Lelaki dan ego sememangnya sudah sinonim, walaupun bukan semua lelaki memiliki ego yang tinggi, mereka tetap memiliki ego untuk pastikan mereka tidak akan dipermainkan oleh orang sekeliling terutamanya wanita

Jika anda ingin tahu, lelaki tidak mudah menunjukkan ego jika mereka berada dikalangan mereka sahaja, namun mereka lebih suka menunjukkan keegoannya bila berhadapan dengan kaum wanita.

Mungkin dengan itu sahaja mereka mampu menunjukkan kepada kaum wanita bahawa mereka tidak boleh dipermainkan dengan sesuka hati. Bukan semua wanita suka dengan lelaki yang gemar menunjukkan egonya, bagi mereka memiliki lelaki yang egonya tinggi sangat memeningkan kepala kerana hanya ingin mengikut kehendak mereka sahaja.

Setiap lelaki pasti mempunyai ego masing-masing tetapi apa yang membezakannya adalah tahap keegoan mereka. Ada yang tidak ego langsung sehinggakan merayu-rayu kepada anda pabila anda mahu meninggalkannya. Manakala ada lelaki yang terlalu ego sehingga tidak pernah mengucapkan sayang kepada anda.

IKLAN

Berikut merupakan cara untuk anda menjinakkan lelaki yang tinggi egonya.

1. Buat Si Dia Cemburu

Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mempunyai masalah untuk menyatakan yang dia sukakan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat si dia rasa cemburu sehingga membuatkannya meluahkan perasaannya kepada anda. Contohnya, anda boleh merancang dengan kawan lelaki anda untuk menunjukkan minat kepada anda di laman sosial dan pastikan si dia boleh membacanya. Oleh kerana rasa bimbang anda akan jatuh ke tangan lelaki lain, si dia pasti akan meluahkan perasaannya kepada anda.

IKLAN

2. Cabar Pasangan

Bukankah lebih baik sekiranya si dia menunjukkan rasa sayang daripada mengucapkannya? Tidak mengapa jika si dia tidak gemar mengucapkan perkataan I Love You kepada anda jika si dia kerap bertanya khabar dan sanggup mengambil anda pulang dari kerja pada waktu malam kerana risau akan keselamatan anda. Cabar si dia untuk menunjukkan rasa sayang sekiranya susah untuknya mengucapkannya.

3. Berterus-terang

Sekiranya si dia sering bercakap besar dan menunjuk-nunjuk kehebatannya, anda harus berterus-terang dengannya. Tidak perlu menggunakan ayat berlapis kerana minda lelaki lambat untuk memproses kata kiasan. Beritahu dengannya yang anda tidak suka caranya yang suka berlagak dengan apa yang dimilikinya dan sekiranya dia masih tidak berubah, anda boleh cuba membandingkannya dengan lelaki yang lebih hebat daripadanya.

IKLAN

4. Kenal Pasti Kelemahannya

Kebanyakan lelaki yang berego tinggi mempunyai keyakinan yang melampaui batas. Mereka merasakan yang merekalah lelaki yang paling sempurna atau lebih mudah sekiranya kami klasifikasikan mereka sebagai ‘perasan bagus’. Apa yang anda perlu lakukan adalah cari kelemahan mereka dan gunakannya untuk menewaskan ego mereka.

Jangan terlalu meninggikan ego jika anda mahu hubungan anda dengan pasangan bertahan lebih lama. Tiada wanita yang suka dengan lelaki yang tinggi egonya. Apa salahnya jika rendahkan sedikit ego anda untuk wanita yang anda cintai.

Kredit : Bukanaku.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI