Setiap wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu kelihatan cantik. Tetapi sebenarnya kebanyakan wanita masih tidak mengetahui akan makna kecantikan pada pandangan al-Quran dan Islam, jadi bagaimana kecantikan dalam pandangan Islam itu?
1. Wanita Yang Sentiasa Mencintai Allah Dan RasulNya
Wanita itu kelihatan cantik jika dia mencintai Allah SWT dan Rasulnya lebih banyak daripada cintanya terhadap apapun di dunia ini.
Ini kerana sekiranya cintanya pada Allah dan Islam telah kuat dan kukuh pasti wanita tersebut melakukan setiap perkara dalam batasan yang termaktub dalam agama.
Pendek kata, seseorang wanita yang cantik itu tidak akan melakukan hal yang dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT.
2. Wanita Yang Teguh Menjaga Maruah Dirinya
Islam sangat mengangkat tinggi martabat wanita yang berpegang teguh serta menjaga maruah dirinya. Ini termasuklah dalam hal menjaga auratnya, pergaulannya serta pertuturannya yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Wanita yang cantik pada pandangan Islam juga sangat malu dengan fitnah yang membuatnya sangat berhati-hati dengan setiap tindakannya.
Jadi mana-mana wanita yang sentiasa menjaga maruahnya sudah tentulah seorang wanita yang sangat cantik pada pandangan agama.
Ads
3. Wanita Yang Sentiasa Berzikir
Wanita yang cantik luar dan dalam sudah tentu tidak bercakap kosong, apatah lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai Allah, seperti makian atau kata cercaan.
Oleh itu, wanita yang cantik akan sentiasa membasahkan lidah mereka dengan zikrullah dan istighfar serta puji pujian kepada Allah SWT.
Bukankah bahasa yang cantik itu datangnya dari hati yang cantik dan bersih? Maka, dari situlah kecantikan yang hakiki itu muncul, bukannya dari alat solek yang mahal atau berjenama.
4.Wanita Yang Bersederhana
Ads
Wanita yang cantik tidak perlu berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara, termasukah dalam aspek berhias.
Ini bermakna dia akan bersederhana dalam apa jua perbuatannya, seperti pergerakannya, penampilannya serta perilakunya dalam kerja-kerja harian.
Allah dan ajaran Islam tidak menyukai wanita yang melakukan hal-hal melampaui batas.
“Katakanlah, ‘wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.”
Az- Zumar : 53
5.Wanita Yang Sentiasa Dalam Wudhuk
Sudah tentu setiap wanita akan kelihatan cantik apabila wajahnya sering dibasuh dengan air wudhuk, apatah lagi jika lima kali sehari berwudhuk.
Selain membasuhkan kulit wajah yang tercemar dengan debu-debu, wudhuk juga akan menyerikan wajah seseorang dengan berkatnya yang tersendiri.
Dengan itu sudah tentu wanita yang cantik tidak bimbang untuk membasuh muka mereka dengan air wudhuk yang akan memadamkan hiasan di wajah, bahkan senang hati untuk berada dalam keadaan berwudhuk.
Ini juga membezakannya dengan golongan yang tidak pernah berwudhuk, pasti tidak kelihatan ‘nur’ pada wajah mereka.
Ads
6. Wanita Yang Menjaga Kesihatan
Bukan sahaja memiliki penampilan menarik, bersih, dan sopan santun, seseorang wanita itu pasti akan kelihatan lebih cantik apabila dia sihat dan cergas. Ini kerana wanita cantik pasti akan memelihara kesihatan dirinya dari aspek fizikal dan mental. Sebenarnya, sangat penting untuk wanita itu menjadi sihat dan jauh dari apa-apa jua penyakit demi menjalani tanggungjawab sehariannya, selain kelihatan lebih segar dan bertenaga. Pastinya seorang yang sedang sakit atau kurang sihat itu kelihatan pucat dan tidak bermaya, bukan?
Oleh itu, kecantikan yang dikatakan dalam Islam bukan dilihat pada kecantikan fizikal semata-mata, tetapi kecantikan itu sebenarnya dari dalam iaitu hati dan sikap seorang wanita itu.
Jadi, golongan wanita janganlah bimbang bahawa diri sendiri tidak cantik, bahkan berusaha keras mencantikkan diri dengan pelbagai cara dan kaedah sehingga lari dari batas ajaran Islam.
Kecantikan akhlak dan keindahan hati jualah yang sebaiknya berbanding dengan kecantikan fizikal yang pasti akan pudar walau seiring dengan usia, InsyaAllah.
Sumber: Tazkirah.net
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah nak ‘kunci’ CINTA suami tapi andai sayangkan rumahtangga dan suami, semuanya boleh dilakukan. Lepas kahwin, pasangan pengantin baharu perlu pandai mainkan peranan supaya cara ini akan menjadi rutin harian.
Berkongsi tip Zaim Zaini, pengacara televisyen dan digital ini, rasanya tak susah untuk seorang isteri memilih untuk ‘lock‘ CINTA suami. Jom kita baca ni!
CARA ‘LOCK’ CINTA SUAMI
LOCK Kecantikan Isteri
Sebagai isteri, jangan sesekali mengabaikan kecantikan dan kebersihan diri. Kalau sebelum berkahwin anda boleh melawa 24 jam, takkan apabila suami sudah di depan mata, nak nampak selekeh pula?
Tak salah kalau nak berhabis duit untuk kecantikan. Ada nafkah dari suami, gunakanlah sedikit untuk beli pakaian baharu, alat solek dan pewangi badan. Cantikkan diri sehingga suami pun tidak memandang wanita lain!
2. LOCK Perut Suami
Jangan memilih untuk jadi isteri pemalas dan asyik makan di kedai atas alasan tidak pandai memasak. Apa salahnya belajar memasak yang simple-simple dan kenyangkan perut suami dengan air tangan kita.
Sekarang ni nak belajar memasak mudah sangat. Telefon bimbit kan sentiasa ada di tangan. Carilah resipi mudah dan cuba di rumah. Beritahu suami mungkin masakan anda kurang enak tetapi anda akan cuba perbaiki. Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih.
Kata Zaim, kalau isteri memasak di rumah, pasti suami akan sayang. Dicanang pada kawan-kawannya isteri memasak di rumah. Bangga tu!
3. LOCK Layanan VIP
Apabila bercakap dengan suami, bercakaplah elok-elok, bertegurlah baik-baik. Kerana andai isteri bercakap dengan nada marah, suami akan mudah mencari layanan ‘luar’.
Komunikasi di antara suami dan isteri sangat penting. Andai ada perkara yang tidak berpuas hati, cakaplah elok-elok.
4. LOCK Keluarga Suami
Sungguhpun hubungan anda dengan keluarga mentua tidak rapat tetapi berusahalah untuk melayani mereka dengan baik. Letakkan diri anda di tempat suami. Tentu anda mahu keluarga anda dilayan dengan baik.
Yang penting usaha anda untuk memperbaiki hubungan. InsyaAllah pasti ada kebahagiaan.
5. LOCK Di Bilik Tidur
Bukan hanya zahir suami, keperluan batin suami juga sangat penting dan perlu diutamakan. Jangan sampai suami menonton video yang bukan-bukan.
Sekiranya isteri ada ‘isu’ tentang hubungan seksual, jangan segan silu untuk berbincang.
Bukan susah pun nak bahagiakan suami. Cuma isteri kena pandai memainkan peranan dan konsisten. Caranya? Terpulang pada cara masing-masing. Suami sendiri kan, mesti anda tahu apa yang dia suka!
Kredit foto: SWEETPICTURES KL
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memanglah bila pakai baju, orang nampak kita perfect je, kulit muka pun bersih tapi bila buka je belakang badan penuh dengan jerawat. Aib, malu dengan suami. Hmmm Ini adalah cara penyelesaian terbaik untuk anda yang mengalami masalah jerawat badan yang teruk. Semoga bermanfaat buat bakal pengantin semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila tengok tajuk, rasa geli pun ada tapi apa yang mungkin ramai tidak tahu mengenai kentut? Kentut adalah mekanisme tubuh yang menandakan bahawa metabolisma kita sihat. Beberapa kajian juga mendapati bahawa kentut di hadapan pasangan akan membuatkan hubungan lebih tahan lama.
Mungkin tak ramai yang berani buat macam tu. Ada pasangan yang boleh menerimanya dan ada juga yang menganggap kentut dianggap perkara yang menjijikkan dan kurang sopan. Ini beberapa kajian yang menunjukkan mengapa kentut di hadapan pasangan membuatkan hubungan lebih bahagia dan bertahan lama.
Kentut membuktikan anda selesa dengan pasangan
Jika anda selesa untuk melepaskan kentut di hadapan pasangan ini bermakna anda tidak menyorokkan apa-apa atau berahsia dengan pasangan. Kita selalu nak nampak sempurna di hadapan pasangan tapi kita tak tahu yang sebenarnya dia juga perlu menerima kita keseluruhannya. Jadi apa salahnya kita uji mereka dengan cara ini sekali sekala kan?
Kentut menguji penerimaan pasangan
Penulis buku Psikologi Keluarga Leah DeCesare mengatakan bahawa hubungan yang sihat dalam keluarga merupakan satu ketulusan dan kepercayaan. Kenyataan yang dikutip dari Ozock ini menyatakan bahawa ketulusan itu dalam erti memahami apa-apa jua keadaan pasangan. Jadi, lepas ini kalau pasangan anda kentut di hadapan anda anggaplah ia sebagai satu lawak dan bahan jenaka. Terimalah setulus hati walaupun baunya kalau boleh nak lari keluar rumah!
Lebih selesa bersama pasangan
Leah Decesare mengatakan bahawa detik-detik pertama dalam perkahwina yang membuatkan suaminya rasa selesa adalah ketika kali pertama dia kentut di depan suaminya. Apabila anda bertindak sedemikian rupa, anda akan lebih rasa bebas untuk melakukan apa sahaja di hadapan pasangan anda.
Kentut adalah perkara semula jadi manusia
Perempuan selalu nak nampak cantik dan lelaki pula selalu nak kelihatan gentleman. Kentut sebenarnya tak mengubah keadaan menjadi sebaliknya. Kentut adalah perkara semula jadi seperti gelak, menangis dan makan. Harus diingatkan, kalau agak-agak anda rasa kentut anda bakal menggegarkan kawasan tersebut dengan baunya, at least, beritahu pasangan anda siap-siap. Mungkin dia boleh bersedia!
Lepas proses kentut selesai, meriahkan hubungan anda dengan ketawa bersama-sama. Mungkin ini boleh dimasukkan dalam memori manis anda berdua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!