Penat lelah macam mana dalam menguruskan hal rumah tangga, jangan lupa sentiasa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Yang sudi sediakan makan minum, pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka.
Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Pada Suami
Penat dia, stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan, dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang, terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Ads
Bila Berjauhan Dengan Si Dia
Saat berjauhan mesej suami, hantar gambar anak-anak di WhatsApp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Ads
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai. Fahamilah tanggung jawab suami bukan sahaja untuk memastikan Isteri dan anak-anak bahagia, kenyang dari lapar, sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat, tenang, dihargai, dicintai, disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t, terselamat dari azab kubur, lepas titian sirat, terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
Ads
Wahai isteri,
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan reda jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat, marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami di facebook mahu pun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar, penasihat yang setia buat suami.
Sesetengah orang tidak kira lelaki ataupun perempuan, mereka terlalu mencari calon yang sempurna untuk dijadikan suami atau isteri. Namun, semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Kita hanya merancang sahaja, tidak semestinya apa yang kita mahukan itu kita akan dapat. Jadi, kita perlu lebih berusaha dan sentiasa mendekatkan diri dengannya.
Tetapi, siapa sahaja yang ingin meneruskan kehidupan berseorangan tanpa sebuah keluarga? Meskipun sudah berusia namun masih belum berjumpa jodoh. Mungkin ini sebab anda masih tidak bertemu jodoh.
1. Terlalu memilih
Bila dah berkenalan dengan seseorang ada sahaja yang tidak kena dengannya. Dari segi penampilan, peribadi, dan sebagainya. Ada pula yang meletakkan pelbagai syarat menyebabkan hubungan tersebut tidak diteruskan.
2. Banyak komitmen
Setiap individu mempunyai berlainan komitmennya. Ada yang masih terikat dengan keluarga, pelajaran, pekerjaan dan diri sendiri. Komitmen juga boleh menyebabkan impian seseorang itu terhalang lebih-lebih lagi untuk menuju ke arah sebuah perkahwinan.
3. Sudah selesa hidup bersendirian / berdikari
Kebanyakkan mereka yang masih belum berumah tangga ini disebabkan mereka sudah biasa bersendirian. Malah, mereka sudah memiliki segala yang diidamkan. Ini menyebabkan mereka tiada inisiatif untuk mencari pasangan hidup.
4. Tidak didesak oleh ibu bapa
Sehingga sekarang masih ada yang tidak mendapat desakan dari kedua ibu bapa mereka untuk berkahwin. Mereka akan merasa senang kerana tiada siapa bertanyakan hal perkahwinan kepada mereka.
5. Masih mengejar kerjaya
Kerjaya yang diingini adalah salah satu impian dalam matlamat hidup. Mereka sudah meletakkan syarat kepada diri mereka untuk mengejar kerjaya yang mereka inginkan dahulu sebelum fikir soal jodoh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)
Firman Allah itu pasti membuatkan kita bertambah bersemangat untuk selalu memohon keampunan Allah. Kayanya Allah, Dia bukan sahaja menjanjikan keampunan-Nya, bahkan menjanjikan kekayaan daripada limpah kurnia-Nya yang luas.
Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap dan pelbagai lagi cabaran hidup.
Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar.
Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?
Para ulama yang dekat dengan cara fikir al-Quran dan al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini. Ibnu Kathir berpesan, “Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan:
Memudahkan rezekinya
Memudahkan urusannya
Menjaga kekuatan jiwanya
Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”
Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.
Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.
Kalimat zikir sering diucapkan Nabi SAW memiliki banyak keutamaan lain jika diamalkan. Ada beberapa kisah menceritakan bagaimana ajaib amalan istighfar dalam kehidupan.
Seorang pakar bedah kardiotorasik terkenal dari Mesir, Dr Khalid Abdul Aziz Al-Jubair menulis sebuah buku bertajuk Kesaksian Seorang Doktor iaitu versi terjemahan.
Beliau menceritakan masalah yang dialami dan bagaimana Allah menyelamatkannya dengan keberkatan istighfar.
Dr Khalid Al-Jubair mendapat fitnah daripada beberapa rakan sekerjanya. Fitnah itu cukup berat dan jika dapat dibuktikan, jawatannya akan terancam.
Seterusnya beliau akan dipencenkan dan tidak dibenarkan lagi berkhidmat untuk merawat pesakit. Komplot fitnah itu dilakukan dengan cukup teliti. Mereka semuanya berpakat untuk menjadi saksi dan menciptakan bukti kukuh. Dr Khalid berasa dia tidak berupaya melawan fitnah itu dan mulai murung.
Dia hanya mampu mencari Allah. Seterusnya, keajaiban berlaku pada saat-saat akhir. Allah mendatangkan ilham pada saat dia di masjid untuk menunaikan solat fardu.
“Selama ini orang datang kepadaku dengan harapan yang besar agar aku mengubati mereka. Kini aku juga mempunyai harapan yang besar. Seharusnya aku datang kepada-Nya dan meminta pertolongan daripada-Nya,” kata beliau sendirian.
Kemudian beliau teringat kelebihan istighfar. Beliau segera melafazkan kalimah zikir itu sebanyak mungkin. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan juga ke hospital beliau tidak henti-henti melafazkan kalimat berkenaan.
Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum, wa atubu ilaih, bermaksud, “Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya.” (Riwayat al-Hakim dari Ibnu Mas’ud dan At-Tirmidzi dari Bilal bin Yasar bin Zaid)
Selepas itu, ada perasaan hebat menyelubungi jiwanya. Beliau seakan-akan mengalami sentuhan spiritual sehingga perasaan resah dan berserabut kerana fitnah itu terus hilang.
Tidak lama selepas itu, semua tuduhan dikenakan ke atas beliau digugurkan kerana tidak dapat dibuktikan. Namanya dibersihkan dan beliau bebas untuk berkhidmat seperti biasa.
Rakan-rakannya yang melakukan komplot fitnah pula turut menerima hukuman. Sebahagian daripada mereka ditamatkan perkhidmatan, ada juga yang dilucutkan jawatan dan ada yang dipindahkan ke bahagian lain. Sebahagian yang lain pula datang kepadanya dan memohon maaf.
Ibnu Qayyim pula mengisahkan; “Aku sering menyaksikan guruku, Syaikhul Islam (Ibnu Taimiyah) ketika menghadapi masalah-masalah berat, beliau segera bertaubat kepada Allah, memperbanyakkan istighfar, bersandar kepada-Nya dan mengharap turunnya kebenaran dari-Nya.
Biasanya tidak lama selepas itu, bantuan daripada Allah pun turun mencurah-curah sehingga beliau boleh memilih mana-mana sahaja jalan penyelesaian yang beliau mahu.
Ibnu Taimiyah sendiri berkata, “Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang membuatkan aku berasa buntu, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih kurang, sampai Allah bukakan dan pecahkan masalah masalah untukku.”
Ada sebuah mutiara kisah yang cukup manis untuk diamalkan. Kisah itu dipetik daripada kitab Tafsir al-Maraghi, hasil tulisan ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi.
Kisah iktibar itu mengenai tabi’in bernama Hasan al-Basri. Beliau sering didatangi segenap lapisan masyarakat bertanyakan hukum agama dan meminta nasihat.
Satu hari, seorang lelaki datang mengadu kepadanya kerana masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”
Kemudian beliau didatangi seorang mengadu masalah ketiadaan zuriat. Beliau menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”
Kemudian datang seorang lelaki mengadu kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah.”
Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya. Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar.”
Hasan al-Basri menjawab, “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu.”
Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12. Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Kesimpulannya, apa sahaja masalah yang datang, ‘halau’ ia dengan istighfar. Insya-Allah, dengan membawa hati kembali kepada Ilahi, masalah akan pergi.
Sumber : Metro
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai pasangan baru berkahwin, menyambut hari raya adalah satu pengalaman yang istimewa. Apatah lagi ketika kali pertama membuat persiapan raya bersama-sama. Momen inilah yang akan dikenang sampai hujung nyawa.
Mempersiapkan diri dengan kelengkapan raya yang sesuai adalah penting untuk mencipta suasana yang indah dan paling penting inilah peluang anda mencantikkan rumah baru dengan cita rasa sendiri. Tapi jangan pula berbelanja lebih dari kemampuan, susah pula nanti.
Jom semak tips pilih kelengkapan raya yang patut dibeli untuk pasangan pengantin baru.
Keselesaan adalah faktor penting dalam memilih kelengkapan raya. Pastikan baju melayu dan baju kurung yang dipilih mempunyai fabrik yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai sepanjang hari. Pilih juga langsir, cadar, dan karpet yang memberikan keselesaan dan kehangatan kepada ruang tamu atau bilik tidur.
Sebelum membeli, luangkan masa untuk berbincang dengan pasangan tentang corak, warna, dan gaya yang mereka sukai. Memilih kelengkapan yang sesuai dengan selera mereka akan membuat mereka lebih selesa dan gembira dengan pilihan yang dibuat.
Pastikan kelengkapan yang dibeli mempunyai kualiti yang baik. Ini termasuk memilih langsir, cadar, dan karpet yang tahan lama serta mudah dijaga agar boleh digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Pilihlah sejadah yang berkualiti tinggi untuk menjamin keselesaan semasa menunaikan ibadah.
Langsir, cadar, dan karpet yang dipilih haruslah sesuai dengan tema dekorasi rumah. Memilih reka bentuk yang serasi dengan gaya dan warna rumah akan mencipta suasana yang selesa dan indah. Sejadah juga perlu dipilih mengikut reka bentuk yang praktikal dan klasik.
Sebelum membuat keputusan pembelian, pertimbangkan faktor harga. Pastikan kelengkapan yang dipilih sesuai dengan bajet yang telah ditetapkan oleh pasangan. Jangan terlalu terbuai dengan harga murah tanpa mempertimbangkan kualiti yang ditawarkan.
Bila dah ambil kira semua tu, barulah boleh mula shopping bersama. Tentang lokasi, tak susah pun. Gedung Tekstil terkemuka negara, Jakel ada segalanya dalam satu bumbung. Dari persalinan hari raya yang sedondon sehingga kelengkapan rumah, semuanya lengkap.
Sempena Hari Raya tahun ini, Jakel melancarkan Kempen Raya Sakan 2024 bergaya sambil berjimat. Tahu tak, harga pakaian bercorak dan rekaan terkini dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Kalau tahun lepas harga baju melayu sekitar RM180, kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang. Bagi setiap pembelian baju melayu, anda berpeluang pula memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau sampin eksklusif bernilai RM89. Dah jimat banyak tu.
Malah bagi si isteri, koleksi Perempuan sedia dipakai cuma serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini. Jakel juga turut menawarkan diskaun sehingga 85% bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan banyak lagi.
Jualan promosi Raya Sakan ini membabitkan cawangan jakel di seluruh negara. Sambil membeli, jangan pula lupa ole-ole buat keluarga mertua ya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...