistik.