Intan Najuwa Kahwin Tarikh Hari Lahirnya, Tak Tolak Jika Dapat Anak Awal

Share

Cukup romantis majlis perkahwinan pelakon, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, dan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, di sebuah resort di Desaru Coast.

Pasangan mempelai dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut pada jam 6.45 petang tadi, dengan sekali lafaz.

Intan Najuwa Kahwin Tarikh Hari Lahirnya, Tak Tolak Jika Dapat Anak Awal

Terima Mas Kahwin RM20k

Pada majlis pernikahan bertemakan empat unsur alam itu, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran sebanyak RM222,000.

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.

Bertambah bermakna lagi, Intan memilih tarikh pernikahan sama dengan tarikh ulang tahun kelahirannya, pada hari ini iaitu 18 Ogos.

Intan Bersedia Terima Kehadiran Anak

Menurut satu kenyataan Intan Najuwa dalam temu bual dengan Media Hiburan, jodohnya itu dikenali dalam masa setahun atas ‘kawan kepada kawan’. Bila disoal tentang cahaya mata, Intan dan suaminya tidak menolak untuk terima anak awal.

Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah rakan selebriti termasuk Nora Danish, Datin Elvina Mohamad, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

Memakai Busana Rekaan Fizi Woo

Majlis pernikahan mempelai itu dihadiri kira-kira 150 tetamu merangkumi ahli keluarga, saudara-mara, selebriti dan media.

Diijabkabulkan pada hari kelahirannya, Intan menyerlah dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo rona putih yang sedondon dengan suami.

 

IKLAN