Apabila dikurniakan seorang isteri yang baik, sepatutnya rasa syukur itu dipanjatkan kepada Allah. Lebih bahagia apabila isteri tidak meminta-minta. Kebanyakkan isteri sekarang pandai cari duit sendiri. Apa yang mereka mahu, mereka sendiri akan mendapatkannya.

 

Tapi itu bukan bermakna dia cukup dengan apa yg ada. Dia pun sama macam orang lain, pasti ada sesuatu yg dia nak atau inginkan.


Mungkin ada bajunya yang dah tak muat. Mungkin ada seluarnya yang dah koyak. Mungkin ada kasutnya yang dah tertanggal. Mungkin dia nak tukar pakaian dalamnya. Mungkin dia nak beli pencuci muka, mungkin dia nak tambah peralatan dapur dan sebagainya.

Isteri Faham Suami Penat Kerja Sebab Tu Dia Tak Suka Meminta-Minta
.

Tapi dia tak mintak. Bila suami bagi duit, dia bahagi utk bil, utk duit brg, utk duit ank, utk duit minyak. Kira² tengok, lebih tu sikit sangat. Nak beli apa yg dihajatinya pun tak lepas. Maka dia biarkan je dulu, dalam hati kata, “takpela, nanti pun bleh beli…” Bulan depan sama, bulan seterusnya pun sama, baki tinggal cukup² saja. Hmm, apa nak buat, kalau mintak lebih, suami kata mcm² pulak, makanya guna je lah apa yang ada, pakai je lah selagi boleh.

IKLAN

Suami perlu ada kesedaran akan perkara ini. Perlu tanya isteri setiap bulan.
“Ada apa² tak yang awak nak beli. Yang awak nak?”
Klu dia kata takde sekalipun, jangan terus percaya. Tapi tanya lagi,
“Cakap je, saya belikan…”
Dia cuba utk faham kemampuan suaminya, tapi dia juga seperti orang lain yang ada keinginan dan kemahuan, cuma keterbatasan dalam soal kewangan menyebabkan dia memilih untuk mengabaikan apa yang diinginkannya.

Isteri Faham Suami Penat Kerja Sebab Tu Dia Tak Suka Meminta-Minta
.

IKLAN

Cuba Beri Penghargaan Kepada Isteri
Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka. Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.

IKLAN

Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.

Menerima Segala Kelemahan Isteri
Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya.Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.

KREDIT : FIRDAUS SHAKIRIN

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI