
Sesekali ipar duai berkumpul, jangan sampai jatuhkan air muka. Ini perkara yang selalu terlepas pandang, maklumlah lama tak jumpa dan sudah tentu banyak cerita nak dikongsi.
Berkumpul dengan adik beradik, anak buah, iapar duai dan sebagainya, memang sehari pun belum tentu habis ceritanya. Dari satu topik ke satu topik. Seronok sangat ‘membawang’, ipar duai pula satu kepala.
Ipar Duai Berkumpul, Jangan Sampai Jatuhkan Air Muka
Namun, dalam ipar duai berkumpul, pasti ada juga yang akan berkecil hati dan terasa hati tanpa kita sedar. Walaupun rasa cerita itu anggap biasa saja. Inilah yang ingin dijelaskan oleh Kak Tam dalam video perkongsiannya bila ipar duai berkumpul.
Perkongsian yang ini ada betulnya terutamanya kalau ahli keluarga dan ipar duai ada bersama, tak kiralah masa kenduri atau hari raya sekalipun.
Tip dari Kak Tam bila iapar duai, ahli keluarga berkumpul.
“Ipar duai, jaga seluar dalam masing-masing, jangan nak sibuk dengan hal ipar duai yang lain.
Kalau balik kg berkumpul atau kenduri kendara, jangan suka cerita pasal anak masing-masing.
Anak kita ambik SPM, Anak orang ambil SPM, dapat berapa A.Kalau nak bercerita boleh bercerita tapi jangan sibuk tanya.
Kalau balik kampung ramai-ramai, jangan jatuhkan air muka biras-biras. Jangan tanya perkara yang sensitif, body shaming.
Kita bercakap benda yang kena mengena dengan kita saja.
Memang seronok membawang tapi jangan melibatkan suami dan anak dan jangan nak menunjukkan kekayaan masing-masing.
Sumber: Sarina Kak Tam (tiktok)
“Orang Perempuan, Bila Emosinya Penat, Maka Segala Sikap & Perangainya Akan Keluar.”

Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup. Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya.
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak. Lelaki ini kongsi, Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar.
Seorang wanita yang bergelar isteri,
Saya pakai baju macam biasa.
Isteri nampak terus tanya..
“kenapa pakai baju tu?”
Saya tengok baju yang saya pakai. Ya! Saya sedang memakai baju. Apa salah baju ni. Ini kan baju yang biasa saya pakai? Saya tanya diri. Buruk padahnya kalau tanya isteri.
“Oh, takpe. Abang pakai baju lain ek”
‘Takyah lah. Pakai je baju tu’
Baik. Baru nak buka sarung balik.
?
“Bagi sup tulang dan nasi satu!”
Order di kedai makan.
‘Kenapa order sup tulang je? Cuba abang makan lain plak!”
Allahu, nak makan pun tanya lagi.
“Kalau camtu, abang tukar makan lain lah ya”
‘Tak yah. Susah plak nak tukar-tukar. Makan je’
Bergetar rasa iman. Terbayang syurga yang akan di diami. Terasa burung-burung turut menyanyi supaya kurang rasa nak kakikan isteri.
?
Sebelum tidur, isteri diam di hujung tv.
Ni kalau pejam mata terus, memang mimpi ngeri. Baik tanya dulu, walau berhadapan saat ni, Allah je yang tahu sukarnya nak hadapi.
‘Saya tidur dulu ya’
Sambil hulur tangan pada isteri.
“Tidur je tahu”
Allahu, dah malam tidurlah sayang. Nak main teng-teng ke?
Saya duduk depan isteri. Saya lihat wajahnya. Saya tatap matanya. Saya tak usik apa-apa walau tangannya.
Saya cuma kata,
“Abang ni lelaki. Lelaki yang suami. Banyak perkara yang boleh abang hadapi, tapi abang memang lemah untuk menghadapi isteri. Kalau ada terasa, abang minta maaf. Kalau ada tak cukup, mintalah. Abang akan usaha. Kalau semua tak sempurna, doakan itu pada Tuhan kita”
Isteri perlahan-lahan pegang tangan.
Meletakkan kepala di bahu.
‘Maafkan saya. Saya penat..’
Ya, hanya itu sebenarnya isteri kita. Dia penat.
Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar dan membaham suaminya.
Kadang suami mampu diam.
Kadang suami tak faham.
Kadang suami tak tahan, lalu keluar dan tinggalkan.
Sebab itu, kita lah yang kena hadapi mereka. Kita lah yang kena dengar mereka. Kita lah yang kena sabar dan kebal hal ni.
Jika tidak, kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan facebook dengan segala keluh kesah.
Sungguh,
Rumahtangga benar ujian. Ujian yang membuatkan suami dan isteri akan sangat dekat dengan Tuhan.
Sangat mendidik dan menghiburkan.
__________________________
Penulisan Abu Hurairah Asifa
Islam Tidak Menghalang Umatnya Untuk Bertunang, Namun Perbelanjaan Itu Biarlah Berpada

Seperti yang kita dapat lihat pada zaman sekarang, ada sesetengah pasangan yang melangsungkan majls pertunangan seakan-akan majlis perkahwinan. Kadang-kadang, sampai kita sendiri pun yang confuse, “dia ni kahwin ke tunang?”, “kalau majlis tunang pun dah macam ni, nanti majlis kahwin macam mana pula? Lagi grand ke?” perkara sebegini akan sering bermain di fikiran kita bukan?
Menurut Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, pertunangan ialah penzahiran hasrat lelaki untuk berkahwin dengan seorang gadis. Manakala, menurut Imam Al-Syafi’i, hukum bertunang adalah sunat. Maka, ianya tidak menjadi kesalahan sekiranya melangsungkan majlis pertunangan, namun, biarlah secara berpada, iaitu dengan melakukan sedikit majlis untuk mengumumkan tentang pertunangan anda. Niat nya adalah untuk mengelakkan berlakunya pertindihan hajat antara dua lelaki kepada wanita yang sama. Nabi ada bersabda, “seorang mukmin adalah saudara mukmin yang lain, maka tidak halal bagi kamu membeli barang yang telah dibeli orang lain dan meminang seorang wanita yang telah dipinang orang lain sehingga ia membatalkannya. (Riwayat Muslim)
Islam tidak menghalang umatnya untuk bertunang, namun, perbelanjaan itu biar lah berpada. Ingat, setiap perbelanjaan yang memakan jumlah yang tinggi dan mewah boleh dikira sebagai pembaziran di mana ia boleh membawa kepada haram. Konsep bertunang adalah ikatan sementara antara lelaki dan perempuan dalam menuju ke alam perkahwinan. Pergaulan ketika bertunang masih tidak ada apa-apa yang berubah dengan sebelumnya. Lelaki dan perempuan tetap ajnabi iaitu masih haram dan ada batas nya.
Manakala, perkahwinan pula lain konsepnya. Dimana Rasulullah ada menyebut dalam hadisnya, “Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Wahai muslimin dan muslimat, Islam itu mudah dan indah, Islam tidak pernah menyukarkan umatnya. Justeru itu, tepikan ego dalam setiap kemewahan, ikut panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. Rahsiakan pertunangan… Tetapi, hebahkan perkahwinan.. Wallahualam.. Sekadar perkongsian untuk entri kali ini 🙂
“Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.”
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)
Suami Tolonglah Picit Dan Urutkan Isteri Kerana Allah. Sambil Puji Kebaikan Dan Kecantikannya.

Saat bila kita lihat isteri bermuram kerana tak sihat atau tak larat kerana mengandung ataupun berpenat sepanjang hari di rumah. Kerana Allah kita khidmat isteri dan ahli keluarga kita.
Ucapkan betapa cinta dan sayang kita kepadanya. Wahai isteriku betapa abang mencintaimu kerana Allah. Menyayangimu kerana Allah. Tiada yang mencampakkan rasa cinta dan rindu ini selain Allah.
Ia satu kepuasan yang Allah beri bila berpenat dan berpeluh kerana Allah. Sampai rumah kita bantu hantar dan ambil anak sekolah. Mandikan anak-anak dan bantu siapkan anak pergi sekolah.
Kita buangkan sampah di dapur. Gantikan plastik sampah. Cucikan pinggan dan cawan. Sebenarnya kita sedang membersihkan hati kita sendiri. Bantu mopkan lantai rumah. Sapukan rumah. Kemaskan beg sekolah dan mainan anak-anak.
Kita picit dan urutkan isteri kita kerana Allah. Sambil puji kebaikan dan kecantikannya. Betapa mencintainya kerana Allah. Menghargai pengorbanannya kepada kita. Korban melahirkan dan mengandung lagi kerana Allah.
Sekali sekala masak menu yang kita pandai. Masak, hidang, kemas dan suapkan isteri. Makan sedulang berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Makan alas saprah. Duduk di bawah sebaiknya.
Kemudian kemas makanan dan bersihkan anak-anak. Siap-siapkan anak-anak untuk solat. Pakaikan dengan pakaian yang bersih dan wangi untuk solat.
Baca Dan Ceritakan Tentang Nabi dan Sahabat
Sebaik kita pulang dari masjid baca Hadis Nabi saw dengan ajak isteri, anak anak dan keluarga. Mula baca hadis Nabi saw dengan kemuliaan. Memakai pakaian sempurna,wangi-wangian, dan senyuman. Baca ditempat tetap dan sebaiknya waktu yang tetap. Baca hadis 3 kali. Baca dengan jelas satu persatu. Gilirkan membaca.
Selepas itu cerita sifat sahabat rhum. Kisah Nabi dan sahabat. Buat halkah tajwid. Hafal surah dan gilir-gilir baca. Dengar bacaan semua ahli keluarga. Sediakan anak-anak untuk jadi daie Allah
Tidurkan anak-anak. Baca doa. Cium dan ajar anak doa tidur..baca doa tidur. Ucapkan sayang pada anak-anak.
Setelah buat semua itu solat sunat taubat 2 rakaat dan witir. Minta ampun pada Allah. Ya Allah inilah amanah keluarga yang kau letak dibahuku. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dan kuasa Mu ya Allah.
Menangislah Pada Allah
Malam-malam menangis pada Allah. Menangis di depan Allah pada waktu malam saat paling dinantikan seorang hamba yang merindui tuhannya. Setelah menangis di depan Allah, kita akan kuat dalam perjuangan Islam ini dengan kasih sayang dan doa.
Kadang-kadang hidup ini bukan soal apa yang kita belum dapat dari sesiapapun atau apapun yang kita nak. Tapi sebenarnya rahsia hidup ini terlalu indah yakni Allah sayangkan kita dan dia nak kita semua bahagia, gembira, berjaya dunia dan masuk dalam syurga paling tinggi.
Kerana itu dia beri Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. Islamlah gaya hidup, pemikiran, hati, percakapan, maka pasti kita bahagia dan berjaya. Terima kasih Allah
SUMBER : EBIT LEW