Sumber: Google

Saat anda bernikah, Allah pasti akan melipat gandakan rezeki anda. Jika sebelum ini anda rasa seperti ada yang tidak cukup tetapi apabila bernikah, pasti Allah akan membuka jalan untuk memberi rezeki. Itulah janji Allah pada setiap hambaNya yang mendirikan rumah tangga.

Sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Maka, ia perlulah dilakukan dengan penuh keikhlasan demi mencari rezeki yang halal buat keluarga tercinta. Isteri pula akan mendoakan keselamatan dan kejayaan si suami yang keluar mencari rezeki.

Isteri Bahagia, Suami Murah Rezeki

Isteri merupakan pasangan yang menemani di kala susah, memberi sokongan di saat susah dan mencintai suami dan anak dengan sepenuh hati. Isteri juga adalah individu yang menguruskan segala keperluan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak. Begitu besarnya tugas seorang isteri.

IKLAN

Bukti cinta seorang isteri kepada suami, mereka akan mengutamakan suami dalam segala hal. Mereka akan menjaga diri dan harta suami selama suami keluar bekerja, menjaga amanah iaitu anak-anak dan menjadi tempat bersandar bagi suami yang kepenatan mencari nafkah.

Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami! Terluka Hati Isteri, Putuslah Rezeki Suami

IKLAN

Kejayaan seorang suami sebenarnya adalah disebabkan oleh sokongan dan doa-doa yang dititipkan oleh isteri. Isteri yang bahagia akan menjadi pasangan yang sentiasa menyokong suami, menjadikan rumah tangga seperti syurga yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang. Allah menyukai pasangan suami isteri yang saling menyayangi antara satu sama lain. Ketika inilah Allah akan melimpahkan rezeki berlipat ganda buat anda sekeluarga.

Menyakiti Isteri Menjauhkan Rezeki

Sebaliknya jika isteri disakiti suami, ia akan buat rumah tangga menjadi murah, jauh dari kasih sayang dan penuh dengan pertengkaran seakan seperti berada di neraka. Rumah tangga yang goyah adalah perkara yang paling disukai oleh syaitan dan syaitan tidak akan berhenti menggoda sehinggalah terjadinya penceraian. Percayalah, dengan menyakiti hati isteri, rezeki suami pasti akan tersekat.

IKLAN
Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami! Terluka Hati Isteri, Putuslah Rezeki Suami
Kredit: Tangkap Pictures

Wahai suami, cintailah isterimu. Setia dan sayangi dia yang menjadi tanggungjawabmu. Engkau telah menerima tanggungjawab dari ayahnya pada saat engkau menikahinya dan kelak di akhirat engkau akan ditanya Allah tentangnya. Ketika engkau memperlakukan wanitau dengan penuh syukur, maka rezekimu akan dipermudahkan Allah.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI