Adat berkahwin, ada pasang surutnya. Bila bersama pasangan, ada batas-batas yang perlu dijaga supaya tidak terjerumus kepada dosa. Pernah tak para isteri ‘selongkar’ perbuatan macam mana yang boleh membuatkan isteri menjadi dehaka?
Dalam petikan dari perkongsian Suami Isteri Sehati Sejiwa, ciri-ciri isteri derhaka ini sangat jelas. Kalau ada para isteri terasa yang mereka ada membuat sembilan perkara ini, elakkanlah dan cuba untuk ubah perangai.
CIRI CIRI ISTERI DERHAKA:
1. Tidur membelakangi suaminya.
2. Selalu bermuka masam di depan suami.
3. Selalu marah bila dinasihati suami.
4. Selalu membantah perkataan suami.
5. Selalu ingin kehendaknya atas duniawi.
6. Tidak menghargai dan menghormati suami di depan orang lain.
7. Selalu buka aib suami baik buruknya atau pun dalam berhubungan.
8. Selalu memburuk-burukkan suami pada jiran dan saudaranya.
9. Selalu menuntut kemahuannya agar dipenuhi.
Wahai isteri,jangan pernah berharap lebih.
Jika kau taat suami,akan mudah ke Syurgawi.
Jadilah ibu dan isteri yang baik serta mampu menutupi aib suami.
Seburuk manapun ia tetap suamimu yang selalu ada dalam keluh kesahmu.
================================
RENUNGAN BERSAMA
Ada isteri yang lupa bahawasanya suami lebih utama dari ibunya.
Ada ibu dan bapa lupa bahawa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibunya.
Ada isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibunya sendiri melebihi isterinya.
Ada anak perempuan yang lupa bahawa dia lebih terikat tanggungjawab kepada suami dan ibu bapa suami lebih dari ibu bapanya sendiri.
Ingatlah wahai isteri,Syurgamu ada pada suami.Taat itu wajib hukumnya.
Selagi ia benar,dijalan yang Allah redhai.
Na’uzubillahi Min Zalik!
Semoga Allah jadikan kita istiqamah & dijauhkan dari sesuatu perbuatan yang tidak disukai Allah,Aamiinn….
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI