Takut tak kalau suami cari lain dan rasa rimas dengan sikap anda. Selalu salahkan suami yang bermasalah sebenarnya 6 ciri ini adalah punca sebenar dan menjadi penyebab rosaknya rumahtangga anda tanpa disedari.

Isteri Kuat Berleter Kuat Dan Sibuk Hal Orang Salah Satu Punca Suami Cari Lain

1. Tidak berusaha membantu suami

Dalam kes ini si isteri tidak berusaha untuk membantu suami menyelesaikan hal-hal seperti; anak-anak berkelahi, membeli barang dapur pun tidak pandai, jika diajak berbincang sering mengelak dengan menyerahkan semua perkara kepada suami. Hal ini boleh menyebabkan semangat dan motivasi suami merundum kerana kurang mendapat kerjasama daripada isteri yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat jika diperlukan.

Kepada para isteri, jadilah isteri yang menyejukkan hati suami dan sentiasa menyokong usahanya tidak mengira kecil ataupun besar sesuatu yang diimpikan suami itu.

2. Suka berleter dan merungut

IKLAN

Apa sahaja yang dilakukan oleh suami, tidak kena di matanya. Ada sahaja yang tidak betul dan sering menceritakan perkara yang tidak baik sahaja tentang suaminya. Kadangkala leteran itu berpanjangan hingga 1 atau 2 jam. Jika begini sikap anda lebih baik berubah sekarang.

Wanita yang suka berleter tak tentu pasal memang menjadi perosak dalam institusi rumah tangga yang dibina. Sang suami sukakan persekitaran yang tenang dan damai di rumah kerana telah cukup tekanan yang diterima di tempat kerjanya.

Isteri Kuat Berleter Kuat Dan Sibuk Hal Orang Salah Satu Punca Suami Cari Lain

IKLAN

3. Gilakan kuasa

Isteri jenis ini dipanggil diktator. Segalanya hal ehwal dalam rumah tangga, membuat keputusan yang penting tentang suami dan anak-anaknya hanya dia yang ada hak membuat keputusan. Segalanya dibawah kawalan sang isteri seperti wang gaji suami, duit perbelanjaan dan kadang-kadang bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ingin tahu apa yang dilakukan oleh suaminya di luar rumah, sehingga suami jadi tidak ada masa untuk diri sendiri.

Sikap isteri sebegini memang menjadi perosak rumah tangga kerana orang lelaki pun ada egonya masing-masing. Jika isteri berterusan gila kuasa macam ini, suami dan anak-anak akan berasa rendah diri dan lemah untuk melakukan segala-galanya. Untuk membuat keputusan yang kecil pun mereka tidak berani!

IKLAN

Isteri Kuat Berleter Kuat Dan Sibuk Hal Orang Salah Satu Punca Suami Cari Lain

4. Suka menyibuk

Jangan jadi seorang isteri yang suka menyibuk. Maksudnya, apabila suami anda mempunyai projek yang sedang dilaksanakan di pejabatnya, biarlah dia menyelesaikannya dengan cara sendiri. Tidak perlu mengampu bos suami untuk mempercepatkan kenaikan pangkat suami ataupun memberikan projek yang bernilai tinggi.

Orang lelaki tidak suka wanita atau isteri mencampuri urusan kerja yang tiada kena mengena dengan sang isteri. Lain halnya jika suami meminta pendapat kita, barulah kita berikan pandangan dan buah fikiran yang diperlukan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI