Para suami sekalian, pernah tak isteri tu dari seorang yang mulutnya pot pet pot pet, tiba-tiba jadi pendiam? Haaa..risau tak? Ke seronok bila isteri berdiam diri dan tak banyak cakap? Tapi sebenarnya anda sebagai suami patut bimbang.

Sifat semula jadi wanita
Rasanya memang fitrah seorang wanita untuk suka bercakap. Malahan ada kajian yang mengatakan wanita sememangnya bercakap lebih banyak daripada lelaki. Lebih tepat lagi, sebanyak 13,000 patah perkataan yang akan keluar daripada mulut seorang wanita.

Apabila seorang wanita itu sudah bergelar seorang isteri dan ibu, makin kuatlah bebelannya. Tetapi percayalah, bebelan itu bukanlah sekadar suka-suka. Ia adalah kerana rasa kasih seorang isteri kepada suaminya, sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

Bercakap adalah salah satu cara mereka meluahkan perasaan, memberi teguran dan nasihat. Walaupun adakalanya mungkin kedengaran pedas di telinga. Tetapi semua itu adalah untuk kebaikan insan yang disayangi.

Isteri Kerap Diam Diri, Sebenarnya Takut Diluahkan Jadi Lain Nanti

Isteri berdiam diri
Mungkin sukar untuk diakui, tetapi apabila isteri anda yang merupakan seorang yang banyak bercakap secara tiba-tiba berdiam diri, seri rumah tangga itu akan hilang. Anda pasti akan terasa suram dan sunyi.

Isteri yang secara mendadak menjadi seorang yang pendiam bererti ada sesuatu yang sukar untuk diluahkan. Isteri yang berdiam diri bererti hatinya mungkin terluka. Dan sebenarnya, isteri berdiam diri adalah petunjuk si dia bagaikan bom jangka yang hanya menunggu detik untuk meletup. Bahaya!

IKLAN

Suami yang prihatin
Ketika menyedari pasangan anda tidak banyak bercakap, sebaiknya cuma untuk mengambil tahu apa yang membuatkan si dia berkelakuan begitu. Anda boleh mencuba untuk menjadi suami yang prihatin.

Bukan hendak meletakkan 1001 kesalahan kepada pihak suami. Tetapi adakalanya, apabila selalu berdepan dengan bebelan seorang isteri, si suami sering kali menganggap apa yang dibebelkan isteri adalah perkara remeh. Bak kata pepatah, ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Jadi ia mungkin secara tidak langsung melukai hati si isteri dan membuatkan timbul anggapan bahawa apa pendapat dan suaranya sebagai seorang isteri adalah tidak penting di mata suami.

Mungkin anda sebagai suami terlupa, isteri anda adalah seorang manusia yang turut mempunyai perasaan seperti anda. Jangan biarkan isteri anda diam untuk tempoh yang terlalu lama, kelak mungkin akan berlaku perkara yang akan menimbulkan kekesalan di hati anda sendiri.

Isteri yang lebih banyak bercakap atau membebel itu adalah jauh lebih baik daripada isteri berdiam diri dan tidak banyak cakap. Ini kerana wanita yang tidak banyak bercakap ini cenderung memiliki hati yang sudah tawar terhadap perhubungan yang terjalin.

IKLAN

Apa yang boleh dilakukan?
Jika anda mula perasan isteri anda sudah kurang bercakap atau mungkin tidak mahu bercakap dengan anda, jangan berdiam diri. Berikut adalah beberapa tip yang mungkin dapat membantu memulihkan hubungan anda dan pasangan.

Bantuan individu sekeliling
Sekiranya isteri anda tidak mahu bercakap dengan anda tetapi masih bercakap dengan ahli keluarga atau rakan baik mereka, sebaiknya dapatkan pertolongan daripada mereka. Tanyakan pendapat dan maklum balas mengapa isteri anda mungkin tidak gembira seperti selalu.

Bukan semua yang dikatakan perlu anda percayai tetapi ia sekurang-kurangnya dapat membantu anda untuk mengetahui apa yang dirasai pasangan anda, terutama apabila si dia tidak mahu bercakap dengan anda.

Isteri Kerap Diam Diri, Sebenarnya Takut Diluahkan Jadi Lain Nanti

Bersedia mendengar
Ada pendapat yang mengatakan tip perkahwinan terbaik adalah untuk suami mendengar apabila isteri berkata-kata. Tidak dinafikan ada kalanya apa yang dikatakan isteri adalah sesuatu yang tidak penting.

IKLAN

Percayalah,isteri anda cuma mahu didengari dan apabila anda tidak mengendahkan kata-kata isteri, ia membuatkan mereka kecewa dan terasa diabaikan. Jadi ia mungkin menjadi antara punca mengapa si dia tidak lagi mahu bercakap dengan anda. Apa guna bercakap tetapi tidak didengari, bukan?

Berbeza pendapat
Walaupun sudah berkahwin, anda dan pasangan adalah tetap dua individu dengan pendapat dan cara pemikiran yang berbeza. Mungkin benar, bukan semua yang diutarakan isteri adalah benar, tetapi tidak salah untuk anda mendengarnya terlebih dahulu. Dan jika ia adalah salah, nyatakan pandangan anda dengan cara yang berhemah. Ini adalah lebih baik daripada anda terus membangkang tanpa memberikan ruang kepada isteri anda untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.

Kenal pasti masalah
Setiap masalah yang timbul pasti ada penyebabnya dan setiap isu itu juga pasti mempunyai cara penyelesaian yang terbaik. Sebagai suami, jangan biarkan isteri berdiam diri untuk tempoh yang lama. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan dan jangan pula anda mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku.

Sekiranya ada telah mencuba melakukan segalanya untuk memperbaiki perhubungan anda dan isteri, mungkin anda boleh mendapatkan bantuan daripada pakar kaunseling. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan pihak luar yang untuk menyelamatkan rumah tangga anda.

sumber : https://hellodoktor
Teks :

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI